BTC USD 59,968.0 Gold USD 2,568.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Meta beri jaminan siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin esok tak diganggu - Fahmi

Sponsored Post

638926292.jpg
 

Meta dipanggil bertemu PM hari ini, beri penjelasan hantaran Palestin diturunkan di media sosial​


Meta dipanggil bertemu PM hari ini, beri penjelasan hantaran Palestin diturunkan di media sosial

Meta Platforms Inc (Meta) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk memberi penjelasan berhubung tindakan menyekat beberapa hantaran di Facebook dan Instagram Perdana Menteri Anwar Ibrahim.


KUALA LUMPUR: Meta Platforms Inc (Meta) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk memberi penjelasan berhubung tindakan menyekat beberapa hantaran di Facebook dan Instagram Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut sumber, ia berkaitan ucapan takziah dikongsi Perdana Menteri kepada Ketua Biro Politik Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh yang terbunuh di Tehran, Iran minggu lalu.

"Sekatan sama turut berlaku terhadap siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin yang dianjurkan di Stadium AXIATA Bukit Jalil, pada Ahad.

"Difahamkan, Perdana Menteri sendiri mahu mendengar penjelasan lanjut daripada Meta berhubung beberapa tindakan gangguan serta sekatan ke atas akaun media sosialnya itu," kata sumber kepada Astro AWANI, pada Isnin.

Minggu lalu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan sudah meminta penjelasan daripada pihak Meta yang menurunkan ucapan takziah dan kritikan Anwar ke atas pembunuhan pemimpin pasukan pejuang Palestin Hamas itu.

Fahmi berkata, pihaknya turut meminta Meta menjelaskan mengapa hanya hantaran kandungan yang dimuatnaik di akaun rasmi Facebook dan Instagram Perdana Menteri itu yang disasarkan mereka.

Semakan di akaun Facebook Anwar sebelum ini mendapati, tiga hantarannya bagi mengutuk pembunuhan Haniyeh dan berkongsi gambar pertemuan dengan pemimpin Hamas itu diturunkan daripada aplikasi media sosial berkenaan.

Gambar yang diturunkan itu memaparkan Anwar bersama pemimpin Hamas, turut disertakan dengan kapsyen 'Dangerous individuals and organisations.'

Instagram pula memaklumkan hantaran gambar itu diturunkan kerana mengandungi 'simbol, pujian atau sokongan ke atas orang dan pertubuhan yang kami takrifkan sebagai bahaya'.

Hantaran yang dimuat naik melalui akaun rasmi Anwar disekat Meta. Anwar (kiri).

Hantaran yang dimuat naik melalui akaun rasmi Anwar disekat Meta. Anwar (kiri).


 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register