BTC USD 62,817.8 Gold USD 4,336.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menyamar jadi anggota polis

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Oliva menunjukkan laporan polis yang dibuat.
< 1 / 1 >
SELAYANG - Tiga warga tempatan menyamar sebagai anggota polis sebelum memecah masuk rumah diduduki tiga warga asing yang terletak di Selayang Baru jam 1 pagi pada 5 Mac lalu.

Mangsa yang berasal dari Indonesia, Oliva Alupan, 26, berkata, dia tinggal bersama dua rakannya dari India sejak tiga tahun lalu di situ.

Menurutnya, tiga telefon bimbit jenis Samsung dan HTC serta sebuah IPad dilarikan suspek yang masing-masing berusia antara 30-an hingga 50-an.

“Mereka ketuk pintu rumah dan tunjuk kad polis, lepas tu arahkan kami tunjukkan pasport masing-masing.

“Selepas itu mereka geledah rumah kami dengan alasan nak periksa sama ada kami simpan dadah atau sebaliknya. Kami tak berani nak lawan sebab ingat mereka memang polis betul," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Tambahnya, suspek mengambil masa lebih kurang 15 minit untuk menggeledah rumah mereka.

“Mereka tak ambil wang atau cederakan kami. Kami pun tak sedar bila masa telefon bimbit kami diambil sampai la mereka beredar.

“Sebaik saja sedar ada telefon bimbit dan IPad yang hilang, kami cuba mengejar mereka tapi tak berjaya," katanya.

Menurut Oliva, bagaimanapun dia bernasib baik kerana sempat menyorokkan telefon bimbit miliknya di dalam kocek seluar dan barang kemas di balik pakaian sementara wang tunai telah dikirimkan di kampung sehari sebelum kejadian.

“Kejadian berlaku terlalu pantas. Saya pula macam dalam keadaan mamai sebab baru bangun tidur, jadi tak pasti sama ada kad yang ditunjukkan betul atau tak.

“Memang kami terlupa langsung tugas berkenaan pemeriksaan warga asing sepatutnya dilakukan imigresen bukannya polis, dan suspek tidak menunjukkan permit geledah atau surat kebenaran untuk berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad mengesahkan kejadian.

"Kami telah mengenal pasti suspek dan kes masih dalam siasatan," katanya.


SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/menyamar-jadi-anggota-polis-1.258566
 
nasib baik masih bleh buat report lagi :D

tak lama lagi selesai kot ? :- "Kami telah mengenal pasti suspek dan kes masih dalam siasatan,"
 
Back
Top
Log in Register