akudotcom
CG Hardcore Club

- Messages
- 57,753
Top Poster #3
- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 57,753
- Reaction score
- 6,746
- Points
- 881
- Awards
- 1
Menteri perlu ada empati tangani isu SPM ketika banjir
Izwan Abdul HalimDecember 1, 2024
SHAH ALAM: Menteri Pendidikan perlu menunjukkan rasa empati terhadap cabaran dihadapi calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang terjejas akibat bencana banjir.
Ketua Penerangan PAS Selangor, Zurk Ahmad berkata, banjir melanda telah memberi kesan besar kepada calon-calon yang sepatutnya fokus menyiapkan diri untuk peperiksaan, namun terpaksa menghadapi cabaran lebih besar melibatkan nyawa.
“Tidak hanya calon, guru-guru yang bertugas dalam peperiksaan SPM juga turut menjadi mangsa banjir, menjadikan situasi lebih mencabar.
“Pentadbir sekolah-sekolah yang sepatutnya fokus kepada kelancaran persediaan pelajar dan pusat peperiksaan kini terganggu kerana menjadi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) banjir.
“Di saat-saat genting ini, peranan Menteri yang ada rasa empati amat diperlukan,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau turut menekankan keperluan untuk Menteri Pendidikan bertindak lebih kreatif dan pantas dalam mencari penyelesaian agar peperiksaan SPM dapat diteruskan dengan lancar tanpa menambah beban kepada calon-calon, khususnya dalam aspek psikologi mereka.
“Ini adalah masa untuk bertindak bijak demi memastikan masa depan anak bangsa tidak terjejas akibat bencana alam.
“Kini lebih daripada sebelumnya, kita memerlukan penyelesaian inovatif yang memberi ruang kepada calon dan guru untuk terus berusaha walau dalam keadaan sukar,” katanya. – HARAKAHDAILY 1/12/2024