BTC USD 38,520.4 Gold USD 1,811.15
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menyamar Penghantar Makanan Sebelum Serbu Kasino Mini

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,265
Reaction score
4,104
Points
236
10.06.2021 - Kuala Lumpur, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, terpaksa menggunakan taktik penyamaran penghantar makanan bagi menyerbu satu unit kediaman di sebuah residensi mewah yang menjalankan aktiviti kasino mini, petang tadi. Serbuan pada jam 2 petang ke atas sebuah residensi di Jalan Pudu, di sini, oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), JSJ, Kuala Lumpur, itu dilakukan selepas risikan sejak beberapa hari lalu susulan maklumat yang diterima dari orang awam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Nasri Mansor, berkata ketika serbuan, pihak polis terpaksa menyamar sebagai penghantar makanan ke unit berkenaan untuk memastikan suspek membuka pintu. Katanya, hasil pemeriksaan mendapati terdapat 13 individu termasuk dua wanita warga tempatan dan seorang lelaki warga negara Perancis berada di dalam unit itu yang dilengkapi dua meja kasino.

"Ketika serbuan juga beberapa pemain sedang leka membuat pertaruhan permainan di dalam sebuah bilik dan ruang tamu unit kediaman itu," katanya selepas serbuan.

Nasri berkata, siasatan awal mendapati aktiviti perjudian di situ bermula jam 2 petang sehingga jam 7 pagi ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan pada masa ini.

"Pemain terdiri daripada kalangan individu yang dikenali penganjur dan dibenarkan naik ke tingkat 34 bagi memasuki kasino mini ini. Mereka yang membuat pertaruhan juga akan membuat pembayaran melalui sistem perbankan dalam talian," katanya.

Dalam serbuan ini polis merampas dua meja kasino, 104 keping kad terup, 913 keping cip bernilai RM5, RM25, RM100 dan RM500 serta wang tunai. Katanya, penganjur kegiatan ini adalah seorang lelaki tempatan.


Berita asal https://www.bharian.com.my/berita/k...-penghantar-makanan-sebelum-serbu-kasino-mini
 

CG Sponsors




Top
Log in Register