Menteri Kesihatan letak jawatan

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
BANGKOK: Menteri Kesihatan Awam Thailand, Witthaya Kaewparadai meletakkan jawatan semalam, selepas disabitkan dengan skandal rasuah berhubung skim penjagaan kesihatan dibiayai di bawah pakej rangsangan kerajaan berjumlah AS$43 bilion (RM150.5 bilion).

Ia adalah peletakan jawatan ketiga sejak kerajaan Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva mengambil alih setahun lalu dan tamparan baginya yang menghadapi tekanan supaya membubarkan Parlimen dan mengadakan pilihan raya umum.

Pengunduran Witthaya, anggota parti Demokrat yang memerintah, mungkin menjurus kepada rombakan Kabinet, yang akan menggugat kerajaan campuran disokong tentera itu, berikutan masalah perpecahan dan perebutan kuasa dalaman.

Witthaya meletak jawatan selepas siasatan mendapati beliau cuai ketika dipertanggungjawabkan dengan projek pemerolehan bernilai 86 bilion baht atau AS$2.57 bilion (RM8.9 bilion).

“Saya ingin menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada orang ramai,” kata Witthaya ketika mengumumkan keputusannya.

Sebuah jawatankuasa memperakukan agar Witthaya dan timbalannya, Manit Nopamornbodi, dikenakan tindakan kerana merestui cadangan kementerian untuk membina kemudahan dan membeli peralatan perubatan yang tidak diperlukan dengan harga terlalu tinggi oleh pegawai kesihatan tempatan.

Jawatankuasa berkenaan berkata sembilan pegawai yang tidak dipilih juga terbabit dalam skandal program rangsangan itu, yang dilaksanakan untuk mempercepatkan pemulihan ekonomi, yang turut dilihat sebagai langkah populis bagi menaikkan populariti kerajaan.

Abhisit dijangka menyerahkan laporan Suruhanjaya Antirasuah Kebangsaan bagi tindakan lanjut.

Parti pembangkang, Puea Thai, yang menyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra, bercadang membangkitkan isu berkenaan ketika perbahasan bagi mencela kepemimpinan Thailand, yang dirancang seiringan dengan perhimpunan antikerajaan oleh penyokong ‘baju merah’ jutawan berkenaan tidak lama lagi. - Reuters
 
Sponsored Post

gengjawa

CG Top Poster Club, XM Official, Introducing Broke
Platinum Member
Joined
Dec 22, 2006
Messages
33,087
Reaction score
200
Points
123
wak ingatkan menteri kesihatan m'sia td..
 

qai

Active+ Member
Joined
Nov 11, 2008
Messages
2,928
Reaction score
1
Points
25
aku pun ingat m'sia gak..
 

jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
919
Points
161
Menteri Mesia?? Jgn harap ler para badut tuh nak letak jawatan.. ekekekekkekekeke kalo boleh jawatan tuh nak bawa sampai ke mati
 

taufic

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 6, 2008
Messages
14,651
Reaction score
692
Points
161
nice try
dah bule agak la :D
 

ceria28

Legendary Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
11,901
Reaction score
109
Points
123
Kirakan bersikap profesional dan bertanggungjawab gak tu. Bila ada salah dan silap terus letak jawatan. Tapi amat jauh berbeza dgn keadaan di Msia ni
 

forexian

Super Active Member
Joined
Sep 28, 2008
Messages
6,034
Reaction score
61
Points
80
cis....tertipu aku...ingatkan di malaysia tadi
 
Sponsored Post
Top
Log in Register