notepad
Legendary Member
- Messages
- 15,664
- Joined
- Sep 17, 2011
- Messages
- 15,664
- Reaction score
- 2,141
- Points
- 266
- Awards
- 1
Fahmi Fadzil bersama Naib Presiden J&T Express Malaysia, Vincent Low (dua dari kanan) pada Majlis Pelancaran Bazar J&T Express sempena ulang tahun keenam J&T Express di Piazza Pavilion Bukit Jalil, Bukit Jalil. - Foto NSTP/Aizuddin Saad
KUALA LUMPUR: Meta Platforms Inc (Meta) telah memberi jaminan kepada kerajaan bahawa siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil esok tidak akan diturunkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata jaminan tersebut telah diberikan oleh pegawai tertinggi Meta, bagi memastikan kelancaran siaran langsung tanpa sebarang gangguan bukan sahaja di platform media sosial pemimpin negara, tetapi juga oleh pihak media.
"Saya telah memberi penegasan dan amaran kepada pasukan Meta bahawa malam esok kita akan ada acara ini Himpunan Pembebasan Palestin, akan ada siaran secara langsung dan minta supaya mereka berikan kerjasama.
"Saya nak lihat mereka menterjemah untuk walk the talk dengan memastikan siaran bukan hanya di Facebook Perdana Menteri, tapi juga dalam kalangan rakan-rakan media tidak diganggu selama perhimpunan itu berjalan," katanya selepas merasmikan kempen #KasiJadi J&T Express dan ulang tahun keenam syarikat penghantaran antarabangsa itu, hari ini.
Beliau berharap dengan jaminan itu, isu penurunan siaran langsung perhimpunan serupa yang dijalankan pada tahun lepas tidak berulang.
"Saya telah bercakap dengan pihak Meta dan memberi penegasan kita tidak (mahu) lihat perkara ini berlaku seperti sebelum ini," katanya.
Meta akan jelaskan penurunan gambar PM bertemu Ismail Haniyeh
Selain itu, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata pihak Meta juga akan memberi penjelasan berhubung isu penurunan hantaran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pembunuhan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh di platform media sosial, dalam satu pertemuan pada Isnin ini.
Beliau berharap pertemuan itu berjalan lancar kerana tidak mahu berlaku sebarang gangguan kepada siaran langsung termasuk di Facebook, TikTok dan platform media sosial lain akan berlaku pada masa hadapan terutamanya berkaitan Palestin.
"Ini kerana pihak Meta telah memaklumkan bagi ketua negara atau ketua kerajaan, menteri-menteri atau pegawai-pegawai memang diberikan satu pertimbangan yang khas bila membincangkan soal Palestin," katanya.
Dalam laporan media sebelum ini, Fahmi menyatakan kekesalan kerajaan dengan tindakan penurunan hantaran oleh Perdana Menteri berhubung pembunuhan Haniyeh oleh pihak Meta dan telah memohon penjelasan bagi perkara itu.
Mengenai perhimpunan yang akan bermula pada 6 petang esok dan dihadiri oleh Anwar, Fahmi berkata kira-kira 20,000 orang dijangka hadir ke stadium tersebut. – BERNAMA
Meta dipanggil bertemu PM hari ini, beri penjelasan hantaran Palestin diturunkan di media sosial
Meta Platforms Inc (Meta) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk memberi penjelasan berhubung tindakan menyekat beberapa hantaran di Facebook dan Instagram Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
KUALA LUMPUR: Meta Platforms Inc (Meta) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri hari ini untuk memberi penjelasan berhubung tindakan menyekat beberapa hantaran di Facebook dan Instagram Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut sumber, ia berkaitan ucapan takziah dikongsi Perdana Menteri kepada Ketua Biro Politik Hamas, Allahyarham Ismail Haniyeh yang terbunuh di Tehran, Iran minggu lalu.
"Sekatan sama turut berlaku terhadap siaran langsung Himpunan Pembebasan Palestin yang dianjurkan di Stadium AXIATA Bukit Jalil, pada Ahad.
"Difahamkan, Perdana Menteri sendiri mahu mendengar penjelasan lanjut daripada Meta berhubung beberapa tindakan gangguan serta sekatan ke atas akaun media sosialnya itu," kata sumber kepada Astro AWANI, pada Isnin.
Minggu lalu, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengesahkan sudah meminta penjelasan daripada pihak Meta yang menurunkan ucapan takziah dan kritikan Anwar ke atas pembunuhan pemimpin pasukan pejuang Palestin Hamas itu.
Fahmi berkata, pihaknya turut meminta Meta menjelaskan mengapa hanya hantaran kandungan yang dimuatnaik di akaun rasmi Facebook dan Instagram Perdana Menteri itu yang disasarkan mereka.
Semakan di akaun Facebook Anwar sebelum ini mendapati, tiga hantarannya bagi mengutuk pembunuhan Haniyeh dan berkongsi gambar pertemuan dengan pemimpin Hamas itu diturunkan daripada aplikasi media sosial berkenaan.
Gambar yang diturunkan itu memaparkan Anwar bersama pemimpin Hamas, turut disertakan dengan kapsyen 'Dangerous individuals and organisations.'
Instagram pula memaklumkan hantaran gambar itu diturunkan kerana mengandungi 'simbol, pujian atau sokongan ke atas orang dan pertubuhan yang kami takrifkan sebagai bahaya'.
Hantaran yang dimuat naik melalui akaun rasmi Anwar disekat Meta. Anwar (kiri).