BTC USD 40,071.4 Gold USD 1,829.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mesti yakin cabaran krisis kewangan: PM

notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata rakyat mesti yakin bahawa negara mampu untuk menempuh cabaran yang datang berikutan dunia kini dilanda dengan masalah krisis kewangan.

Perdana Menteri berkata tidak dinafikan Malaysia tidak boleh mengelak daripada mengalami kesan akibat krisis itu tapi rakyat tidak perlu terbawa-bawa dengan perasaan takut dan bimbang.

“Semua ini berlaku oleh sebab bermulanya krisis kewangan di Amerika dan pada waktu ini Amerika dan Eropah berada dalam situasi kemelesetan yang tentu sekali menimbulkan perasaan bimbang sebab negara kita adalah sebuah negara yang ekonominya terbuka.

“Dalam erti kata kita mempunyai hubungan ekonomi dengan negara-negara lain di seluruh dunia dan tentu sekali besar hubungannya dengan Amerika dan Eropah.
Semua ini berlaku berpunca daripada mereka, tetapi kita juga perlu melihat kepada diri kita, kita tak perlu sangat terbawa-bawa dengan rasa takut dan bimbang. Kita mesti juga ada keyakinan, dan kita mesti ada keyakinan untuk menempuh cabaran-cabaran itu,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini. - Bernama


aku dgr negara len lagi teruk...nape malaysia x teruk ek?? kukuh sgt ke?:-?:-?:-?
 
Sponsored Post

tirani

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2007
Messages
2,639
Reaction score
3
Points
25
mesti lah kukuh..pasai tu semua jabatan kerajaan kena potong budget utk 2009 sebanyak hampir 30%.. tu tak kira yg rakyat dok bayaq subsidi free kpd kerajaan lg..semua ni pasai nak bg makan anak menantu dan anak hantu pak2 menteri yg prihatin..
 

notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
mesti lah kukuh..pasai tu semua jabatan kerajaan kena potong budget utk 2009 sebanyak hampir 30%.. tu tak kira yg rakyat dok bayaq subsidi free kpd kerajaan lg..semua ni pasai nak bg makan anak menantu dan anak hantu pak2 menteri yg prihatin..

:)):))btol tue :)):))
 

DDos

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,111
Reaction score
690
Points
166
apa lagi dia nak cakap, takkan nak cakap ekonomi mesia teruk kut, kelentong je le pakcik dan maksik yg kat kampung nunnnn, pakat hangguk2 dan geleng2, kkekeke
 

akay

Banned
Joined
Jan 30, 2008
Messages
14,865
Reaction score
17
Points
115
lom teruk lg kot kat m'sia ni...

1. kengkawan aku yg kontraktor da lama siap keja tp lom dpt payment dkat rm1 juta..

2. dulu org kmpng bole la cover kenaikan minyk ngan harga getah rm4/kg la ni da tinggal rm1.5/kg je..mcm mane diaorg nak tampung kenaikan brg tu eh...
 

notrexdame

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 26, 2008
Messages
76,139
Reaction score
63
Points
525
Cicak itu hadiah

.......................
 
Last edited:

akay

Banned
Joined
Jan 30, 2008
Messages
14,865
Reaction score
17
Points
115
Kenapa kita tidak sepatutnya menggemari cicak?’ adalah pertanyaan yang Grismer mahu kita jawab.


“SEWAKTU saya kecil, saya selalu cari cicak dan ular di belakang rumah di California,” kata profesor dalam jurusan biologi di Jabatan Biologi, Universiti La Sierra, California, Amerika Syarikat, Dr. Lee Grismer, 53.

Dan tanpa disangka, minat sejak kecilnya itu berkembang sehinggakan beliau kini berulang alik di antara Malaysia dan California, untuk mencari cicak dan reptilia yang lain.

“Mungkin kerana saya memikirkan saya tidak bagus dalam perkara lain, jadi saya sekadar meneruskan minat saya. Sehingga hari ini, ibu bapa saya masih tidak faham kenapa saya sangat berminat dengan cicak,” ujarnya yang pertama kali ditemui sedang berkongsi tentang penemuan kumpulannya dari hutan Malaysia di ibu pejabat Persatuan Pencinta Alam (MNS) di Kuala Lumpur.

Jika ada yang mempunyai pemikiran yang sama seperti ibu bapa Grismer, beliau meminta orang ramai untuk menjawab soalannya pula: Kenapa pula ia tidak sepatutnya digemari?

“Kita bukan sekadar bercakap tentang cicak rumah yang selalu kita jumpa di dalam kediaman dan bangunan tempat kita bekerja. Tetapi kita bercakap tentang semua cicak yang ada di Malaysia.

“Setiap spesies cicak memiliki ciri yang tersendiri. Daripada warna dan bentuk, sehinggalah kepada anatomi, cicak sebenarnya ‘hadiah’ yang diberi tuhan untuk kita buka dan teroka,” kongsi bapa kepada dua orang anak ini.

Bercakap tentang buka dan teroka, Grismer berkata, beliau menghabiskan satu malam tahun barunya ketika remaja di rumah membedah cicak sedangkan teman-temannya yang lain sedang bergembira di parti-parti yang dianjurkan.
Saya sedar, demi menyelamatkan keseluruhan spesies cicak, seekor dua perlu dikorbankan. Mereka perlu dikenali dan difahami dengan lebih mendalam,” katanya yang kemudiannya menjelas lanjut bahawa pembelajaran itu tidak terhenti di situ saja. Sebaliknya, katanya, ia sepatutnya dapat membantu menyelamatkan dunia.

“Dunia sekarang sebenarnya dalam keadaan ‘huru-hara’. Dengan perubahan cuaca yang sedang berlaku, Malaysia menunjukkan bahawa ia adalah salah sebuah negara maju di rantau Asia Tenggara dalam usaha konservasi alam,” kata Grismer yang merupakan orang pertama yang mendapat ijazah sarjana muda dalam keluarganya.

Merujuk keluasan kawasan hutan Malaysia yang belum diteroka dan minat penduduk setempat untuk menghabiskan masa lapang di dalam hutan, Grismer mengatakan satu-satunya cara untuk benar-benar menyelamatkan dunia ialah dengan mempelajari tentang apa yang ada di dalamnya.

Bekerjasama dengan kumpulan tempatan yang diketuai Dr. Norhayati Ahmad dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di bawah Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), Grismer berkata pelajar dari Malaysia menunjukkan dedikasi paling tinggi ketika mempelajari ilmu alam.

“Chan Kin Onn, calon Ijazah dalam Sains (UKM), contohnya, boleh disifatkan sebagai perintis pakar reptilia Malaysia tidak lama lagi. Kerjasama yang terbina (antara Amerika Syarikat dan Malaysia) seperti ini boleh membawa kepada lebih banyak kebaikan, terutamanya untuk dunia ini sendiri,” ujar Grismer serius.

Terkeluar daripada stereotaip seorang pakar biologi yang sering digambarkan dalam filem, kata Grismer, dia melalui adventur yang jauh lebih mengujakan berbanding imaginasi seorang penulis skrip filem.

Malah, penulis Vernon L. Avila, dalam bukunya Biology: Investigating Life on Earth mengatakan Indiana Jones juga akan cemburu jika beliau mengetahui pengembaraan yang dikongsi Grismer dan anak lelakinya, Jesse, dalam pencarian mereka untuk memahami amfibia dan reptilia.

Menariknya, dari segi fizikal juga Grismer sudah menyangkal stereotaip itu dari awal.




--------------------------------------------------------------------------------



“Kami perlu sihat dan cergas. Kerana sepanjang menjalankan kajian kami perlu berupaya untuk mengangkat dan menggolekkan batu, memanjat gunung, bukit yang curam atau pokok dan kami perlu berupaya untuk melakukan semuanya itu sendiri.

“Kalau kami lemah atau sakit, tidak ada sesiapa yang akan menjaga kami,” katanya yang sentiasa bergerak dalam kumpulan atau sekurang-kurangnya bersama anak-anaknya.

Masuk gimnasium lima hari seminggu, kata Grismer, ramai di kalangan mereka ialah pemanjat cenuram, aktif dalam angkat berat, tidak makan makanan ringan atau segera, tidak merokok, tidak minum alkohol dan sihat secara keseluruhannya.

“Kerja ini ialah tentang minda dan tubuh secara keseluruhannya. Kalau anda tanya saya, saya 90 peratus cicak. Boleh dikatakan juga ia berada dalam DNA saya.

“Walaupun saya sedang membawa anjing saya berjalan di taman, saya akan sentiasa terfikir dan terjenguk sana-sini mencari cicak,” ujarnya sambil tertawa.

Kegembiraan Grismer sebenarnya sudah dapat dirasakan sejak awal pertemuan.

“Saya sangat gembira dengan kerja ini. Ialah kehidupan saya. Kalau dulu, setiap kali balik daripada kerja, saya akan mengalami pos-depresi. Sehingga hari ini, kami sudah melakukan beberapa rancangan TV termasuklah untuk National Geographic,” kongsinya.

Sejak masuk ke hutan Malaysia, kegembiraan itu berganda tatkala penemuan yang dilakukan bersama kumpulan Dr. Norhayati. (hutan malaysia di mana?)

“Sehingga tahun 1800, hanya enam spesies cicak ditemui. Tetapi antara ... sehingga Oktober 2008 jumlah itu meningkat sehingga 117 spesies,” ujar Grismer.

Bersama-sama kumpulannya, mereka berjaya menamakan spesies cicak hampir setiap hari sejak hari pertama masuk ke hutan Malaysia.

“Malaysia membuatkan saya sedar betapa saya sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang biologi. Dulu, tempat-tempat yang saya kaji, seperti di kawasan gurun, hanya perlu tengok ke lantai (tanah) dan belek celah batu.

“Tetapi apabila tiba di Malaysia, dari bawah ke atas, semua ceruk kena periksa. Bukan saja di kawasan berbatu, dalam gua dan bahagian-bahagian pada pokok pun kena perhatikan juga.

“Kepelbagaian spesies cicak di Malaysia memang luar biasa. Sekali gus ini menunjukkan bahawa hutan Malaysia yang sihat kerana hanya hutan yang sihat dapat menampung kepelbagaian spesies yang besar seperti ini,” katanya


p/s: jgn tembak cicak setiap malam jumaat:)):))


ni apo lak kaitan eh cicak ngan ekonomi ni notty :-?:-?
 

Kurma

Active+ Member
Joined
Jul 23, 2007
Messages
4,219
Reaction score
95
Points
30
adakah ini petanda awal...tirai keadaan ekonomi sebenar mesia akan di tayangkan ke seluruh negara....
 

norza0204

Active Member
Joined
Dec 16, 2006
Messages
1,173
Reaction score
17
Points
25
kukuh ler sangat....:(scam:(scam:(scam
sampai 5 billion duit kwsp kena ambik....
kukuh...memang kukuh...:(scam:(scam:(scam
 

DEKAN

Fun Poster
Joined
Oct 16, 2008
Messages
628
Reaction score
0
Points
10
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata rakyat mesti yakin bahawa negara mampu untuk menempuh cabaran yang datang berikutan dunia kini dilanda dengan masalah krisis kewangan.

Perdana Menteri berkata tidak dinafikan Malaysia tidak boleh mengelak daripada mengalami kesan akibat krisis itu tapi rakyat tidak perlu terbawa-bawa dengan perasaan takut dan bimbang.

“Semua ini berlaku oleh sebab bermulanya krisis kewangan di Amerika dan pada waktu ini Amerika dan Eropah berada dalam situasi kemelesetan yang tentu sekali menimbulkan perasaan bimbang sebab negara kita adalah sebuah negara yang ekonominya terbuka.

“Dalam erti kata kita mempunyai hubungan ekonomi dengan negara-negara lain di seluruh dunia dan tentu sekali besar hubungannya dengan Amerika dan Eropah.
Semua ini berlaku berpunca daripada mereka, tetapi kita juga perlu melihat kepada diri kita, kita tak perlu sangat terbawa-bawa dengan rasa takut dan bimbang. Kita mesti juga ada keyakinan, dan kita mesti ada keyakinan untuk menempuh cabaran-cabaran itu,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini. - Bernama


aku dgr negara len lagi teruk...nape malaysia x teruk ek?? kukuh sgt ke?:-?:-?:-?

Malaysia cuba menegakkan benang yang basah.... Mana ada takkan ader effect, Eksport utama kita ke US more than 60% tu nak buang kat mana fakta tu tuuu...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register