BTC USD 24,438.9 Gold USD 1,801.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menteri kesihatan: Undang-undang tak halang guna ganja untuk perubatan

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,612
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
28,612
Reaction score
3,826
Points
261
Awards
1
Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum mesyuarat Isnin depan

Nasional


Muhammad Azizul Osman - 21 July 2022

Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum mesyuarat Isnin depan
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin ketika berucap pada Majlis Perasmian Kempen Media 'Anak Malaysia Sihat' 2022 di Kementerian Kesihatan, Putrajaya. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 27 JUN 2022.

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum akan mengadakan mesyuarat pertamanya, Isnin depan. Pengerusinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membayangkan mesyuarat itu mungkin membincangkan kelulusan pendaftaran produk berasaskan kanabis (ganja). “Bagi kanabis (ganja) mungkin ada kemungkinan besar kita akan keluarkan kerangka bagi pendaftaran bagi produk yang ada kaitan cannabidiol (CBD) menjelang akhir tahun ini dan dipertimbangkan pendaftaran dia dan penggunaan untuk penyakit-penyakit tertentu pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-undang Racun (Pindaan) 2022 pada persidangan Dewan Rakyat, hari ini. Dalam pada itu, Khairy yang mengelas mengenai kelulusan penggunaan ketum di negara ini berkata, ia berdasarkan kepada bukti bagi tujuan perubatan. “Selepas jawatankuasa ini mendapat pandangan daripada pakar-pakar, samada ketum ataupun kanabis boleh digunakan secara selamat bagi tujuan tertentu untuk perubatan maka kita akan keluarkan kerangka bagi pendaftaran produk sedemikian,” katanya. Minggu lalu, Khairy berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) akan membenarkan penggunaan beberapa produk perubatan mengandungi kanabis atau ganja dikenali sebagai CBD pada tahun depan. Keputusan itu, kata Khairy, dibuat setelah kajian awal kementerian itu dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mendapati terdapat bukti penggunaannya membantu pesakit yang mengalami penyakit tertentu.

Bagaimanapun, tambah beliau, produk CBD nanti hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan dan diperoleh melalui preskripsi doktor di klinik serta hospital sekali gus tidak boleh dibeli dari mana-mana pihak. Dalam pada itu, Dewan Rakyat hari ini sebulat suara meluluskan pindaan RUU Racun (Pindaan) 2022 dengan meminda 16 Seksyen. Pindaan ini bagi memperkukuhkan kawalan ke atas racun dan bahan psikotropik serta memberi fleksibiliti dalam pengendalian racun untuk tujuan yang sah di samping mengemas kini Akta 366 agar selaras dengan keperluan semasa. “Akta 366 dipinda antara lain dengan memperuntukkan kesalahan berkaitan pembelian racun daripada pemborong yang bukan pemborong berlesen dan dengan memperkenalkan seksyen baharu 26A ke dalam Akta 366 yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan untuk mengeluarkan arahan bagi pelaksanaan seksyen 26 di bawah Akta 366 yang mana keingkaran untuk mematuhi arahan tersebut merupakan suatu kesalahan,” kata Khairy.

Kali terakhir akta ini dipinda pada 1988 melalui Akta Racun (Pindaan) 1988 [Akta A695] yang antara lain memperuntukkan kesalahan berkaitan bahan psikotropik. Dalam pada itu, Khairy berkata, peruntukan berkaitan kompaun kesalahan juga dimasukkan serta kuasa-kuasa penguatkuasaan turut diperkemaskan agar kawalan dan penguatkuasaan ke atas racun dan bahan psikotropik dapat dilakukan dengan lebih berkesan. Malah peruntukan penalti juga ditingkatkan bagi memastikan pesalah menerima hukuman yang setimpal dan seterusnya mencegah kesalahan dilakukan. – MalaysiaGazette
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,612
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
28,612
Reaction score
3,826
Points
261
Awards
1
Kenyataan Media Jabatan Kesihatan PAS: Isu Ganja Perubatan

19/01/2019


KENYATAAN MEDIA JABATAN KESIHATAN PAS MALAYSIA
ISU GANJA PERUBATAN

1] PAS memandang serius dengan gerakan yang telah dibuat oleh sesetengah pihak untuk mengesa Kerajaan Malaysia menghalalkan ganja perubatan. Kenyataan demi kenyataan yang telah dikeluarkan oleh YB Senator Datuk Husam Musa sebagai contohnya, seolah-olah beliau dan agensi yang berada di bawahnya nekad untuk menghalalkan ganja perubatan. Begitu juga dengan sokongan yang beliau perolehi dalam media sosial seperti yang dikeluarkan oleh YB Nurul Izzah Anwar dan Prof Dr Adeeba Kamarulzaman yang menggesa kerajaan menilai semula akta yang berkaitan dengan ganja di negara ini.

2] Kita amat sedar bahawa manfaat ganja, sekiranya dibuktikan ada, hanyalah terlalu sedikit dan hanya untuk tujuan tertentu sahaja. Sepertimana kenyataan bersama yang telah dikeluarkan oleh National Academies of Sciences, Engineering and Medicine (NASEM USA) dari Centers of Disease Control and Prevention (CDC), Food and Drug Administration (FDA), dan beberapa badan terkemuka lain seperti the National Institute on Drug Abuse, the National Cancer Institute, the National Highway Traffic Safety Administration, the Alaska Mental Health Trust Authority, the Arizona Department of Health Services, the California Department of Public Health, the Oregon Health Authority, the Colorado Health Foundation dan the Washington State Department of Health. Semua badan-badan berautoriti ini telah menyimpulkan ganja hanya berguna dalam tiga keadaan sahaja:

i] Untuk mengawal sejenis sakit yang dinamakan “Chronic Neuropathic Pain”. CNP ialah sakit berpanjangan akibat kecederaan yang melibatkan pengaktifan saraf-saraf sakit. Dalam keadaan ini, ganja perubatan hanyalah sebagai rawatan tambahan (adjuvant therapy) kepada ubatan dan rawatan sedia ada yang telah pun terbukti berkesan. Ganja perubatan bukanlah sebagai rawatan pertama atau rawatan utama. Ini bermakna, hanya jika rawatan utama tidak boleh mengawal masalah ini, maka sebagai pilihan akhir, ubat yang dibuat daripada ganja ini boleh diberikan. Namun penggunaannya wajib dengan penyeliaan pakar perunding yang berpengalaman dalam rawatan ini. Pesakit mesti dipantau rapi, kerana jika timbulnya kesan sampingan seperti ketagihan atau penyalahgunaan dadah, maka rawatan ini hendaklah dihentikan.

ii] Untuk melegakan muntah-muntah yang disebabkan oleh rawatan kemoterapi. Premis kesihatan dan perubatan moden sudah pun terdapat banyak ubatan dan rawatan lain untuk masalah muntah ini. Sekali lagi, ganja perubatan hanyalah pilihan akhir sekiranya rawatan lainnya tidak berkesan.

iii] Untuk mengurangkan spastik atau ketegangan otot yang disebabkan oleh penyakit “Multiple Sclerosis” (MS). MS ialah penyakit autoimmune dan cara terbaik mengawal ialah dengan “immunosuppression” untuk menghalang sel-sel sistem imun badan melawan sel badan sendiri. Dalam keadaan ini pun, rawatan utama bukanlah ganja.

3] Pihak berkuasa Makanan dan Dadah (FDA) juga meluluskan penggunaan ganja perubatan (Cecair CBD) berjenama Epidiolex® untuk rawatan penyakit sawan teruk kanak-kanak (Dravet syndrome dan Lennox-Gastaut syndrome). Manakala di United Kingdom, Canada, beberapa negara Eropah meluluskan ubat berasaskan minyak CBD bernama nabiximols (Sativex®). Kita menegaskan bahawa negara ini tidak perlu menanam ganja atas alasan ingin menjalankan kajian. Keputusan yang telah dibuat oleh badan berkuasa dunia (FDA) dari WHO itu sudah memadai. Perlu diingat bahawa kebenaran meluluskan ganja bagi kegunaan perubatan berbeza kebenaran halalkan bagi tujuan kajian perubatan.

4] Kita berterima kasih atas ketegasan kenyataan tidak menerima ganja dihalalkan oleh pihak Polis Di Raja Malaysia, Ketua Pengarah Kanan Bahagian Farmasi Malaysia, Dr Ramli Zainal dan Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. YB Dr Lee Boon Chye menggesa agar mana-mana pihak yang merasakan ganja perubatan itu bermanfaat agar tampil ke depan untuk kemukakan laporan kajian mereka. Agensi Regulatori Farmasi Kebangsaan (NPRA) sedia sahaja mendengar penghujahan yang dibuat oleh industri terbabit jika benar ganja itu memberikan manfaat kepada perubatan dan kesihatan negara.

5] Perlu dingat, kenyataan pihak yang berautoriti tersebut bukan bemakna mereka membenarkan penanaman ganja walau atas nama dan tujuan perubatan sekalipun. Kita boleh melihat sendiri kesan negatif yang besar kepada negara-negara yang telah menghalalkan ganja perubatan tersebut. Statistik dari penjualan ganja secara rekreasi di Amerika Syarikat telah meningkat dengan banyak melebihi daripada peningkatan penjualan kerana tujuan perubatan. Boleh lihat laporan dari Laman web rasmi Marijuana Business Daily, penjualan ganja rekreasi pada tahun 2017 ($2.6-$2.9 juta) dan 2018 ($3.8-$5.0 juta) melebihi dari penjualan kerana perubatan; tahun 2017 ($2.5-$3.2 juta) dan tahun 2018 ($2.9-$3.8 juta). Sedangkan pada tahun 2013 dipermulaan ganja perubatan diluluskan penanaman, pemprosesan dan penjualan adalah $0 bagi ganja rekreasi. Permintaan terhadap ganja untuk tujuan rekreasi semakin bertambah setiap tahun. Jangkaan jualan ganja rekreasi pada tahun 2019 dan mendatang melebihi berkali ganda daripada jualan ganja tujuan perubatan. Perkara ini amat membimbangkan kita kerana sebagaimana diketahui umumnpengambilan ganja secara rekreasi akan merosakkan fizikal, mental dan sosial masyarakat.

6] Kita mendesak Menteri Kesihatan YB Datuk Seri Dzulkifly Ahmad agar memainkan peranan bagi menghalang terus segala bentuk aktiviti atau gerakan yang cuba dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk mempengaruhi ahli politik melobi bagi menghalalkan ganja perubatan ini. Sekiranya silap langkah dan perhitungan kita pada masa ini akan memberikan kesan yang besar kepada kesejahteraan negara pada masa akan datang.


7] Kita komited, bahawa walau atas alasan untuk meningkatkan ekonomi sekalipun, ganja tidak wajar dihalalkan. Tiada kompromi terhadap ganja. Ambillah pandangan hukum dan fatwa bahawa ganja itu haram sepertimana yang sudah sekian lama dinyatakan oleh para alim ulama. Mudah-mudahan negara kita senantiasa berada dalam keadaan harmoni, rakyatnya sihat serta terus meningkatkan produktiviti negara.

Malaysia sejahtera tanpa ganja.
Sekian
Dr Hj Md Khalid Kassim
LAJNAH KESIHATAN PAS
19 JAN 2019

 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,612
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
28,612
Reaction score
3,826
Points
261
Awards
1
Fikiran melayang, perlukan kanabis – Yasin kongsi lirik Aku Bipolar dari penjara

PETALING JAYA – Penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman hari ini dilihat menyiarkan satu perkongsian berupa nukilan sebuah lirik lagu yang diberi judul Aku Bipolar dari Penjara Sungai Buloh.

Menerusi Instagram, Yasin atau nama sebenarnya, Mohammad Yasin Sulaiman meluahkan rasa hatinya sebagai penghidap penyakit bipolar dan memerlukan rawatan sewajarnya.

“Aku sakit mental sesekali kronik, zahir sentimental di dalam tragik bila rasa kebal, tak takut high risk nampak berakal berkata yang logik,” demikian antara bait kata tulisan pelantun lagu Mimpi Laila itu.

Dalam nukilan tersebut, Yasin, 47, seakan-akan memberi penegasan bahawa keyakinannya berhubung rawatan menggunakan kanabis adalah berkesan untuk penyakit seperti yang dihidapnya.

“Fikiran melayang kualami psikosis, perlukan rawatan kanabis, bukan sintetik internationalis, preskripsi Big Pharma kapitalis.

“Waktu hiperaktif insomnia, memori selektif amnesia, tak sanggup kembali manis, diikuti depresi yang lama,” demikian coret Yasin lagi.


Sebelum ini sekitar awal Mei, pemegang trofi juara keseluruhan Anugerah Juara Lagu ke-16 (AJL61) itu pernah berkongsi nukilan lirik lagu yang diciptanya di sebalik tirai besi berjudul Bebaskan Aku.

Untuk rekod, Yasin terlepas hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 214 gram.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pertuduhan mengedar ditarik dan Yasin akan dituduh dengan pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram. – KOSMO! ONLINE
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,612
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
28,612
Reaction score
3,826
Points
261
Awards
1
Minyak ganja tidak menyebabkan ketagihan

503-F8-B81-E71-A-44-D9-B5-E5-FA3-F7-C3-EEA8-D.jpg
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,612
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
28,612
Reaction score
3,826
Points
261
Awards
1
GERAMM gesa Khairy percepat usaha legalisasi kanabis
EFDE3-BC5-9732-4-DCD-9-D27-F7-F02-BC137-A0.jpg


Saufi Mi'ad
SEREMBAN - Gerakan Anak Muda (GERAMM) Negeri Sembilan menggesa Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengambil langkah yang lebih proaktif dalam usaha mempercepatkan legalisasi tumbuhan kanabis dan hem untuk tujuan perubatan.

Kordinator GERAMM Negeri Sembilan, Saufi Mi ad berkata, ini kerana perkara itu sudah lama dibincangkan sejak era pentadbiran Menteri Kesihatan ketika Pakatan Harapan menjadi kerajaan lagi.

"Kita difahamkan usaha itu sudah berada di peringkat akhir dan hanya menunggu lampu hijau daripada Menteri Kesihatan.

"Pada November tahun lalu, ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat dasar, Khairy telah mengumumkan bahawa permohonan penggunaan kanabis untuk perubatan boleh dikemukakan kepada Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bagi dinilai dan didaftar sekiranya ada bukti saintifik yang mencukupi, namun tidak diketahui kesinambungan dari itu," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Menurutnya, GERAMM berpendapat sudah tiba waktunya penggunaan hem untuk tujuan perubatan diluluskan dan seterusnya membuka era baharu alternatif perubatan dalam negara.

Tambahnya, jangan hanya kerana stigma tumbuhan herba itu yang dikaitkan dengan ketagihan, maka etika perubatan sukar mendapat kelulusan sedangkan pada hakikatnya bukan semua bahagian pokok hem (antara tumbuhan kanabis) boleh menyebabkan ketagihan.

"Sikap tabu terhadap tumbuhan kanabis ini wajar diperbetulkan agar pemikiran masyarakat akan lebih terbuka.

"Apakah negara ini masih kekurangan pakar untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan hem untuk perubatan sedangkan penggunaan kanabis perubatan dengan dos terkawal dan dipreskripsi telah dibenarkan oleh lebih 30 negara termasuklah Thailand, Argentina, Australia, Kanada, Itali, Jerman, Turkiye dan Denmark," katanya.

Ujarnya, Malaysia tidak seharusnya dibiarkan untuk terus ketinggalan dalam aspek alternatif perubatan yang berpotensi ini.

Sehubungan itu katanya, GERAMM menggesa kerajaan melalui Menteri Kesihatan mengambil sikap lebih serius dalam soal kelulusan hem bagi tujuan perubatan.

"GERAMM juga meletakkan harapan tinggi agar kanabis dapat ditanam di negara ini dalam kerangka perundangan jelas dan ketat demi membantu bukan sahaja dalam sektor perubatan tetapi juga ekonomi," katanya.
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,612
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
28,612
Reaction score
3,826
Points
261
Awards
1
Dadah haram seperti arak - Utusan Malaysia

MUTAKHIR ini media banyak melaporkan kes-kes jenayah tragis seperti anak kelar ibu, suami bunuh isteri, bapa bunuh anak dan bunuh diri sendiri yang menimbulkan kegerunan dalam kalangan masyarakat.
Hasil siasatan pihak berkuasa mendapati kebanyakan kes tersebut berpunca daripada penyalahgunaan dadah melampau sehingga menyebabkan halusinasi yang menguasai kesempurnaan akal kurniaan Sang Pencipta.
Berkongsi pandangan berkait masalah ini bersama Mingguan Malaysia, Muhamad Faizul Husain berkata, apabila benda yang memabukkan dimasukkan ke dalam badan ia boleh menyebabkan ‘gangguan’ pada akal fikiran walaupun sekadar untuk keseronokan pada peringkat awal.

Menurutnya, benda yang memabukkan boleh dinikmati dengan meminum cairannya atau menyedut asapnya menerusi pelbagai kaedah yang dicipta sendiri bagi ‘melampiaskan’ nafsu ketagihan dan sebagainya.
“Di dalam al-Quran, minuman memabukkan dirujuk sebagai ‘khamr’. Firman Allah SWT terkandung dalam surah al-Maidah ayat ke-90, di mana khamr digambarkan sebagai ‘al-rijs’ iaitu kotoran najis yang termasuk dalam perbuatan syaitan dan pencetus permusuhan (al-’adawah) dan benci-membenci (al-baghda’).

“Ketegasan Allah SWT dengan amaran kepada umat manusia untuk menjauhinya. Perihal memabukkan ini juga berkait penggunaan dadah di zaman moden yang turut memabukkan sehingga ulama sepakat meletakkan penyalahgunaannya sebagai haram di sisi Islam,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Mengulas kebimbangan itu, Muhamad Faizul berkata, cabaran penyalahgunaan dadah seperti syabu, pil kuda dan pelbagai jenis dadah sintetik lain menular dalam kehidupan umat Islam kerana ramai yang meletakkan taraf pelbagai jenis dadah yang berjisim bukan sebagai arak yang memabukkan.
Menurutnya, pendidikan untuk membenci dadah dan arak perlu diperhebatkan di sekolah hinggalah ke mimbar masjid dengan berterusan.

“Tiada dadah halal jika disalahgunakan dan tiada arak halal sekalipun bercukai dan berlesen kerana hukum Allah semua yang memabukkan adalah perbuatan syaitan yang amat keji.

“Saya hairan dengan desakan sesetengah pihak untuk mengkaji dan menghalalkan penanaman ganja dan ketum untuk tujuan perubatan apabila menyaksikan negara bukan Islam berdekatan mengambil langkah yang berasaskan perniagaan,” katanya.
Sekiranya kerajaan membenarkan penanaman secara terbuka atau terkawal, katanya, pastinya banyak anak muda akan menyalahgunakan bahan itu.


Contohnya, ketum yang asalnya digunakan untuk perubatan tradisional namun kini dicampur aduk rebusan dengan ubat batuk dan bahan lain untuk mencapai tahap khayal yang tinggi.

“Oleh itu, penjagaan agama, diri, harta, akal serta keturunan perlu diperkukuhkan. Penyakit sosial kronik akan terus bertambah kerana ramai yang panjang akal untuk berkhayal dan berkeadaan mabuk yang bercanggah dengan tuntutan Islam,” ujarnya.
Menurutnya, berasaskan kajian saintifik ganja atau marijuana adalah spesies tumbuhan kanabis mencakupi Cannabis Sativa,

Cannabis Indica dan Cannabis Inderalis yang mengandungi lebih 460 bahan kimia termasuk tiga bahan utama yang memberikan kesan kepada manusia iaitu 9-delta- tetrahidrocannabinoids, cannabinol dan cannabidiol.
“Gambarannya lebih menjurus kepada kemudaratan akal selain menjadi langkah pemula untuk menagih dadah sintetik yang lebih berbahaya.

“Ganja dan ketum popular di negara ini sebagai bahan yang disalahguna. Penagih mengambil ganja dengan tujuan mendapat ‘euforia’, menghilangkan malu atau kononnya memudahkan interaksi sosial dan mengurangkan stres. Hakikatnya ia bukanlah penawar,” ujarnya.

Muhamad Faizol berkata, ulama Ibnu Taimiyah ketika menjawab pertanyaan hukum ganja yang diajukan kepadanya telah menegaskan penggunaan ganja hukumnya haram, baik memabukkan ataupun tidak.
Tambahnya, Ibnul Qoyyim Al-Jauziyah pula menegaskan setiap yang memabukkan adalah dalam kategori khamr, baik cairan mahupun madat atau berjisim, yang diperah mahupun yang dimasak.

MUHAMAD FAIZUL HUSAIN
» Asal: Cherang Ruku, Semerak, Pasir Puteh, Kelantan.
» Umur: 47 tahun
» Pendidikan:
 Pondok Pengajian Islam Pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan.
 Pondok Pengajian Islam Seligi
 Pondok Kedi Patoni, Wilayah Selatan Thailand
 Hadratulmaut, Yaman
 Markaz Nil, Kaherah, Mesir
» Tugasan hakiki:
Mengajar kitab Usuluddin, Fikah dan Tauhid di Kelantan dan Terengganu.

 
Sponsored Post

Top
Log in Register