BTC USD 67,159.8 Gold USD 2,340.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mexico Putuskan Hubungan Diplomatik Dengan Ecuador

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
444,178
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Mar 15, 2010
Messages
444,178
Reaction score
35,435
Points
2,836
Awards
2

Mexico putuskan hubungan diplomatik dengan Ecuador​


06 APR 2024

2605993.jpg

Serbuan itu dibuat untuk memberkas bekas Naib Presiden, Jorge Glas yang didakwa mendapatkan perlindungan di premis itu sejak Disember lalu. Foto Agensi


QUITO – Mexico memutuskan hubungan diplomatik dengan Ecuador kerana berang dengan tindakan polis tempatan yang menyerbu kedutaan mereka di Quito pada Jumaat.

Serbuan itu dibuat untuk memberkas bekas Naib Presiden, Jorge Glas yang didakwa mendapatkan perlindungan di premis itu sejak Disember lalu.

Mexico dalam satu kenyataan memaklumkan ia memberikan suaka politik kepada Glas yang berkhidmat di bawah pemerintahan bekas Presiden, Rafael Correa antara 2013 dan 2017 selepas 'analisis menyeluruh' situasi tersebut.

“Tindakan melulu pihak berkuasa Ecuador adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa dan kedaulatan Mexico secara jelas,” menurut Presiden Andres Manuel Lopez Obrador menerusi platform X.

Glas dibebaskan dari penjara pada November lalu selepas menjalani hukuman di bawah kes rasuah melibatkan skandal bersama syarikat gergasi pembinaan, Odebrecht.

Beliau berdepan satu lagi waran tangkap kerana didakwa mengalihkan dana untuk projek pembinaan semula lokasi gempa pada 2015. – AFP


 
Sponsored Post

QUITO – Mexico memutuskan hubungan diplomatik dengan Ecuador kerana berang dengan tindakan polis tempatan yang menyerbu kedutaan mereka di Quito pada Jumaat.

Serbuan itu dibuat untuk memberkas bekas Naib Presiden, Jorge Glas yang didakwa mendapatkan perlindungan di premis itu sejak Disember lalu.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register