Menteri Afghan dipecat kerana harga minyak

CG Sponsors

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KABUL - Ahli-Ahli Parlimen Afghanistan semalam melucutkan jawatan menteri perdagangan kerana gagal mengawal harga runcit petrol walaupun minyak mentah terus merekodkan penurunan di pasaran dunia.

Menteri itu, Mohammad Amin Farhang dipanggil oleh Dewan Parlimen untuk menjawab soalan-soalan berhubung harga petrol serta isu kualiti barangan import yang didakwa rendah.

Menurut Speaker Parlimen, Mohammad Younus Qanooni, semua Ahli Parlimen yang hadir kecuali seorang mengundi memecat Mohammad Amin.

Harga minyak mentah dunia jatuh ke paras terendah dalam tempoh empat tahun semalam untuk didagangkan pada harga sekitar AS$40 (RM138.53) setong namun harga di Afghanistan jatuh 10 peratus setelah harga tertinggi AS$147 (RM509.10) direkodkan pada Julai lalu.

Ahli-Ahli Parlimen mendakwa Mohammad Amin hanya berdiam diri terhadap pengimport minyak yang menetapkan harga sesuka hati dan ada yang menuduh kementeriannya mengamalkan perdagangan tidak adil.

"Anda tidak mampu menurunkan harga minyak walaupun di stesen milik kerajaan yang dikawal oleh pihak kementerian. Ini menunjukkan anda terlibat," kata seorang Ahli Parlimen, Kabir Rangebar.

Muhammad Amin berkata, Afghanistan mengamalkan ekonomi pasaran terbuka menyebabkan beliau tidak mempunyai kuasa untuk menetapkan harga runcit petrol. - AFP

kat malaysia bila lagi...
 
Sponsored Post

SOUL86F

Legendary Member
Joined
Jan 22, 2008
Messages
10,969
Reaction score
115
Points
123

kat malaysia lg pandai pak menteri tu sebat duit rakyat,makin kuat menipu maka makin diangkat dijulang n disanjungi menjadi pemimpin...:p:p
 
ratusanRM

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,686
Reaction score
359
Points
131
kat malaysia mimpi la nak dapat situasi camni :-w:-w
 
Sponsored Post
Top
Log in Register