BTC USD 56,977.5 Gold USD 1,771.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Majlis Parlimen Keempat Belas di Parlimen 13/9/2021

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,203
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,203
Reaction score
15,428
Points
1,906
PARLIMEN l Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang bersidang selama 17 hari melabuhkan tirainya hari ini.

1634034476123.png


Dewan Rakyat tangguh, 3 RUU dan RMK12 diluluskan

Diterbitkan: Oct 12, 2021 5:29 PM


PARLIMEN l Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang bersidang selama 17 hari melabuhkan tirainya hari ini.​

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun ketika mengendalikan sesi petang ini berkata persidangan ditangguhkan ke satu tarikh yang tidak ditetapkan.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini menyaksikan Usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) iaitu rancangan pembangunan negara bagi tempoh 2021-2025 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan selama empat hari mulai 28 Sept oleh 106 Ahli Parlimen, disusuli penggulungan 27 kementerian terlibat.

RMK12 dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 Sept lepas bermatlamat mengembalikan semula momentum pertumbuhan ekonomi dan mencapai matlamat pembangunan jangka panjang, ketika negara sedang mengharungi cabaran getir pandemik COVID-19.




Sebelum itu, Dewan Rakyat meluluskan Usul Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong ketika merasmikan Pembukaan Penggal Keempat Parlimen ke-14 pada 13 Sept, selepas 91 Ahli Parlimen mengambil bahagian pada sesi perbahasan.

Persidangan kali ini turut menyaksikan tiga rang undang-undang diluluskan iaitu Rang Undang-Undang Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19)) (Pindaan) 2021 bertujuan membiayai empat pakej bantuan dan rangsangan yang diumumkan kerajaan sejak awal tahun ini.

Turut diluluskan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Amanah Negara (Pindaan) 2021, Rang Undang-Undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020, usul berkaitan peruntukan perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275) dan usul perenggan 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275).

Pada permulaan sidang hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan usul bagi membahas dan meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan Ordinan-Ordinan Darurat akan dibawa ke persidangan akan datang.

Wan Junaidi dalam kenyataan berasingan pula berkata keputusan itu dibuat oleh Ismail Sabri berikutan permintaan pemimpin pembangkang untuk menangguhkan pembentangan usul tersebut.

Permohonan itu dibuat bertujuan untuk memberi lebih banyak masa untuk usul itu dibahaskan oleh Ahli Parlimen sebelum meluluskannya, menurut kenyataan Wan Junaidi.

Menurut laman rasmi Parlimen, Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat selama 32 hari akan bermula pada 25 Okt dengan tumpuan adalah pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2022 pada 29 Okt, belanjawan pertama di bawah kerajaan pimpinan Ismail Sabri.
- Bernama


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,203
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,203
Reaction score
15,428
Points
1,906
RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga bagi meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 dengan memasukkan peruntukan baharu.

Dewan Rakyat sebulat suara lulus RUU Levi Keuntungan Luar Biasa Pindaan 2020​





October 12, 2021 6:32 PM


dewan-rakyat-parlimen-bernama-100821-1.jpg


Rang Undang-undang Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020 yang bertujuan menambah baik pentadbiran levi keuntungan luar biasa diluluskan secara sebulat suara oleh sidang Dewan Rakyat. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Rang Undang-undang (RUU) Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020 yang bertujuan menambah baik pentadbiran levi keuntungan luar biasa diluluskan secara sebulat suara oleh sidang Dewan Rakyat hari ini.

RUU itu diluluskan selepas bacaan kali ketiga bagi meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998 atau dikenali sebagai Akta 592 dengan memasukkan peruntukan baharu.

Ia bertujuan menambah baik pentadbiran levi keuntungan luar biasa melalui peruntukan remisi dan pulang balik levi dan penalti yang boleh memberi manfaat kepada orang yang membayar levi.

Ketika menggulung perbahasan RUU, Timbalan Menteri Kewangan I, Mohd Shahar Abdullah berkata, pengenaan levi keuntungan luar biasa bukan satu tindakan secara terburu-buru yang dibuat kerajaan.



Beliau berkata, kerajaan sentiasa melihat ekosistem yang luas bagi industri dan syarikat komoditi di negara ini.

“Kementerian juga akan menimbang pelbagai cadangan lain seperti cukai warisan, cukai keuntungan modal dan cukai ke atas komoditi lain dan tidak akan membuat sebarang keputusan tanpa mengadakan sesi libat urus,” katanya.

Terdahulu, semasa membentangkan RUU tersebut, beliau berkata, ia antara lain bagi memberi kuasa kepada menteri untuk meremit keseluruhan atau mana-mana bahagian levi keuntungan luar biasa yang perlu dibayar.
Ia juga bagi memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kastam meremit keseluruhan atau mana-mana bahagian penalti yang perlu dibayar di bawah Akta 592.

Berdasarkan naskah biru yang diedarkan kepada pemberita, dari segi implikasi kewangan, rang undang-undang berkenaan tidak melibatkan apa-apa perbelanjaan wang tambahan kerajaan.

Seramai 11 Ahli Parlimen menyertai sesi perbahasan RUU itu yang mengandungi empat fasal.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Kewangan II, Yamani Hafez Musa juga mengemukakan dua usul, iaitu supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM16.5 bilion di bawah Seksyen 3(1) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 (Akta 275), iaitu baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dari Januari hingga Ogos 2021 kepada Kumpulan Wang Pembangunan.

Beliau juga mencadangkan supaya kerajaan memindahkan sebanyak RM7 bilion di bawah Seksyen 3(1) Akta 275 dan Seksyen 4(2) Akta Langkah-langkah Sementara Bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) 2020 atau Akta 830, iaitu baki wang terimaan Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) dari Januari hingga Ogos 2021 kepada Kumpulan Wang Covid-19.

Kedua-dua usul tersebut turut diluluskan sidang Dewan Rakyat selepas dibahaskan.

Kedua-duanya yang mengikut peruntukan Seksyen 4(b) Akta Pendanaan Kerajaan 1983 atau Akta 275, antara lain bertujuan menampung pakej rangsangan ekonomi dan pelan pemulihan ekonomi serta perbelanjaan pembangunan.


 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,552
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,552
Reaction score
16,556
Points
2,376
DEWAN NEGARA | PM Sebak Sentuh Isu Kemiskinan

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin sasaran untuk membasmi kemiskinan tegar dapat dicapai menjelang 2025.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,552
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,552
Reaction score
16,556
Points
2,376
DEWAN RAKYAT | Sidang Dewan Rakyat Ditangguhkan

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-14 melabuhkan tirai hari ini selepas bersidang 17 hari.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,203
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,203
Reaction score
15,428
Points
1,906
"Yang penting kita gunakannya untuk tujuan yang betul," kata Tengku Zafrul.

K'jaan jamin 'bina semula' dana KWAN lepas ekonomi pulih
bernama.png

Bernama
Diterbitkan: Oct 13, 2021 6:48 PM

Kerajaan memberi jaminan akan “membina semula” dana Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) yang telah digunakan untuk rakyat ketika mendepani Covid-19, apabila keadaan ekonomi kembali pulih.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan menggunakan dana daripada kumpulan itu untuk tujuan yang betul dan telah membentangkan secara telus bahawa penggunaannya adalah untuk pembelian vaksin kepada rakyat.

"KWAN ditubuhkan pada tahun 1988, kira-kira 30 tahun lepas untuk generasi akan datang. Kalau bukan generasi sekarang, jadi generasi mana lagi? Pada masa ditubuhkan, kita berbalah. Menyimpan ini untuk apabila keadaan sukar.

"Saya percaya bahawa pandemik Covid-19 ini salah satu situasi yang amat sukar bagi negara dan global. Yang penting kita gunakannya untuk tujuan yang betul. Apabila ekonomi kembali pulih, kita akan membina semula KWAN yang kita gunakan untuk rakyat," katanya dalam program Bersama Tengku Zafrul di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), hari ini.





Dia berkata demikian ketika ditanya mengenai komen sesetengah pihak yang mempersoalkan tindakan kerajaan menggunakan KWAN dalam konteks ekonomi.

Program yang berlangsung kira-kira sejam di semua platform Sinar Harian itu dihoskan tokoh wartawan negara, Johan Jaaffar.

Pada April lepas, kerajaan mewartakan Ordinan Darurat (Kumpulan Wang Amanah Negara) (Pindaan) 2021 (KWAN) yang membolehkannya menggunakan RM5 bilion daripada sejumlah RM19 bilion dana kumpulan wang itu untuk perolehan vaksin dan perbelanjaan berkaitan program imunisasi kebangsaan.

Mengikut Akta Kumpulan Wang Amanah Negara 1988, dana itu dibayar melalui Kumpulan Wang Disatukan dan Petronas.



2c63a721491054ba17260d0326c8a6cb.jpg



Menyentuh mengenai masa depan ekonomi negara dalam era endemik ini, Tengku Zafrul melahirkan keyakinan bahawa “terdapat cahaya di hujung terowong”.

“Saya optimis terhadap masa depan ekonomi negara, di mana baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan kebenaran rentas negeri, yang sedikit sebanyak akan menolong sektor pelancongan.

“Kegiatan ekonomi kita juga telah mula dibuka secara berfasa dengan selamat, kadar vaksinasi sudah tinggi, kita sudah mula program vaksinasi kepada golongan remaja. Saya optimistik bahawa bermula tahun 2022, negara kita akan kembali pulih. Kita perlu gerakkan ekonomi. Ia akan menjadi tahun pemulihan,” katanya.

Ditanya mengenai perbezaan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) dan Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11), beliau berpendapat RMK12 bersifat lebih menyeluruh berbanding RMK11, kerana ia lebih banyak mengandungi isu-isu keterangkuman, kemampanan dan revolusi industri 4.0 (4iR).

“Yang paling penting adalah konsep 'Keluarga Malaysia', di mana kita tidak mahu sesiapa ketinggalan menjelang 2025. Kita akan pastikan bahawa rakyat berjaya sampai ke tahap negara berpendapatan tinggi pada tahun 2025.

“Namun, kita tidak boleh berterusan mengharapkan bantuan dari kerajaan. Kebanyakan bantuan yang disediakan kerajaan adalah berbentuk ‘start-up’, atau membantu perniagaan untuk memulakan semula perniagaan mereka yang telah terjejas kerana pandemik ini. Selepas itu, mereka perlu berusaha untuk naik sendiri,” katanya.

Mengenai pemberian subsidi termasuk subsidi minyak, Tengku Zafrul memberi bayangan bahawa kerajaan perlu lebih bersasar pada masa hadapan.

“Kita buat peruntukan pada tahun lepas, subsidi minyak, termasuk minyak masak, adalah lebih kurang RM3.4 bilion. Bagaimanapun, harga minyak sudah meningkat jadi perkiraan subsidi minyak kita meningkat kepada RM8 bilion pada tahun ini.

“Bagi tempoh jangka panjang, kita mesti lebih bersasar. Kerajaan boleh menggunakan (lebihan subsidi) duit itu untuk menolong rakyat yang lebih memerlukan. Dalam krisis (Covid-19), kita lebih banyak fokus kepada semua, tetapi dalam jangka masa sederhana dan panjang, saya rasa kita perlu lebih bersasar,” katanya.

-Bernama

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,552
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,552
Reaction score
16,556
Points
2,376
DEWAN NEGARA | Bantu Graduan Menganggur, Kerajaan Tawar Insentif Sehingga RM1,000

Kerajaan menawarkan insentif sehingga RM1,000 kepada graduan dan pencari kerja menerusi Program Kemahiran Digital Bagi Kerjaya Hari Esok.

Ujar Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim, ia sebagai tindakan jangka pendek untuk membantu mereka sekaligus meningkatkan peluang pendapatan.

 

TXT

CG Super Hardcore Club
Messages
324,552
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
324,552
Reaction score
16,556
Points
2,376
DEWAN NEGARA | Teguran Penggunaan Bahasa Inggeris

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim memberi peringatan dan teguran kepada kementerian, menteri serta timbalan menteri supaya mengutamakan penggunaan istilah Bahasa Melayu ketika menjawab soalan.

 

puyol

CG Top Poster Club
Messages
25,316
Joined
Jun 28, 2011
Messages
25,316
Reaction score
2,816
Points
201
DEWAN NEGARA | Teguran Penggunaan Bahasa Inggeris

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim memberi peringatan dan teguran kepada kementerian, menteri serta timbalan menteri supaya mengutamakan penggunaan istilah Bahasa Melayu ketika menjawab soalan.

Cakap orang puteh

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,203
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,203
Reaction score
15,428
Points
1,906

Persidangan Dewan Negara 25 Oktober 2021 | Sesi Pagi​

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,203
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,203
Reaction score
15,428
Points
1,906

Persidangan Dewan Rakyat 25 Oktober 2021 | Sesi Petang​

 
Sponsored Post
Top
Log in Register