Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN pertama bermula hari ini

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,659
Reaction score
12,182
Points
2,376
Jimat duit kerajaan buat meeting gini..

Duduk depan tu je..
Stanby IT seorang..
Stanby Pegawai khas seorang..
Stanby Penyedia makanan seorang..

Yang paling best IT, duk makan karipap dgn teh tarik kat tepi sambil² scroll fb..

Nikmat..
Sama la point kita bang bab jimat duit kerajaan tu 😁
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
Sejak pandemik Covid-19 bermula, keadaan telah mengalami perubahan secara drastik pada setiap hari dan ada masanya berlaku setiap jam.

Covid-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia: Muhyiddin
BERNAMA | | 21 Januari 2021

1611198349950.png


KUALA LUMPUR - Penularan pandemik Covid-19 yang menjejaskan dunia sejak awal tahun lepas, terbukti telah mempercepatkan pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sejak pandemik itu bermula, keadaan telah mengalami perubahan secara drastik pada setiap hari dan ada masanya berlaku setiap jam.

Justeru, menyedari kepentingan itu, kerajaan telah mengenal pasti ekonomi digital sebagai antara bidang pertumbuhan ekonomi utama bagi mencapai komitmen memajukan Malaysia sebagai negara yang mempunyai pertumbuhan mampan selain memastikan pengagihan secara adil dan saksama dalam kalangan penduduk, etnik dan wilayah.

“Kita akan terus memacu janji kemakmuran bersama untuk semua dengan menumpukan usaha memperkasa rakyat menerusi kemahiran digital, pengupayaan perniagaan yang dijana secara digital serta melonjakkan pelaburan digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Pertama (ADGMIN1) dan mesyuarat lain berkaitan secara telesidang di sini pada Khamis.

Selain itu, Perdana Menteri juga percaya bahawa pandemik Covid-19 itu juga telah memberi lonjakan di luar jangka bagi membolehkan kalangan negara-negara anggota ASEAN mempercepatkan usaha digital masing-masing.


1611198369601.png

Muhyiddin


Malah, beliau berkata, tidak dinafikan lagi bahawa ASEAN telah mencatat perkembangan dalam persekitaran digital walaupun tahapnya mungkin berbeza bagi setiap kawasan atau negara anggotanya.

“Sebagaimana anda semua sedia maklum, Pelan Tindakan Komuniti ASEAN 2025 (AEC 2025) telah memperakui kepentingan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) sebagai pemacu utama dalam transformasi ekonomi dan sosial ASEAN.

“Ia juga jelas menyatakan bahawa AEC 2025 bermatlamat untuk melonjakkan ASEAN ke arah ekonomi berkeupayaan digital yang terjamin, mampan serta mampu mentransformasi serta seterusnya dapat memanfaatkan lagi ICT bagi mewujudkan ASEAN yang inovatif, inklusif dan saling berintegrasi,” kata beliau.
Muhyiddin juga mengingatkan kepentingan untuk menitikberatkan langkah-langkah strategik utama ICT yang telah digariskan dengan penekanan terhadap aspek pemusatan dan perpaduan bagi usaha memajukan Komuniti ASEAN dalam bidang keselamatan siber, perlindungan data peribadi, teknologi 5G dan menggalakkan inovasi serta e-dagang. - Bernama

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
Muhyiddin juga menegaskan mesyuarat ADGMIN1 yang berlangsung secara maya hari ini membuktikan kemajuan Asean sebagai sebuah komuniti yang berteraskan digital.

1611201461241.png


Asean perlu kekang jenayah siber demi ekonomi digital, kata PM
Bernama
Diterbitkan 21 Jan 2021, 11:08 am



ASean perlu mencari pendekatan kolektif untuk mengekang jenayah siber rentas sempadan ketika rantau itu bersedia untuk muncul sebagai blok ekonomi digital yang kompetitif ketika pasca-Covid-19, kata Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam ucaptama sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Digital Asean Pertama (ADGMIN1) yang diadakan secara maya, Muhyiddin berkata cabaran utama yang dihadapi kumpulan serantau dalam bidang siber adalah untuk terus berada di hadapan dalam dua bidang utama iaitu mengekang jenayah siber dan menuju kemajuan ekonomi digital.

Perdana Menteri menegaskan Malaysia menyedari bentuk jenayah siber rentas sempadan dan cabaran untuk membawa penjenayah siber ke muka pengadilan kerana ia memerlukan pendekatan serantau yang selaras dan bersepadu.

"Dalam hal ini, anggota Asean tidak lagi boleh bergerak dan bekerja secara berasingan,” katanya sempena perasmian ADGMIN1 yang bertemakan Asean: Komuniti Yang Dihubungkan Secara Digital di Kuala Lumpur hari ini.


Muhyddin berkata Asean secara berterusan membincang dan menyuarakan sokongannya terhadap suatu set peraturan antarabangsa, norma dan prinsip dalam tingkah laku yang bertanggungjawab mengenai ruang siber dalam membina persekitaran digital yang selamat dan boleh dipercayai.

Malaysia juga katanya sedang menuju ke arah mencapai matlamat keselamatan dengan rancangan dan strategi komprehensif untuk menyediakan ruang siber yang selamat, dipercayai dan berdaya tahan serta pada masa sama, memupuk kesejahteraan ekonomi demi kesejahteraan semua negara anggota Asean.

Menurut perdana menteri agensi penguatkuasaan kebangsaan negara anggota juga harus dilengkapi dengan peralatan canggih seperti keupayaan forensik digital untuk memerangi jenayah siber dan diintegrasikan sepenuhnya di seluruh rantau agar benar-benar berkesan menangani pencabulan undang-undang rentas sempadan.

"Tiada alasan untuk gagal. Negara-negara anggota harus mempunyai azam dan tekad berbanding sindiket jenayah,” katanya.


Dalam hal berkaitan, Muhyiddin berkata anggota Asean mungkin boleh mempertimbangkan pengenalan undang-undang data peribadi dan hak pengguna terhadap mana-mana entiti digital di rantau ini.

Platform digital mungkin akan diminta mempunyai sikap kebertanggungjawapan yang lebih besar dengan membolehkan mereka didakwa, kecuali jika mereka dapat mengawal produk mereka.

Perdana Menteri berkata Asean seharusnya dapat mempertimbang undang-undang berkaitan yang lebih tegas terhadap ucapan berunsur kebencian melalui media digital, yang antara lain akan memaksa platform digital untuk menghapus atau/dan mengenakan hukuman atas setiap ucapan yang sengaja mempromosikan keganasan dan serangan.

"Ini tidak hanya terhad kepada gangguan dan ancaman terhadap seseorang atau individu berdasarkan bangsa, jantina, agama, orientasi seksual, kecacatan atau kewarganegaraan," tambahnya.

Muhyiddin menekankan Malaysia komited untuk menyediakan kecekapan yang lebih baik serta perhubungan kepada penduduk di seluruh rantau ini dan Malaysia juga telah diberi penghormatan untuk menyelaraskan pembangunan Pelan Induk Digital Asean 2025 (ADM2025) yang akan dilancarkan semasa ADGMIN1.

ADM2025 - yang dibangun berdasarkan Pelan Induk ICT ASEAN 2015 dan 2020 - menggabungkan usaha untuk menyokong transformasi digital bagi sektor tradisional, mewujudkan pasaran digital yang adil dan kompetitif, membina persekitaran digital yang selamat dan boleh dipercayai, mewujudkan warga digital yang cerdas untuk muncul sebagai blok ekonomi digital yang kompetitif.

Dia juga menegaskan mesyuarat ADGMIN1 yang berlangsung secara maya hari ini membuktikan kemajuan Asean sebagai sebuah komuniti yang berteraskan digital.
Semua 10 negara anggota Asean - Brunei, Myanmar, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam - mengambil bahagian dalam ADGMIN1 yang diadakan secara maya dari hotel Kuala Lumpur Hilton.

Mesyuarat bermula Isnin didahului Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Digital Asean (ADGSOM1).

ADGMIN1 sebelumnya dikenali sebagai Mesyuarat Menteri-Menteri Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat Asean (ASEAN TELMIN) pertama dan diadakan di Kuala Lumpur pada Julai 2001.

- Bernama
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,128
Reaction score
2,601
Points
206
internet okay ke tu?
line tak lekat ke?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata selain rangka kerja itu, Malaysia juga akan terus menyokong Forum Perlindungan dan Privasi Data ASEAN dan pembangunan Klausa Kontrak Model ASEAN.

Malaysia komited bantu ASEAN selamatkan aliran data dan tingkatkan keselamatan siber – Saifuddin





21/01/2021


1611204138207.png





KUALA LUMPUR: Dalam memastikan aliran data rentas sempadan yang selamat dan meningkatkan keselamatan siber bagi mewujudkan ekosistem yang dipercayai untuk e-dagang ASEAN, Malaysia mengesahkan sokongannya dalam melaksanakan inisiatif di bawah Rangka Kerja Tadbir Urus Data Digital ASEAN.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata selain rangka kerja itu, Malaysia juga akan terus menyokong Forum Perlindungan dan Privasi Data ASEAN dan pembangunan Klausa Kontrak Model ASEAN.

“Malaysia juga komited mempromosikan pembangunan program pensijilan keselamatan siber profesional untuk ASEAN dalam membantu mewujudkan kakitangan keselamatan siber bertaraf dunia.

“CyberSecurity Malaysia (CSM), sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia menubuhkan skim pensijilan profesional keselamatan siber tempatan dikenali sebagai Global ACE (Skim Pendidikan Keselamatan Siber Akreditasi Global) yang ingin ditawarkan Malaysia kepada negara anggota ASEAN.

Saifuddin berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya pada Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN yang pertama melalui telesidang hari ini.

“Bagaimanapun, banyak yang masih perlu dilakukan dalam perjalanan untuk menjadi blok ekonomi digital yang kompetitif dan bersepadu terutama dalam keadaan semasa,” katanya merujuk kepada pandemik COVID-19 dan normal baharu yang perlu dihadapi dunia.

Saifuddin turut mengakui pencapaian ASEAN dalam bidang digital sejak 10 tahun lepas sebagai bukti sejauh mana pencapaian rantau ini, di bawah bimbingan Pelan Induk ICT ASEAN 2015 (AIM2015) dan Pelan Induk ICT ASEAN 2020 (AIM2020).

Beliau berkata sementara negara ASEAN mendapat landasan dalam menggalakkan pemulihan ekonomi dan peralihan kepada normal baharu, Pelan Induk Digital ASEAN 2025 akan mengemudi rantau ini melalui pembangunan digital lima tahun akan datang.

Saifuddin turut berkongsi usaha Malaysia untuk membuka akses yang lebih besar kepada Internet dengan menaik taraf infrastruktur digitalnya, merangkumi Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan penubuhan Majlis Ekonomi Digital Negara & 4IR untuk menyelia kemahiran digital, pekerjaan, perniagaan, pelaburan, infrastruktur, teknologi baru muncul, kerajaan dan penggunaan digital komuniti serta data dan keselamatan siber.

Saifuddin mempengerusikan ADGMIN1 secara maya yang dihoskan oleh Malaysia bermula hari ini, dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucaptama secara maya semasa upacara pembukaan tersebut.

Sebelum ADGMIN1, berlangsung Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Digital ASEAN yang pertama (ADGSOM1) selama dua hari yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Seri Mohammad Mentek.

Bertemakan ASEAN – Komuniti yang Dihubungkan Secara Digital, mesyuarat itu bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara negara ASEAN ke arah membina ekosistem digital sebagai tonggak dalam pelan pembangunan pasca-COVID-19.
– BERNAMA


 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,279
Reaction score
1,542
Points
201
Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN pertama bermula hari ini


Januari 21, 2021 @ 8:33am
View attachment 332633
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Mohammad Mentek, ketika mempengerusikan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Digital ASEAN (ADGSOM1) selama dua hari pada kelmarin dan semalam

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Yang Pertama (ADGMIN1) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, dengan Malaysia selaku tuan rumah membuka tirainya di sini, hari ini.
Mesyuarat secara maya selama dua hari itu dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijadual menyampaikan ucaptama secara maya, sempena perasmiannya pada jam 10 pagi ini.

Acara perasmian akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, Astro AWANI dan Facebook RTM di (https://www.facebook.com/RadioTelevisyenMalaysia) serta YouTube (https://www.youtube.com/channel/UCjUxj4cyy_F0tVCT8WfmdZQ).


Sebelum ADGMIN1, berlangsung Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Digital ASEAN (ADGSOM1) selama dua hari, yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Mohammad Mentek.
Bertemakan ASEAN - Komuniti yang Dihubungkan Secara Digital, ADGMIN1 bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara negara ASEAN ke arah membina ekosistem digital sebagai tonggak dalam pelan pembangunan pasca-COVID-19.

ASEAN yang ditubuhkan pada 1967 adalah sebuah pertubuhan serantau terdiri daripada 10 negara Asia Tenggara - Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. – BERNAMA

indonesia terbaik.. pakai mask depan kamera
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
Negara-negara anggota ASEAN perlu memperkukuhkan kesalinghubungan dan bergerak sebagai satu blok bagi komuniti ASEAN dalam mempercepatkan pendigitalisan terutama semasa pandemik COVID-19.
#ADGMIN1 #ADGSOM1 #ASEAN

ASEAN perlu bergerak sebagai satu blok dalam percepatkan digitalisasi
52f53b205adb8c835cf25cea97edea6f600852a19f33e.jpg


21/01/2021 09:45 AM

KUALA LUMPUR, 21 Jan -- Negara-negara anggota ASEAN perlu memperkukuhkan kesalinghubungan dan bergerak sebagai satu blok bagi komuniti ASEAN dalam mempercepatkan pendigitalisan terutama semasa pandemik COVID-19.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata ini kerana sektor digitalisasi berfungsi sebagai pemboleh kritikal bagi hampir semua sektor lain.
Oleh itu, katanya, adalah penting bahawa sektor ini memastikan keselamatan ekosistem digital dengan kebergantungan semua sektor untuk berfungsi dan menjalankan urusan masing-masing.




“Saya percaya bahawa kita telah mengadakan perbincangan yang berhasil dan Malaysia akan memastikan dedikasi sepenuhnya semasa memegang jawatan pengerusi,” katanya dalam ucapan penutup pada mesyuarat pertama Pegawai-Pegawai Kanan Digital ASEAN (ADGSOM1), di sini, Rabu malam.

Terdahulu, pegawai kanan tersebut mengadakan pertemuan dengan rakan dialog iaitu Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, India, Kesatuan Eropah (EU) dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

Mohammad juga mempengerusikan bersama mesyuarat ADGSOM1+EU secara maya dengan Pentadbir Prinsipal EU, Direktorat Jeneral Hal Ehwal Antarabangsa untuk Rangkaian Komunikasi, Kandungan dan Teknologi, Petri Koistinen.


Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut termasuk kemajuan Pelan Kerja ICT ASEAN dan rakan dialog dan persediaan mesyuarat peringkat menteri yang dijadual berlangsung esok.

Mesyuarat ADGSOM secara maya selama dua hari itu disertai oleh kesemua 10 negara anggota ASEAN itu dan ia dihoskan oleh Malaysia dengan Sekretariat ASEAN bertindak sebagai pemudah cara.

Mesyuarat kemudian akan diteruskan dengan Mesyuara Menteri-Menteri Digital ASEAN Pertama (ADGMIN1) hari ini yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan mesyuarat tersebut dengan menyampaikan ucaptama pada jam 10 pagi.
-- BERNAMA

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,930
Reaction score
12,070
Points
1,906
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mewakili suara Malaysia di depan semua rakan sejawat ASEAN.

Hishammuddin bersuara di ASEAN





21/01/2021


1611220367435.png




KUALA LUMPUR – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini mewakili suara Malaysia di depan semua rakan sejawat ASEAN.
Berkongsi di Facebooknya, Ahli Parlimen Semberong berkata, antara ucapannya ialah beliau senada dengan cadangan Brunei agar akses terhadap Dana Respon #COVID19 ASEAN dipercepatkan demi menjayakan pendekatan kolektif serantau bagi membantu semua negara ASEAN memperolehi vaksin.
“ASEAN mesti mengambil berat dan mencari jalan menangani masalah kesihatan mental (#MentalHealth) yang kian meruncing di era Covid-19,” katanya.

WhatsApp-Image-2021-01-21-at-16.55.42.jpeg


Hishammuddin turut memberitahu inti pati lain termasuk menyambut baik perkembangan positif di wilayah Rakhine yang mana usaha tiga pihak iaitu China, Bangladesh dan Myanmar bakal membantu pelarian Rohingya pulang ke tempat asal mereka.

Selain itu, turut menghargai kesediaan China membekalkan vaksin Covid-19 kepada kumpulan pertama pelarian yang pulang kelak.

“Menyeru ASEAN agar terus memanfaatkan Kerangka Pemulihan Komprehensif ASEAN yang dicadangkan Malaysia tahun lalu bagi mengukuhkan semula ekonomi serantau di era pasca pandemik secepat mungkin,” ujarnya. -SuaraTV


 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,279
Reaction score
1,542
Points
201
Negara-negara anggota ASEAN perlu memperkukuhkan kesalinghubungan dan bergerak sebagai satu blok bagi komuniti ASEAN dalam mempercepatkan pendigitalisan terutama semasa pandemik COVID-19.
#ADGMIN1 #ADGSOM1 #ASEAN

ASEAN perlu bergerak sebagai satu blok dalam percepatkan digitalisasi
View attachment 332760

21/01/2021 09:45 AM

KUALA LUMPUR, 21 Jan -- Negara-negara anggota ASEAN perlu memperkukuhkan kesalinghubungan dan bergerak sebagai satu blok bagi komuniti ASEAN dalam mempercepatkan pendigitalisan terutama semasa pandemik COVID-19.
Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) Datuk Seri Mohammad Mentek berkata ini kerana sektor digitalisasi berfungsi sebagai pemboleh kritikal bagi hampir semua sektor lain.
Oleh itu, katanya, adalah penting bahawa sektor ini memastikan keselamatan ekosistem digital dengan kebergantungan semua sektor untuk berfungsi dan menjalankan urusan masing-masing.




“Saya percaya bahawa kita telah mengadakan perbincangan yang berhasil dan Malaysia akan memastikan dedikasi sepenuhnya semasa memegang jawatan pengerusi,” katanya dalam ucapan penutup pada mesyuarat pertama Pegawai-Pegawai Kanan Digital ASEAN (ADGSOM1), di sini, Rabu malam.

Terdahulu, pegawai kanan tersebut mengadakan pertemuan dengan rakan dialog iaitu Amerika Syarikat, China, Jepun, Korea Selatan, India, Kesatuan Eropah (EU) dan Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).

Mohammad juga mempengerusikan bersama mesyuarat ADGSOM1+EU secara maya dengan Pentadbir Prinsipal EU, Direktorat Jeneral Hal Ehwal Antarabangsa untuk Rangkaian Komunikasi, Kandungan dan Teknologi, Petri Koistinen.


Antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan tersebut termasuk kemajuan Pelan Kerja ICT ASEAN dan rakan dialog dan persediaan mesyuarat peringkat menteri yang dijadual berlangsung esok.

Mesyuarat ADGSOM secara maya selama dua hari itu disertai oleh kesemua 10 negara anggota ASEAN itu dan ia dihoskan oleh Malaysia dengan Sekretariat ASEAN bertindak sebagai pemudah cara.

Mesyuarat kemudian akan diteruskan dengan Mesyuara Menteri-Menteri Digital ASEAN Pertama (ADGMIN1) hari ini yang dipengerusikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan merasmikan mesyuarat tersebut dengan menyampaikan ucaptama pada jam 10 pagi.
-- BERNAMA

Semua sembang kari pasal digitalisation.. internet mcm siput barbi.. makmal komputer pon tak penah repair.. sembang je
 
Sponsored Post
Top
Log in Register