Meraung isteri dijerut

CG Sponsors




Anas Asarani

Fun Poster
Joined
Aug 9, 2009
Messages
939
Reaction score
1
Points
15
Meraung isteri dijerut

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]
2010/02/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

GOMBAK: Hanya raungan pilu mampu menggambarkan kesedihan hati seorang suami sebaik mengetahui isteri tercinta mati dibunuh dalam keadaan leher mangsa dijerut sekuat hati oleh perompak menggunakan langsir.

Difahamkan penjenayah yang berniat untuk merompak mangsa tergamak membunuh wanita itu menggunakan kain langsir rumah selepas mangsa diikat perompak berkenaan, dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi semalam. Kematian mangsa, Sulastari, 50, hanya disedari selepas mayatnya ditemui suaminya yang baru pulang dari bekerja sebagai buruh di Pasar Borong Selayang di sini. Ketika ditemui, mayat mangsa tertiarap dengan kedua-dua kaki dan tangan diikat di rumah sewanya di Kampung Selayang Indah di sini. Ia menyebabkan suami mangsa dikenali sebagai Saibun, 41, hampir histeria akibat tidak percaya dengan apa yang berlaku. Susulan itu, sepasukan anggota polis dan forensik Selangor dipanggil ke tempat kejadian untuk menyiasat motif pembunuhan sebelum mangsa dipercayai dibunuh dengan dijerut lehernya dengan tali hingga putus nafas. Suasana pilu mula menyelubungi tempat kejadian, apabila suami mangsa tidak henti-henti menangis dan meratap hiba sambil cuba ditenangkan jirannya.


Bagaimanapun, mayat mangsa yang cuba dipindahkan ke atas pacuan empat roda polis bagi dihantar ke Hospital Selayang sekali lagi mencetuskan suasana sedih apabila suami mangsa meraung berulang kali berkata ‘isteri saya orang baik-baik...kenapa dia dibunuh’. Keadaan menjadi tambah sayu apabila suami mangsa yang cuba mendekati mayat isterinya yang bertutup plastik hitam terbabit hampir rebah tidak sedarkan diri akibat tidak dapat menahan kesedihan. Ketika dihampiri suami mangsa hanya merintih dan merayu supaya polis mencari serta memberkas penjenayah yang membunuh isterinya itu secepat mungkin. Sementara itu, beberapa jiran berhampiran mendakwa langsung tidak menyedari bunyi jeritan atau pergaduhan dari rumah mangsa terbabit. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, mangsa yang juga wanita warga Indonesia ditemui suaminya dalam keadaan tertiarap dengan kaki dan tangannya diikat dengan langsir. Menurutnya, pembunuh turut melilit kain selimut pada leher mangsa yang dipercayai menjadi punca kematian mangsa. “Berdasarkan siasatan, Saibun yang bekerja sebagai buruh di sebuah pasar borong menemui mayat isterinya itu pada kira-kira jam 8 pagi selepas pulang bekerja. “Ketika ditemui mayat isterinya tertiarap dalam bilik tidur. Dia segera menghubungi polis sebelum mangsa disahkan sudah tidak bernyawa,” katanya. Abdul Rahim berkata berdasarkan siasatan, penjenayah menceroboh masuk rumah mangsa melalui pintu sebelum merompak serta membunuh mangsa yang ketika itu bersendirian dalam rumah.


“Keadaan bilik tidur rumah terbabit didapati berselerak dan polis percaya kejadian itu bermotifkan samun berikutan barang kemas milik mangsa turut didapati hilang,” katanya.


Menurutnya, siasatan masih dijalankan termasuk nilai kerugian dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis serta kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan.
 
Sponsored Post

din cacing

Active+ Member
Joined
Apr 20, 2008
Messages
4,324
Reaction score
14
Points
25
Meraung isteri dijerut

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
[email protected]
2010/02/04
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

GOMBAK: Hanya raungan pilu mampu menggambarkan kesedihan hati seorang suami sebaik mengetahui isteri tercinta mati dibunuh dalam keadaan leher mangsa dijerut sekuat hati oleh perompak menggunakan langsir.


Menurutnya, siasatan masih dijalankan termasuk nilai kerugian dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta tampil ke balai polis serta kes disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan.
kejam..memang kejam
 

donaldduck

Active+ Member
Joined
Jan 11, 2010
Messages
3,751
Reaction score
60
Points
30
ishh... dpt perompak tu... kasi lembik, patah riuk... jgn bg mati.. pastu biar je kt tgh padang panas2...bg burung bangkai makan..

CILAKE lah perompak tu..!!
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
kesian tul aku tgk dlm news smlm..even lelaki pn nanges..sbb syg n tak tahan dgn kekejaman pembunuh tu
 

elan

Active+ Member
Joined
Apr 10, 2007
Messages
4,796
Reaction score
34
Points
30
bahayanya.... perkara mcm ni boleh terjadi pada sapa2 saja.... dapat perompak mcm, belasah sampai lunyai je....:mad:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register