BTC USD 66,939.9 Gold USD 2,329.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menteri Agama jalani pembedahan

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,130
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,130
Reaction score
6,249
Points
881
Awards
1
*Menteri Agama jalani pembedahan*

PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar akan menjalani prosedur pembedahan kecil membuang kelenjar air liur yang mengandungi batu karang.

Menerusi hantaran di laman X, Mohd Naim berkata, prosedur berkenaan dijangka berlangsung pada jam 8 pagi ini.

"Kelenjar ini perlu dibuang untuk mengatasi kesakitan yang saya alami sepanjang minggu ini," katanya pada Khamis.

Pada hantaran sama, beliau turut memohon doa agar pembedahan berjalan lancar selain berdoa kesembuhan buatnya.

"Mohon kepada sahabat sekalian untuk mendoakan kejayaan hari ini dan keafiatan saya selepas ini untuk terus beribadah serta melaksanakan amanah ini dengan sebaik-baiknya," ujar Mohd Na'im.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai menggandakan amal ibadah sempena Nuzul Quran.

"Kita gandakan amal ibadat khususnya bersedekah dan memberi banyakndumbangan khususnya kepada saudara kita di Palestin.

"Semoga ALLAH SWT memberi perlindungan dan keselamatan kepada mereka daripada terus dicerobohi serta dibunuh oleh rejim Israel," katanya.

=====================「ʀz」
 
Back
Top
Log in Register