'Mereka bukan lagi anggota kerajaan'

Recommended Brokers


kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
30,648
Reaction score
1,163
Points
196


IPOH - Wakil rakyat pembangkang dilihat tidak wajar bertindak merasmikan sebarang program rasmi kerajaan.

Exco Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, wakil rakyat pembangkang juga tidak boleh bertindak sebagai seorang anggota kerajaan.

Bagaimanapun katanya, pihak kerajaan tetap meraikan dan mengakui kedudukan mereka, malah kedudukan wakil rakyat pembangkang sekarang tidak sama seperti ketika pentadbiran UMNO/BN sebelum ini.

“Kita beri peruntukan kepada mereka untuk menyewa pejabat termasuk ketua pembangkang. Perbezaannya ketara, cuma tak boleh lepas garisan, mereka bukan lagi anggota kerajaan.

“Sebab itu kita lantik penyelaras DUN. Kita juga tidak nafikan hak dan peranan mereka dalam demokrasi. Sebagai warga Malaysia, mereka punyai hak, kedudukan dan kita raikan kedudukan itu.

“Cuma dalam pentadbiran kerajaan, mereka bukan ahli politik. Kami yang dah diberikan mandat berhak untuk mendapat sokongan dan kerjasama daripada mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan mesyuarat bersama Jabatan Pendidikan Negeri di Bilik Gerakan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, kerajaan negeri mengambil perhatian serius terhadap cadangan penubuhan Majlis Perundingan Pendidikan Negeri Perak.

Tambahnya, penubuhan majlis itu dilihat bakal menjadi platform untuk menyuarakan sebarang isu yang timbul dalam bidang pendidikan di negeri ini.

“Penubuhannya akan dibuat pada penghujung tahun ini setelah kita selesai bermesyuarat. Mungkin Oktober dan dalam konteks ini saya nak dengar apa yang mereka nak suarakan berkaitan pendidikan.

“Dengan adanya majlis ini, sekurang-kurang dapat memberi peluang kepada kelompok yang tidak ada ruang di tempat lain,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/44313/EDISI/Perak/Mereka-bukan-lagi-anggota-kerajaan
 
Sponsored Post

faeyzul

Active Member
Joined
Feb 2, 2010
Messages
1,509
Reaction score
72
Points
30
bukan ke wakil rakyat tu penjawat awam / anggota kerajaan sbb tu deme ade pencen kn :unsure:
 

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
30,648
Reaction score
1,163
Points
196
bukan ke wakil rakyat tu penjawat awam / anggota kerajaan sbb tu deme ade pencen kn :unsure:
Kalau nak diikutkan mana2 ahli politik bukan penjawat awam di dalam perlembagaan.
 

The Maut

Fun Poster
Joined
Jul 19, 2019
Messages
604
Reaction score
22
Points
15
Join politik dpt pencen. Untung kija 5 thun ja
 

d1-trg

Fun Poster
Joined
Dec 20, 2014
Messages
215
Reaction score
30
Points
20
kat terengganu , time hari PIBG , kena panggil pengarah x2 pendidikan @ agensi kerajaan untuk rasmi majlis, sebab wakil rakyat PH tak der sorang pun, kalau dulu sebelum pru 14 biasanya wakil rakyat kerajaanlah yg dtg rasmi dan bagi ceramah ... selit skit ceramah politik.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register