BTC USD 92,219.9 Gold USD 3,333.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menteri, Timbalan Menteri Ucap Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025

combat13

Active+ Member
Messages
3,819
Joined
Dec 18, 2007
Messages
3,819
Reaction score
137
Points
33
f0f4fb95759c3862dcf131febf5d447867cbb79ff1c13

60c8e7b99a65f9eadf67c16bd71b8b3c67cbb95da0b6f

Kredit: FB - Fahmi Fadzil

Beberapa Menteri dan Timbalan Menteri mengucapkan selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025 yang disambut di seluruh dunia hari ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil dalam catatan di Facebook berkata sambutan hari ini adalah sebagai meraikan ketabahan, keberanian dan sumbangan luar biasa wanita dalam hidup semua insan.

“Semoga mereka terus dikurniakan kekuatan untuk mengejar impian, melangkah ke hadapan dengan penuh keyakinan, serta dihargai untuk setiap pengorbanan dan kejayaan.

“Buat ibu dan isteri tercinta... terima kasih atas kasih sayang yang tak ternilai. Teruskan menginspirasi. Selamat Hari Wanita!,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata sambutan Hari Wanita Antarabangsa merupakan hari untuk semua pihak menghargai dan meraikan peranan penting kaum wanita di seluruh dunia yang punyai kekuatan dan potensi luar biasa untuk mendorong perubahan positif dalam masyarakat.

“Hari ini juga mengingatkan kita untuk terus berjuang dan berusaha untuk memperkasa peranan dan hak wanita dalam usaha untuk membina dunia yang lebih adil dan seimbang.

“Tarikh 8 Mac setiap tahun amat signifikan khususnya kepada golongan wanita kerana kita meraikan Hari Wanita Antarabangsa. Di kesempatan bermakna ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita Antarabangsa 2025 dengan tema ‘Wanita Beraspirasi Membina Legasi’,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang pula berkata tema sambutan tahun ini amat bertepatan dalam mengiktiraf peranan wanita dalam pembangunan negara.

“Wanita hari ini bukan sekadar pelengkap kepada masyarakat, tetapi mereka adalah pencetus perubahan dan pemangkin kemajuan.

 
Back
Top
Log in Register