BTC USD 57,336.5 Gold USD 1,788.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MHO rayu kerajaan benarkan individu tiada warganegara isi kekosongan pasaran buruh

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,236
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,236
Reaction score
2,957
Points
201
MHO rayu kerajaan benarkan individu tiada warganegara isi kekosongan pasaran buruh
86-DA5-CC1-CEB5-47-FA-B368-5851-E2-A5068-F.jpg


HISHAMUDDIN HASHIM

PETALING JAYA: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) merayu kepada pihak kerajaan untuk membenarkan individu-individu tiada warganegara (stateless) yang telah lama menetap di Malaysia ini untuk dibenarkan bekerja bagi mengisi kekosongan sedia ada pasaran buruh.

Setiausaha Agungnya, Datuk Hishamuddin Hashim berkata, umum mengetahui individu tiada warganegara ini terdiri daripada golongan di mana ibu dan bapa mereka mempunyai dokumen yang sah untuk menetap dan dilahirkan di Malaysia namun tidak dapat mendaftarkan kelahiran atas sebab tertentu.

Katanya, malah terdapat daripada golongan itu mempunyai yang ibu dan bapa mereka dilahirkan di negara ini tetapi tidak mempunyai dokumen kewarganegaraan dan seterusnya tidak dapat mendaftarkan kelahiran mereka kerana gagal mendaftarkan status perkahwinan ibu dan bapa anak tersebut.

“Individu-individu tiada warganegara ini majoriti daripada mereka tidak pernah meninggalkan negara Malaysia kerana masalah dokumentasi yang telah lama timbul. Individu-individu tiada warganegara ini juga tidak pernah mempunyai apa-apa status kewarganegaraan di mana-mana negara lain tidak seperti pelarian dan pencari suaka

“Masalah isu-isu kemanusiaan terhadap Individu-individu tiada warganegara ini timbul apabila Individu-individu tiada warganegara ini dinafikan hak-hak asasi manusia seperti hak untuk mendapatkan pekerjaan, hak terhadap kesihatan dan pendidikan dan hak-hak kebajikan yang lain.

“Hak-hak ini dinafikan hanya kerana individu-individu tiada warganegara ini tidak mempunyai apa-apa dokumen kewarganegaraan. Lebih menyedihkan lagi apabila Individu-individu tiada warganegara ini ada di kalangan mereka yang bekerja sambilan tetapi tidak dibayar gaji oleh majikan-majikan yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman mencadangkan kepada kerajaan untuk membenarkan pelarian dan pencari suaka untuk bekerja bagi mengisi kekosongan dalam pasaran buruh.

Justeru, Hishamuddin merayu kepada pihak kerajaan untuk membenarkan kumpulan tiada warganegara ini bekerja bagi mengisi kekosongan sedia ada pasaran buruh.

“Tidak timbul isu tinggal lebih masa atau ketidakutamaan untuk penempatan semula ke negara ketiga kerana individu-individu tiada warganegara ini telah lama menetap di Malaysia ini dan ada di kalangan mereka yang telah bergenerasi lamanya menetap di Malaysia.

“Secara tidak langsung, individu-individu tiada warganegara ini juga telah menyumbang kepada KDNK Malaysia. Langkah ini juga dapat mengelakkan aliran wang tunai keluar dari Malaysia kerana individu-individu tiada warganegara ini dapat berbelanja di dalam negara dan yang lebih mustahak lagi tiada keperluan untuk menghantar duit keluar kerana kehidupan individu-individu Stateless ini adalah bersama keluarga mereka di Malaysia,” katanya. – UTUSAN ONLINE
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
323,766
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
323,766
Reaction score
16,456
Points
2,376
Betul ke mereka ni tiada dokumen yang membolehkan mereka dapat status warganegara
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register