BTC USD 62,726.8 Gold USD 1,765.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mesin penapis air antara punca bil letrik tinggi

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,291
Reaction score
245
Points
43
GAMBAR hiasan.


Kuala Lumpur: Mesin penapis air yang mempunyai fungsi pemanas dan penyejuk dikenal pasti menjadi antara punca peningkatan bil elektrik terutama ketika cuaca panas yang sedang melanda negara.

Ketua Retail Tenaga Nasional Berhad (TNB) Selangor Ismail Lathifi Teh berkata, peralatan elektrik yang mempunyai fungsi sedemikian seperti peti sejuk serta alat penyaman udara dan kini penapis air minuman menggunakan tenaga elektrik yang banyak untuk mengekalkan suhu berkenaan terutamanya ketika cuaca panas.

"Pada cuaca panas seperti sekarang ini, mesin yang mempunyai kompresor akan menggunakan tenaga yang lebih banyak untuk mengekalkan suhu.

"Jadi lebih kerap kita membuka pintu peti sejuk dan lebih kerap kita mengambil air sejuk daripada penapis air di rumah, lagi banyak tenaga elektrik yang akan digunakan oleh peralatan berkenaan bagi mengekalkan suhu sejuk," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, contohnya, jika tangki penapis minuman yang menyimpan air sejuk habis ia akan diisi dengan air yang baharu dan kompresor akan berfungsi untuk menyejukkan air berkenaan.

Ismail Lathifi berkata, jika lebih banyak isian semula berlaku, lebih kerap kompresor berkenaan berfungsi dan ini akan menyebabkan peningkatan penggunaan elektrik.

Dalam pada itu, Ismail Lathifi turut menasihati pengguna agar menetapkan pemasa pada alat penyaman udara masing-masing selain menetapkan suhu antara 24 hingga 26 darjah Celcius sahaja bagi menjimatkan penggunaan elektrik.

"Pengguna digalakkan menggunakan pemasa yang ada pada penyaman udara masing-masing dan menetapkan agar ia ditutup pada awal pagi kira-kira pukul 2 pagi dan ke atas kerana ketika itu cuaca mulai sejuk dan memasang kipas untuk mengekalkan suhu sejuk di dalam rumah," katanya.

Ismail Lathifi turut menyarankan kepada pengguna agar melakukan servis terhadap penyaman udara secara berkala agar ia dapat berfungsi dengan lebih efisien dan jimat.

"Saya dapat aduan yang mengatakan mereka (pengguna) tidak menggunakan penyaman udara tetapi kenapa bil elektrik melambung, mereka lupa bahawa barang elektrik lain juga menggunakan elektrik," katanya.


== hmetro
 
Sponsored Post

kasmarol

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2008
Messages
9,940
Reaction score
59
Points
80
24 hingga 26 darjah calcius mcm dalam oven
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,898
Reaction score
2,726
Points
206
ooo pakcik baru tau.
 

tr4falgar

Super Active Member
Joined
Oct 14, 2012
Messages
6,772
Reaction score
618
Points
126
den takdok penapis air kat umah.. so betul ke idok ni.. sape yg pakai tu, komen skit
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,982
Reaction score
704
Points
171
jangan pakai brand cuckoo, kuat makan elektrik.. sbb dia guna tabung tunggal, isolate bo.d.oh jer.. aku tutup fungsi sejuk tu.. baru lah rasa jimat.. jika tak.. sebulan kena $180 bil.. skrg aku buka yg panas jer.. bil dalam $60 - $80 jer
 

anbusan

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
7,971
Reaction score
191
Points
83
aircond ye la kot, tp kalau peti ais dgn mesin air ni bkn ke die da tertutup dlm kawasan yg suhu die agak terpelihara?
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,982
Reaction score
704
Points
171
aircond ye la kot, tp kalau peti ais dgn mesin air ni bkn ke die da tertutup dlm kawasan yg suhu die agak terpelihara?
aircond aku jimat. bilik sempit tp pakai 1.5HP, set air 26c jer... bil tak cecah $80 pun
 

anbusan

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2006
Messages
7,971
Reaction score
191
Points
83
jangan pakai brand cuckoo, kuat makan elektrik.. sbb dia guna tabung tunggal, isolate bo.d.oh jer.. aku tutup fungsi sejuk tu.. baru lah rasa jimat.. jika tak.. sebulan kena $180 bil.. skrg aku buka yg panas jer.. bil dalam $60 - $80 jer

aku pakai cucko yg rm50 ke rm60 kat kg, ok je rasa bil around RM80 (tp peti ais ada 2 la plus kipas lg mau 3 4 buah on memanjang)
tp musim panas naik sikit la sbb kipas mmg pasang max
 

mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
10,982
Reaction score
704
Points
171
aku pakai cucko yg rm50 ke rm60 kat kg, ok je rasa bil around RM80 (tp peti ais ada 2 la plus kipas lg mau 3 4 buah on memanjang)
kat kg lain.. orang tua tak minum air sejuk pun... mungkin mereka tutup suiz sejuk tu mcm aku buat... guna yg panas dan suam jer....
p/s: msk 3 tahun sudah guna brand cuckoo ni.. tunggu masa guna coway plak....
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register