strom
Legendary Member

- Messages
- 17,846
- Joined
- Jul 18, 2011
- Messages
- 17,846
- Reaction score
- 4,717
- Points
- 191
KAHERAH: Mesir hari ini mengisytiharkan perintah darurat di utara dan tengah Semenanjung Sinai selama tiga bulan selepas serangan pengebom nekad yang mengorbankan 30 askar.
Perintah dikeluarkan istana Presiden yang mula berkuatkuasa pada hari ini untuk tempoh tiga bulan, demikian menurut satu kenyataan Presiden susulan serangan terbaharu terhadap anggota keselamatan sejak bekas presiden, Mohamed Morsi digulingkan tahun lalu.
Keputusan itu juga membabitkan penutupan pintu sempadan Rafah ke Semenanjung Gaza.
"Pihak tentera dan polis akan mengambil langkah yang sepatutnya untuk membendung keganasan serta siapa yang membiayainya demi menjaga keselamatan di wilayah ini serta melindungi nyawa penduduk," kata kenyataan itu.
Perintah berkurung itu dikuatkuasakan selepas 30 askar terbunuh manakala berpuluh lagi cedera dalam satu serangan bom berani mati di sebuah ladang pertanian di barat laut El-Arish, bandar utama ke utara Sinai.
Serangan bom itu dipercayai dilakukan pejuang jihad yang sebelum itu merempuh pos pemeriksaan dengan kenderaan yang sarat dengan bahan letupan, demikian menurut pegawai keselamatan.
Lelaki bersenjata itu juga menembak mati seorang pegawai dan mencederakan dua askar di satu lagi pos pemeriksaan di selatan El-Arish, semalam.
Sejak Morsi digulingkan, lebih 1,400 penyokongnya sudah terbunuh dalam operasi yang dilakukan pihak berkuasa.
Kira-kira 15,000 lagi dipenjarakan termasuk Morsi dan pemimpin kanannya dalam Ikhwanul Muslimin dengan lebih 200 dijatuhi hukuman mati dalam perbicaraan yang pantas. - AFP
http://www.bharian.com.my/node/13508