Menyorok dua jam di jirat Cina gara2 merajuk dengan isteri

CG Sponsors




balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
GEORGETOWN - Gara-gara merajuk dengan isteri, seorang lelaki memilih kawasan jirat Cina di Batu Lanchang sebagai tempat untuk ‘menenangkan fikiran’ sebelum bertindak menyembunyikan diri apabila pasukan peronda sukarela melakukan operasi mencarinya di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan kejadian yang berlaku kira-kira jam 1 pagi itu berpunca daripada salah faham apabila lelaki itu mengetahui isterinya sering berjumpa dengan sepupu lelakinya sebelum ini.

Menurut sumber, sebelum kejadian pasangan itu dan anak-anak mereka baru pulang dari makan malam dan ketika dalam perjalanan ke rumah berlaku pertengkaran antara lelaki berkenaan dan isterinya sehingga membuatkan lelaki berkenaan nekad meninggalkan isteri dan anak-anaknya di tengah kawasan jirat Cina di sini.

“Lelaki berkenaan memandu ke dalam kawasan jirat Cina dan meninggalkan isteri dan anak-anaknya di dalam kereta sebelum dia kemudiannya masuk ke kawasan gelap.

“Pasukan peronda dan pasukan comunity policing yang mengetahui kejadian itu bertindak mencari lelaki berkenaan namun dia gagal dikesan selepas dua jam mencarinya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Bagaimanapun, perbuatan lelaki berkenaan yang memilih untuk bersembunyi tidak berpanjangan apabila dia keluar dan ditemui polis.

Ditanya mengapakah dia berbuat demikian, lelaki berkenaan berkata, dia malu dengan pasukan keselamatan yang bertindak mencarinya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu bagaimanapun mengesahkan tiada laporan polis yang dibuat setakat ini.

Beliau berkata tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan hanya perselisihan faham antara suami dan isteri.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/menyorok-dua-jam-di-jirat-cina-1.150137
 
Last edited:
Sponsored Post

pecot85

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2009
Messages
27,973
Reaction score
826
Points
161
kes rare ni...biasa merajuk lepak kedai minum
 

Yul-Minho

Legendary Member
Joined
Jul 23, 2012
Messages
15,938
Reaction score
1,170
Points
201
Ditanya mengapakah dia berbuat demikian, lelaki berkenaan berkata, dia malu dengan pasukan keselamatan yang bertindak mencarinya.
malu pulok?? haha.. plawok2..
 

ykenobi

Super Active Member
Joined
Nov 19, 2008
Messages
6,422
Reaction score
14
Points
65
bawa diri ke kuboq cina..
bole tenang kot tgk kuboq ala2 sofa cavenzi..

hahahahaha
 

agenloan

Active+ Member
Joined
Oct 17, 2011
Messages
4,242
Reaction score
50
Points
35
Parah betul, merajuk sampai tahap memalukan, memang sensitif betul
 

hairy84

Legendary Member
Joined
Sep 15, 2010
Messages
15,863
Reaction score
35
Points
120
Xde duit kot...kalau ade duit merajuk lepak karaoke jamban ...lagu 2 3 das... balik rumah senyum je
 

balqis07

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
dah tak de tempat lain gaknya nak lari gara2 merajuk gan bini...sampai kat kubur cina ni.
 

shop onlines

Fun Poster
Joined
Apr 11, 2013
Messages
279
Reaction score
0
Points
10
apa la merajuk kt jerat cina...gi la merajuk kt dangdut nu
 

exofx

Legendary Member
Joined
Aug 20, 2011
Messages
18,750
Reaction score
545
Points
161
Teruk bebenor merajuk tu, mujur tak kena gigit hantu cina.:))

Hantu yang tampal duit kertas atas dahi berhenti melompat.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register