BTC USD 63,379.3 Gold USD 1,797.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Majlis Parlimen Keempat Belas di Parlimen 13/9/2021

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,297
Reaction score
15,059
Points
1,906

Pertama kali dalam sejarah, Utusan tidak dibenar liputan Parlimen​

utusan-malaysia.jpg

  • Oleh UTUSAN ONLINE
  • 8 September 2021, 5:18 pm


KUALA LUMPUR: Akhbar Utusan Malaysia buat pertama kali dalam sejarah penubuhannya, tidak tersenarai sebagai media arus perdana untuk membuat liputan laporan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Majlis Parlimen Keempat Belas di Parlimen, bermula Isnin ini.

Ia berbeza dengan jemputan media sebelum ini yang membenarkan Utusan Malaysia membuat liputan secara fizikal bersama 15 media yang lain.

Azhar-Azizan-600x438.jpg


AZHAR AZIZAN HARUN

Dalam jemputan media yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun hari ini, sebanyak 16 agensi dibenarkan iaitu RTM, Bernama, Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) dan Finas sebagai penyiar rasmi, media TV3 dan Astro Awani pula mewakili agensi elektronik (TV).

Bagi akhbar Bahasa Melayu, ia diwakili Berita Harian dan Sinar Harian, sementara The Star dan The Sun mewakili akhbar Bahasa Inggeris.

Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Malaysia Nanban dan AFP masing-masing mewakili akhbar berbahasa Cina dan Tamil dan media antarabangsa.


Bagi media dalam talian pula, ia diwakili Malaysia Kini dan Malaysia Now untuk membuat liputan secara fizikal di Parlimen. -UTUSAN ONLINE

 

Parlimen cerminan aspirasi rakyat - Ahmad Zahid

Oleh Zanariah Abd Mutalib- September 13, 2021 @ 12:56pm
[email protected]

bh13zahid_1631508984.jpg


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen, hari ini. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: Parlimen adalah lambang struktur demokrasi negara dan cerminan aspirasi rakyat yang tidak sesekali boleh diperkotak-katikkan.

Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau akan membawa suara rakyat untuk didengari di Dewan Rakyat dan diberi perhatian oleh kerajaan.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata demikian melalui laman Facebook miliknya, selepas menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-14 2021 di Parlimen, hari ini.

Perasmian istiadat itu disempurnakan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Syukur Alhamdulillah, dapat terus berkhidmat dan menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-14, yang disempurnakan Yang di-Pertuan Agong.

"Menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, ada Istiadat Pembukaan Dewan Rakyat Penggal Keempat Parlimen hari ini.

"Insya-Allah, suara rakyat akan saya angkat di Dewan Rakyat yang mulia ini untuk didengari serta diberi perhatian oleh kerajaan," katanya.

Ahmad Zahid berkata, Malaysia adalah sebuah negara berdaulat dan berperlembagaan yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

"Semoga Allah memudahkan segala urusan demi kepentingan rakyat dan masa depan negara tercinta," katanya.



Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Keempat Belas 2021​




The Ahmad Maslan

31 Ogos jam 1:46 PTG ·

Dapat Notis daripada SU #DewanRakyat
..bahawa Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat yang dijadualkan pada 6 hingga 30 September 2021 (15 hari) telah dipinda kepada 13 Sept hingga 12 Oktober 2021 (17 hari).
Termasuk Titah Di-Raja, Usul Menjunjung Kasih serta Rancangan #Malaysia ke-12, RUU dan lain-lain

1631494327537.png

1631494342290.png

1631494351734.png

1631494364091.png

Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,582
Reaction score
15,628
Points
2,376
Thread baru je ye mek
Senang update 😁
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,297
Reaction score
15,059
Points
1,906
Thread baru je ye mek
Senang update 😁

tn TXT, thread dulu tu saya banyak terupdate pasal perbincangan ahli politik mengenai timb. speaker dan Ahmad Maslan :D
rasanya nanti banyak lagi argument dari pihak pembangkang mengenai ahmad maslan jadi timb. speaker


jadi ni saya bukak thread baru fokus pasal sidang parlimen :D
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,582
Reaction score
15,628
Points
2,376
tn TXT, thread dulu tu saya banyak terupdate pasal perbincangan ahli politik mengenai timb. speaker dan Ahmad Maslan :D
rasanya nanti banyak lagi argument dari pihak pembangkang mengenai ahmad maslan jadi timb. speaker


jadi tu saya bukak thread baru fokus pasal sidang parlimen :D

Molek mek
Kita fokus by isu lak
Senang
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,297
Reaction score
15,059
Points
1,906
Beberapa perkara harus diperhatikan semasa mesyuarat pertama Dewan Rakyat 2021.

1631162356630.png


Beberapa kemungkinan pada sidang parlimen pertama Ismail Sabri​

Diterbitkan 9 Sep 2021, 11:25 am

Dikemaskini 11:47 am



Parlimen akan bersidang semula pada 13 September, yang merupakan kali pertama ia bersidang di bawah kepimpinan Perdana Menteri yang baru, Ismail Sabri Yaakob.

Ini juga merupakan persidangan Dewan Rakyat secara bersemuka pertama dalam tempoh 270 hari selepas kali terakhir ia bersidang pada 17 Disember tahun lalu.

Sidang khas parlimen selama empat hari diadakan pada Julai lalu oleh kerajaan Muhyiddin Yassin setelah mendapat tekanan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Berada di ambang kejatuhan, kerajaan Muhyiddin pada masa itu mengubah sidang khas berkenaan menjadi sesi taklimat oleh para menteri. Kerajaannya bagaimanapun akhirnya tumbang.

Dengan Ismail Sabri kini merupakan perdana menteri dan kurang empat bulan sebelum 2021 berakhir, sidang parlimen tahun ini perlu dihabiskan pada masa yang berbaki.

Terdapat dua pusingan mesyuarat yang akan dijalankan secara berturut-turut. Parlimen bersidang dari Isnin hingga Khamis, kecuali cuti umum.

Dalam mesyuarat pertama, Dewan Rakyat akan bersidang dari 13 September hingga 12 Oktober, diikuti oleh Dewan Negara dari 4 Oktober hingga 26 Oktober.

Mesyuarat kedua akan disusuli dengan persidangan Dewan Rakyat dari 25 Oktober hingga 16 Disember dan Dewan Negara dari 14 Disember hingga 23 Disember.

Belanjawan 2022 akan dibentangkan dalam mesyuarat kedua ini.
Inilah yang harus diperhatikan semasa mesyuarat pertama parlimen pada sesi 2021.

c7c7eec58df46869c6d7c9ad252de13f.jpg

Titah diraja

Titah Yang di-Pertuan Agong kebiasaannya disampaikan pada hari pertama mesyuarat parlimen penggal pertama setiap tahun di hadapan anggota Dewan Rakyat dan Dewan Negara

Titah itu disediakan kerajaan dan kebiasannya Agong akan menggunakan teks yang telah disiapkan.

Namun akibat Istana Negara diseret dalam krisis politik pada tahun lalu, perlu diperhatikan jika istana menyisipkan pesanannya sendiri dalam titah diraja tahun ini.

Yang di-Pertuan Agong berkenaan mengisytiharkan darurat pada Januari berikutan kerajaan pimpinan Muhyiddin memerlukan lebih banyak kuasa untuk memerangi wabak Covid-19.

Namun pada Jun, Majlis Raja-Raja menitahkan agar Darurat tidak dilanjutkan.

Seri Paduka juga memanggil speaker Dewan Rakyat dan Speaker Dewan Negara untuk menitahkan agar parlimen bersidang semula berikutan keengganan kerajaan ketika itu.

Agong sekali lagi diseret ke dalam konflik dengan kerajaan Muhyiddin apabila kerajaan menolak untuk membentangkan Ordinan Darurat bagi dibahaskan di Dewan Rakyat sebagaimana dititahkan.

Tetapi drama itu mungkin tidak berakhir di bawah kerajaan baru apabila Seri Paduka kini diseret ke dalam episod "cakap dengar"
Agong secara terbuka menitahkan agar perdana menteri baru membenarkan usul percaya dibentangkan di parlimen, namun kerajaan sekarang mendakwa baginda telah berubah fikiran.

Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Undang-Undang, Wan Junaidi Tuanku Jaafar, yang mengatakan perkara itu disampaikan oleh Ismail Sabri semasa mesyuarat kabinet.

Tetapi tidak lama selepas itu, timbul persoalan apakah yang diberitahu oleh Ismail Sabri dalam mesyuarat kabinet adalah tepat seperti yang dihendaki Yang di-Pertuan Agong.

Sehingga kini, tidak ada pengumuman rasmi bahawa Agong telah menukar pendirian baginda, oleh itu, titah Agong pada hari pertama persidangan parlimen akan menjadi peluang bagi baginda untuk memberi penjelasan.


Undi percaya
Buat masa ini, tidak ada usul dalam Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat untuk Ismail Sabri mendapatkan undi percaya.

Keengganan kerajaan mengesahkan majoriti yang diperolehnya adalah aneh kerana sokongan terhadap Ismail Sabri daripada 114 daripada 220 anggota parlimen di Dewan Rakyat tidak dipertikaikan walaupun oleh pembangkang, dengan dua kerusi masih kosong.

8927f3d466861f8b4cf825f2251b8512.jpg

Pembangkang kini mempertimbangkan semula mengenai perjanjian keyakinan dan perbekalan dengan Ismail Sabri.

Mereka melihat keenganan menguji majoriti, proses yang normal secara demokratik, sebagai langkah yang salah dan bukan petanda baik bagi komitmennya terhadap pembaharuan.

Menarik untuk diperhatikan jika kerajaan membenarkan usul percaya setelah persidangan parlimen bermula sebagai respons terhadap tekanan yang diterimanya.

Akan tetapi, tekanan itu boleh dikendurkan oleh Seri Paduka sekiranya disahkan bahawa baginda tidak lagi mengkehendaki undi percaya.


Kedudukan timbalan speaker
Jawatan timbalan speaker kosong setelah Azalina Othman meletakkan jawatan pada 18 Disember.
Secara rasmi, Azalina menyebut perlunya pembaharuan di parlimen, malah mengesyorkan ahli parlimen pembangkang dilantik menggantikan tempatnya.

Selain itu, pengundurannya, kurang seminggu sebelum kabinet baru diumumkan, memberinya peluang untuk dilantik sebagai menteri, berikutan pengalamannya sebagai menteri undang-undang dari tahun 2015-2018.

Bagaimanapun, Ismail Sabri mengetepikan Azalina, yang merupakan penyokong dari kem yang berasingan dalam Umno.

15be292affc9fa6686ab2ab216bf9711.jpg

Kekosongan jawatan timbalan speaker menarik perhatian kerana ia boleh berfungsi sebagai proksi undi percaya.

Walaupun undi percaya untuk memilih timbalan speaker tidak memerlukan majoriti mutlak, penglibatan penuh ahli parlimen pembangkang akan memaksa kerajaan melakukan hal yang sama, memandangkan Ismail Sabri hanya memiliki majoriti empat kerusi.

Kerajaan juga telah melantik Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan, yang merupakan Umno 15 - iaitu antara 15 ahli parlimen Umno yang bertanggungjawab menjatuhkan Muhyiddin Yassin - untuk mengisi jawatan timbalan speaker.

Langkah itu kemungkinan akan mengekalkan sokongan 114 anggota parlimen kerajaan.

Kumpulan Umno 15 dilihat hilang sabar atas beberapa keputusan Ismail Sabri, termasuk mengekalkan sebahagian besar anggota kabinet Muhyiddin sebelum ini dan melantik bekas perdana menteri itu sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara.

Kerajaan juga menggunakan strategi serupa yang digunakan kerajaan Muhyiddin sebelum ini untuk melantik speaker dan timbalan speaker dengan mendakwa pembangkang tidak menamakan calon, oleh itu undi tidak diperlukan kerana hanya ada seorang calon kerajaan bagi jawatan itu.
Tidak jelas apakah pembangkang menamakan calonnya sendiri untuk jawatan timbalan speaker.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
92,297
Reaction score
15,059
Points
1,906
#NSTnation “It is hoped that this ruling will be rescinded immediately and NST be allowed to resume its coverage and discharge its responsibility to the people."
#DewanRakyat #Media #NewStraitsTimes #Parliament

Dewan Rakyat urged to allow NST to cover sitting​


September 9, 2021 @ 12:47pm

1631164322480.png


The Dewan Rakyat has been urged to lift its ruling of barring the New Straits Times, the nation’s oldest newspaper, from covering the upcoming Parliament sitting which begins next week. - NSTP/MOHD YUSNI ARIFFIN

KUALA LUMPUR: The Dewan Rakyat has been urged to lift its ruling of barring the New Straits Times, the nation's oldest newspaper, from covering the upcoming Parliament sitting which begins next week.

Social activist Tan Sri Lee Lam Thye said it was unfathomable to consider that the NST, a media organisation with 176 years of history, being denied access to Parliament which it has so well covered all these years.

Those who had imposed the ruling, which also affects a host of other news organisations both traditional and social, owe an explanation to their regular subscribers and readers, he added.

"Health issues may be the reason for reducing the number of media personnel. But, surely this can be addressed with compliance to all safety precautions adopted by Parliament and the implementation of basic standard operating procedures like wearing face masks, maintaining social distancing and others.




"The absence of any justification or rationale will give rise to questions related to fairness and logic.

"At a time when important events like Parliamentary sessions are taking place, it is in the public interest that what goes on in Parliament must be extensively covered by as many media as possible.

It is hoped that this ruling will be rescinded immediately and NST be allowed to resume its coverage and discharge its responsibility to the people," said Lee in a statement today.

In a statement yesterday, Dewan Rakyat Speaker Datuk Azhar Azizan Harun announced that only 16 media agencies were allowed to cover the upcoming sitting from inside Parliament grounds, with no reasons given for the arbitrary move.

This is the first time in the NST's history that it is being denied entry onto Parliament grounds for a Dewan Rakyat sitting.

BB_NSTP_1631162787.jpg
It is hoped that this ruling will be rescinded immediately and NST be allowed to resume its coverage and discharge its responsibility to the people. - NSTP/ASYRAF HAMZAH.

Media organisations allowed to cover the Parliament sitting include government media agencies RTM, Bernama, the Information Department and Finas.

Other agencies allowed to enter Parliament are TV3, Astro Awani, Berita Harian, Sinar Harian, The Star, The Sun, Sin Chew Daily, Nanyang Siang Pau, Malaysia Nanban, AFP, Malaysiakini and Malaysia Now.

Media groups then called for Azhar to state his stance for barring certain media from the upcoming sitting.

Gerakan Media Merdeka (Geramm) said the move should be clarified as it was detrimental to the freedom of the press, especially at a time when the top leadership are talking about institutional reforms and good governance.

National Union of Journalists (NUJ) general secretary Chin Sung Chew described the restriction as double standards and if Covid-19 was the reason, then all media should cover it virtually while access given only to official media.

dewan-rakyat-urged-allow-nst-cover-sitting
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,582
Reaction score
15,628
Points
2,376
FB_IMG_1631169432733.jpg

Beliau menjelaskan Parlimen juga tidak boleh lagi dilabelkan sebagai alat mana-mana pihak untuk menghalalkan apa jua yang ingin dilakukan.

Justeru itu, katanya Dewan Negara dan Dewan Rakyat bersepakat untuk menambah baik struktur pentadbiran dan kerangka perundangan berkenaan dengan Parlimen agar konsep pengasingan kuasa benar-benar wujud sekali gus memastikan kewibawaannya dapat diperkasakan.

Berita lanjut:

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register