Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN pertama bermula hari ini

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,899
Reaction score
12,065
Points
1,906
Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN pertama bermula hari ini


Januari 21, 2021 @ 8:33am
DATUK_SERI_MOHAMMAD_MENTEK_1611189186.jpg

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Mohammad Mentek, ketika mempengerusikan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Digital ASEAN (ADGSOM1) selama dua hari pada kelmarin dan semalam

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Menteri-Menteri Digital ASEAN Yang Pertama (ADGMIN1) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan, dengan Malaysia selaku tuan rumah membuka tirainya di sini, hari ini.
Mesyuarat secara maya selama dua hari itu dipengerusikan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dijadual menyampaikan ucaptama secara maya, sempena perasmiannya pada jam 10 pagi ini.

Acara perasmian akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, Astro AWANI dan Facebook RTM di (https://www.facebook.com/RadioTelevisyenMalaysia) serta YouTube (https://www.youtube.com/channel/UCjUxj4cyy_F0tVCT8WfmdZQ).


Sebelum ADGMIN1, berlangsung Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan Digital ASEAN (ADGSOM1) selama dua hari, yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Seri Mohammad Mentek.
Bertemakan ASEAN - Komuniti yang Dihubungkan Secara Digital, ADGMIN1 bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama antara negara ASEAN ke arah membina ekosistem digital sebagai tonggak dalam pelan pembangunan pasca-COVID-19.

ASEAN yang ditubuhkan pada 1967 adalah sebuah pertubuhan serantau terdiri daripada 10 negara Asia Tenggara - Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. – BERNAMA

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,551
Reaction score
12,176
Points
2,376
Zaman IT
Zaman COVID19
Situasi sama bila nak meeting untuk urusan kerja sekarang
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,899
Reaction score
12,065
Points
1,906
Potensi ekonomi digital ASEAN juga dapat ditingkatkan jika negara-negaranya melakukan transformasi digital sepenuhnya serta mewujudkan komuniti digital yang menyeluruh.

Negara ASEAN perlu rangka dasar e-dagang rentas sempadan

21 Januari 2021


1611195533704.png

ASEAN


KUALA LUMPUR - Negara-negara ASEAN perlu merangka dasar yang menyelaras peraturan e-dagang rentas sempadan bagi menggalakkan pembangunan ekonomi digital serantau dalam usaha menjadi komuniti digital sepenuhnya.

Pengarah Eksekutif CIMB Asean Research Institute (CARI), Jukhee Hong berkata, potensi ekonomi digital ASEAN juga dapat ditingkatkan jika negara-negaranya melakukan transformasi digital sepenuhnya serta mewujudkan komuniti digital yang menyeluruh.

"ASEAN perlu menggalakkan perkembangan infrastruktur digital yang akan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) beralih kepada model perniagaan baharu dalam talian agar dapat mengembangkan perniagaan mereka di rantau ini.

"Pendigitalan dari segi sistem kewangan dan pentadbiran awam serta pengaktifan infrastruktur pembayaran digital juga dapat memudahkan aliran kewangan di rantau ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program temu bual khas Temu Minda bertajuk Malaysia Nadi Digital ASEAN yang dihoskan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah pada Rabu.

Jukhee berkata bagi mencapai matlamat digital menyeluruh, Malaysia boleh memainkan peranan sebagai pemacu negara digital yang menjadi nadi kepada pembangunan ekonomi digital di rantau ASEAN.

Menurutnya, bagi merapatkan jurang kemahiran digital di rantau ini, kerajaan juga perlu memperbaharui sistem latihan dan pendidikan bagi melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dalam bidang digital dan ICT, katanya.

Sementara itu, bercakap dalam program sama, Ketua Pegawai Eksekutif TIME dotCom Bhd, Afzal Abdul Rahim berkata, antara cabaran utama dalam usaha menjadi negara digital di rantau ini adalah penyediaan kemudahan infrastruktur digital yang berbeza di setiap negara.

"Di Malaysia, kita mempunyai sistem perancangan bandar yang baik dan syarikat telekomunikasi dapat menyediakan infrastruktur digital seperti kabel fiber bawah tanah," katanya.

Menurutnya, Malaysia mempunyai kelebihan dari segi geografi kerana berada di laluan perkapalan paling sibuk di dunia melalui Selat Melaka yang turut menjadi laluan kabel dasar laut utama di rantau ini.

"Kelebihan semula jadi Malaysia ini membolehkan kita menjadi magnet kepada nadi digital di ASEAN," katanya. - Bernama

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,899
Reaction score
12,065
Points
1,906
Zaman IT
Zaman COVID19
Situasi sama bila nak meeting untuk urusan kerja sekarang
aah ye tn TXT, mmg digital semua urusan sekarang ni
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,551
Reaction score
12,176
Points
2,376

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,899
Reaction score
12,065
Points
1,906
Terpaksa mek
Ikutkan meeting bersemuka lagi senang nak bincang
tu la kan tn TXT
namun IT dah pertingkatkan tahap kecekapan dia
jadi mcm google meeting, vid conferencing dsb disesuaikan utk keadaan yg memerlukan
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,551
Reaction score
12,176
Points
2,376
tu la kan tn TXT
namun IT dah pertingkatkan tahap kecekapan dia
jadi mcm google meeting, vid conferencing dsb disesuaikan utk keadaan yg memerlukan
Keadaan semasa ni memang memerlukan video conference
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,899
Reaction score
12,065
Points
1,906
BERNAMA

· 8m ·

1f4cc.png
Masih banyak perlu dilakukan dalam misi ASEAN untuk menjadi blok ekonomi digital bersepadu dan kompetitif khususnya dalam situasi semasa - Saifuddin
1f4cc.png
Malaysia tegas komitmen laksana inisiatif di bawah Rangka Pentadbiran Data Digital ASEAN pastikan aliran data rentas sempadan selamat - Saifuddin
1f4cc.png
PM Muhyiddin akan lancar pelan rancangan induk digital Malaysia sendiri - Saifuddin
----------------
1f4cc.png
Much still remains to be done in ASEAN’s journey to become a competitive and integrated digital economic bloc especially under current circumstances – Saifuddin
1f4cc.png
Malaysia affirms its commitment in implementing initiatives under ASEAN’s Digital Data Governance Framework, ensuring secure cross border data flows – Saifuddin
1f4cc.png
Prime Minister Muhyiddin Yassin to launch Malaysia’s own digital masterplan - Saifuddin
1f4cc.png
Malaysia is committed in promoting professional cybersecurity programmes in helping to create world class cybersecurity workforce – Saifuddin

1611196072454.png
 
Sponsored Post
Top
Log in Register