Mereka itu Firaun kecil...saya sedia tinggalkan parti kata Zul Nordin

CG Sponsors




Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,710
Reaction score
1,544
Points
101
Ahli Parlimen PKR Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin menyifatkan Ahli Parlimen PAS Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Zaid Ibrahim sebagai Firaun kecil yang mempertikaikan pendiriannya berhubung dengan kalimah Allah.

Sehubungan itu beliau menegaskan, jika sampai kepada peringkat beliau perlu keluar parti dalam mempertahankan kalimah suci Allah, beliau sedia berbuat demikian.
"Mereka ini bagi saya adalah Firaun kecil. Dalam Isu Islam tidak ada kompromi apatah lagi soal kalimah Allah membabitkan soal akidah.

"Walaupun Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta saya menarik balik laporan polis terhadap Khalid Samad kerana menyifatkan ia adalah perbezaan pendapat tetapi saya tegaskan kepadanya, kenyataan Khalid bukan perbezaan pendapat tetapi penghinaan kepaa Islam.

"Dalam soal Zaid Ibrahim yang mahu saya dipecat dari parti, saya tidak berminat melayan politikus hinggusan dan opportunist macam dia. Saya hendak bertanya apakah pendirian dia tentang hudud, kerana dulu dia pernah saman kerajaan Kelantan kerana hendak laksanakan hudud.

"Selepas itu PAS perlu buat pendirian terhadap orang macam ini. Kita hendak tahu sejauh mana PAS boleh berkompromi dengan soal Islam ini," jelasnya panjang lebar.

Beliau menyatakan demikian kepada Agendadaily ketika diminta mengulas kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Anwar, Khalid dan Zaid berhubung tindakannya membuat laporan polis terhadap Khalid dalam isu kalimah Allah.

Khalid dalam kenyataanya mempersoalkan kenapa Zulkifli menyamannya kerana pendiriannya sama dengan Anwar. Manakala Anwar pula menyifatkan Zulkifli sudah cross the line dan Zaid pula mahukan parti memecat Zulkifli sebagai ahli PKR.

Mengulas mengenai semua perkara itu, Zulkifli berkata, beliau tidak akan berganjak dengan pendiriannya walaupun terpaksa meninggalkan parti.

Ditanya adakah beliau ada berhubung dengan Anwar, beliau mengakui Anwar ada menghubunginya dan meminta beliau menghormati perbezaan pendapat dan menarik balik laporan polis terhadap Khalid.

"Saya juga hairan kenapa Anwar sebagai seorang yang mempunyai imej Islam yang kuat menyokong Kristian. Kita tahu ada dua pendapat berbeza dalam isu ini, ada ulama luar yang menyifatkan tidak salah agama lain guna kalimah Allah tetapi ulama besar dalam negara tidak bersetuju.

"Saya harapkan Anwar akan mengambil sikap bebas tetapi beliau menyokong pihak Kristian. Tapi itu saya boleh terima sebagai perbezaan pendapat. Tetapi kenyataan Khalid yang menyatakan enekmen Islam Selangor sudah ketinggalan zaman, bagi saya adalah satu penghinaan.

"Dalam soal kalimah Allah Khalid sudah tidak bertamaddun, keluar batas perbahasan. Dia hina Islam, hina sistem perundangan, hina Sultan, bagi saya dia biadap.

"Anwar minta saya tarik balik laporan polis, saya kata boleh jika Khalid memohon maaf kepada umat Islam dan kepada Sultan Selangor," ujarnya panjang lebar.
 
Sponsored Post

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,005
Reaction score
208
Points
133
Banyak thread bincang isu yg sama....harap MOD boleh merge....
 

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,705
Reaction score
295
Points
141
macam Astrok jabat plak... ada Firaun kecil..

ooo jap, dia guna term firaun baik. lolol
 

art_director

Banned
Joined
Jan 20, 2008
Messages
3,606
Reaction score
182
Points
43
macam Astrok jabat plak... ada Firaun kecil..

ooo jap, dia guna term firaun baik. lolol
ingat firaun dah takder, rupanye yg mati tuh bapak firaun, anak2 firaun yg kecil2 masih ader lagi kot? keke
 

art_director

Banned
Joined
Jan 20, 2008
Messages
3,606
Reaction score
182
Points
43
Banyak thread bincang isu yg sama....harap MOD boleh merge....
ape saje la yg kau tak puas hati dengan TT nih? bio la dia nak publish artikel berita sesama bape banyak pun. Aku suke membaca
 

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
TT tak sama warna dia..sure la dia bebulu...
 

matcitra

Fun Poster
Joined
Oct 8, 2008
Messages
772
Reaction score
0
Points
10
ape saje la yg kau tak puas hati dengan TT nih? bio la dia nak publish artikel berita sesama bape banyak pun. Aku suke membaca
aku pung suke membaca...

yg dia dengki sngt tu ngape yea....?:-?:-?

Oooo... pasat tak sokong bendera dia...
 

add

Fun Poster
Joined
Feb 14, 2008
Messages
803
Reaction score
10
Points
15
org cakap FIRM STAND mcm tula YB ZUL..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register