Menteri Wanita Pertama Kabinet meninggal dunia

CG Sponsors




AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
al fatihah....
KL 10/1: Menteri Wanita Pertama Kabinet Tun Dr Fatimah Hashim meninggal dunia pada 11.35 malam ini kerana sakit tua/BERNAMA
 
Sponsored Post

irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
Al fatihah...

Tun Tan Sri Dr. Fatimah Hashim (lahir 25 Disember 1924) ialah Menteri Kebajikan Am Malaysia antara 20 Mei 1969 hingga 28 Februari 1973 serta wanita pertama Malaysia dilantik sebagai Menteri Kabinet Malaysia.
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,054
Reaction score
923
Points
121
Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dari Allah s.w.t
 

fix90

Active Member
Joined
Mar 19, 2009
Messages
2,167
Reaction score
11
Points
25
al-fatihah..dan takziah..
 

alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR 10 Jan. – Bekas Menteri Kebajikan, Tun Fatimah Hashim meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Bukit Pantai di sini semalam, pada usia 85 tahun.

Allahyarham yang juga bekas Ketua Kaum Ibu UMNO (kini Wanita UMNO) menghembuskan nafas terakhir pada pukul 11.35 malam.

Allahyarham merupakan isteri kepada bekas Menteri Undang-undang, Allahyarham Tan Sri Abdul Kadir Yusuf yang kembali ke rahmatullah pada April 1992.

Beliau meninggalkan enam anak iaitu Mariam, Mohamad Shah, Khalid, Ali, Abdul Karim dan Faridah selain 18 orang cucu serta 11 orang cicit.

Anak lelaki bongsunya, Abdul Karim berkata, semua ahli keluarga terdekat sempat bersama Allahyarham sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Katanya, ibunya juga sudah sekian lama menghidap sakit lelah.

“Kepada mereka yang ingin memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham boleh berbuat demikian hari ini di alamat No.1, Lorong Bukit Pantai 1, Bukit Pantai, Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di sebelah makam suaminya iaitu di Makam Pahlawan di pekarangan Masjid Negara, selepas solat Zohor, hari ini.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register