BTC USD 54,388.7 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MIC Gubal Strategi Tangani NGO Kaum India Burukkan Kerajaan

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
KUALA LUMPUR, 16 Dis (Bernama) -- MIC telah merangka satu strategi bagi menangkis tindakan beberapa badan bukan kerajaan dianggotai masyarakat India yang didakwa telah dipergunakan oleh pembangkang untuk memburukkan parti itu dan juga kerajaan.

Menurut satu sumber MIC Rabu, sejak kebelakangan ini beberapa NGO kaum India telah diwujudkan, dengan dibantu secara senyap oleh ahli-ahli politik pembangkang.

"NGO ini telah digunakan untuk menimbulkan kemarahan masyarakat India terhadap kerajaan dan Barisan Nasional," kata sumber itu.

Menurutnya, pembangkang sedar masyarakat India kini kembali menyokong BN selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan beberapa inisiatif untuk kemajuan masyarkaat India termasuk peruntukan RM100 juta untuk pembangunan sekolah Tamil.

"Satu-satunya cara pembangkang dapat membuatkan kaum India kembali marah kepada kerajaan ialah dengan menggunakan NGO sebagai alat mereka," kata sumber itu.

Menurutnya MIC akan mendapatkan kerjasama beberapa NGO yang "mesra dengannya" untuk menangkis serangan terhadap parti itu dan juga kerajaan kerana ianya penting untuk memastikan sokongan kaum India tehadap BN akan berterusan.
 

CG Sponsors




Top
Log in Register