BTC USD 61,658.9 Gold USD 4,259.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

menjual emas & perak

nape nak tgu jatuh hukum?...
sbb ayat bro kat atas tu dh mcm menjatuhkan hukum....

sbb tu gunakan bhs yg berhemah...sbb kdg2 apa yg kita post terkena kat kita sendiri tanpa disedari...:)

xpelah bang, boleh dimaafkan.:D

den tengok lady fortuna xlebih sebagai emas berkualiti yang ada pengiktirafan LBMA sebagai good delivery yang murah, mungkin antara yang termurah dipasaran. sebab lain, keyakinan orang dalam penerimaan emas tersebut. contohnya, kalau den nak pajak sementara, den boleh pergi ke time zone ar-rahnu, ahli kumpulan habib jewel untuk dipajak, tanpa dibuka plastik covernya, dan paling penting, xperlu di test. nilai marhunnya rendahlah kalau nak compare dengan agro. maksud den disini, kenapa habib jewel, antara syarikat emas terkenal di Malaysia, sanggup untuk terima emas sebagai gadaian tanpa perlu diuji langsung? adakah hanya kerana good delivery status from LBMA? kalau ya, kenapa perth mint dan logam mulia yang ada status yang sama xdapat kelebihan yang sama?

namanya lady fortuna kerana ada bentuk muka pandangan tepi lady fortuna diatas permukaan emas tersebut, dewi agama roman. agama roman sendiri dah tak wujud. den xnampak pun gambar LF macam gambar monalisa, yang jelas dengan mata, hidung, warna kulit, yang hampir menyerupai manusia. hanya lebih kepada bentuk muka, dengan rambut panjang yang menawan. ekekeke. tapi bentuk emas tu, tetap petak. xde pulak bentuk macam berhala. ke petak pun boleh dipanggil berhala?:-?:-?

paling penting, sesiapa yang memperjuangkan dinar, mungkin tahu sejarah dinar itu sendiri. bila penggunaan dinar? dinar diambil dari bentuk mana? sebelum ada penggunaan dinar, camne rasulullah dan para sahabat bermuamalat, lebih2 lagi dengan kerajaan bukan islam pada masa tu? den ni sejarah slow, jadi maafkanlah kalau bagi salah fakta. ada sesiapa boleh bagi pencerahan?:-?:-?

kalau ikut imam shafie, yang disebut hanyalah emas dan perak, bukan emas yang ada bentuk2 tertentu di permukaan. beliau tidak membenarkan apa2 pun untuk dijadikan matawang, selain emas dan perak. adakah ini bermaksud, zaman imam shafie, satu dunia dah memeluk agama islam, dan xde pun wang emas dari negara bukan islam? pelik nih.:-?:-?

personally, kalau ada emas brand jamban dengan gambar mangkuk tandas dipermukaannya, dengan harga yang hilang akal murah, sanggup den beli, walaupun orang kata gambar tu tempat membuang.:)):)):eek::eek:
 
Last edited:
Fortuna (equivalent to the Greek goddess Tyche) was the goddess of fortune and personification of luck in Roman religion. She might bring good luck or bad: she could be represented as veiled and blind, as in modern depictions of Justice, and came to represent life's capriciousness. She was also a goddess of fate: as Atrox Fortuna, she claimed the young lives of the princeps Augustus' grandsons Gaius and Lucius, prospective heirs to the Empire.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/5/5a/TomisFortuna2.JPG/170px-TomisFortuna2.JPG

Bnyk lagi...


http://en.wikipedia.org/wiki/Fortuna


Soalan Bonus...

Kenapa jrg ada org/penjual nak bawa masuk pamp suisse ingot jenis bergambar 'rose'?

Adakah ia jenis 'old version'-- no longer produced?

......
selain gambo lady fortuna, ada juga gambo liberty, gambo naga pun ada juga..

pamp swiss yg ada gamba rose hanya utk market middle east...
tu pun org arab akan minted balik bunge rose u jadi gamba masjid
kepermasalahannya cert tu dorang dah buang...just bungkus lam plastik cam gcp bar...kat sini takut x laku nak pajak je kecuali ko buat pendant
 
ok..lpas ni..siapa yg nk gelak terguling smpi kuar air mata..baca dulu ye..kita ni org islam (klu rasa betul2 islam la..)

sama tk serupa..tp still ada perkaitan

dpt dri jakim..

petikan dari
http://kemusykilan.islamgrid.gov.my/...ons/view/35500

Kod Rujukan Soalan
a59ck
Soalan

Saya ada banyak pakaian berjenama nike. Saya ada membaca dari Wikipedia
bahawa jenama ini diberikan namanya berdasarkan dewi greek iaitu nike
(http://en.wikipedia.org/wiki/Nike,_Inc.), dan lambang swoosh yang
digunakan pula melambangkan sayap di dalam ukiran dewi tersebut
(http://en.wikipedia.org/wiki/Swoosh). Soalan saya ialah bolehkah saya
memakai pakaian yang berlambang
sedemikian? Perlukah saya mencabut,
memadam atau menconteng lambang tersebut sebelum memakainya?
Adakah saya
perlu mencabut tulisan 'n.i.k.e' itu sekali atau hanya logo swoosh itu
sahaja? Terima kasih.

Jawapan

Sebaik-baiknya anda hendaklah mengelakkan diri daripada membeli atau memakai pakaian tersebut kerana ia mempunyai unsur-unsur agama selain Islam. Oleh itu, Islam melarang umatnya daripada meniru budaya atau agama selain daripada Islam. Perkara ini selaras dengan sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud "sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia bukanlah daripada kalangan kami". Sekiranya anda mampu mencabut atau menghilangkan lambang tersebut, itulah cara yang terbaik yang dianjurkan oleh Islam.

dan..


Berdosa pamer jenama haram



SEBAGAI peminat sukan bola sepak, sudah menjadi lumrah bagi seseorang itu untuk meminati sesebuah pasukan, khususnya dari Eropah.

Sebagaimana maklum, kerana minat itu juga, ramai sanggup memiliki serta mendapatkan setidak-tidaknya jersi yang digunakan pasukan mereka sama ada yang tiruan mahupun asli.

Namun, dalam menzahirkan perasaan minat terhadap pasukan yang disokong, ramai ‘mengaburkan’ mata hingga sanggup memakai dan menggunakan jersi pasukan yang sebenarnya turut memaparkan pelbagai logo bertemakan salib atau gambar seperti syaitan.

Jadi, sebagai orang yang beragama Islam, saya ingin mengetahui, apakah hukum pemakaian jersi berkenaan dan jika benar ia dilarang, adakah dalil mengenainya.


Ini kerana, berdasarkan perbualan bersama rakan, mereka mengatakan pemakaian jersi yang memaparkan lambang atau logo syaitan atau berbentuk salib adalah dibolehkan, cuma tidak boleh mengagungkan lambang berkenaan.

Menjawab persoalan ini, perlu diketahui bahawa pemakaian atau penggunaan lambang berbentuk syaitan atau yang memaparkan imej salib memang tidak dibolehkan bagi seorang Muslim.

Ini kerana, seseorang yang beragama Islam tidak dibenar mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan dengan Islam.

Dalil larangan ini juga mudah sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “...dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah sangat berat seksaan-Nya.” (Al-Maidah, 2)

Imam Ibn Kathir ketika mentafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan lagi larangan memberi apa juga bantuan sama ada tersirat dan tersurat kepada hal-ehwal yang bertentangan dengan akidah dan hukum Islam.

Ini dinyatakan olehnya dalam hadis riwayat Muslim dan Ibn Majah yang bermaksud: “Barang siapa yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan seruannya sehinggalah hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit.”

Dalam isu pemakaian pakaian atau jersi pasukan bola sepak yang diminati, seseorang itu perlu mengetahui dan meneliti lambang serta logo yang tertera adakah ia memang dizahirkan oleh pihak pasukan itu sebagai lambang salib atau bukan.

Jika ia bukan lambang salib tetapi dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri yang membayangkannya, tiada masalah untuk mengguna serta memakainya.

Dalam hal ini, contoh terdekat adalah seperti logo kenderaan jenama Chevrolet yang mungkin boleh membuatkan seseorang itu berimaginasi ia adalah lambang salib tetapi pada masa sama individu lain pula berasakan sebaliknya.

Apapun, jika seseorang itu secara tidak dapat dikawal sentiasa terbayang merasakan ia lambang salib, tatkala itu, elok ia dijauhi juga. Namun, dalam konteks biasa, logo kereta itu bukan salib.

Menyentuh mengenai minat terhadap bola sepak, sudah diketahui memang ramai antara kita meminati pasukan Manchester United hinggakan bukan saja sanggup memakai pakaian pasukan mereka, sebaliknya kerana minat juga, mereka mengagungkan logo pasukan itu dengan menampalnya di cermin kereta dan sebagainya.

Realitinya, Manchester United memang menggunakan lambang yang sinonim dengan bentuk syaitan sebagaimana lambang itu dikenali sebagai ‘Red Devil’ atau syaitan merah yang merujuk kepada pasukan berkenaan.

Walaupun hakikat sebenarnya kita tidak tahu bentuk syaitan sebenarnya, namun apabila manusia membuat imaginasi tersendiri mengenai bentuk syaitan, menamakannya sebagai ‘devil’ dan diterima umum sebagai satu lambang yang menjadi kemegahan, tatkala itu lambang ‘Red Devil’ yang berada di logo Manchester United juga termasuk dalam kategori tidak dibolehkan.

Logo ini memang tidak boleh digunakan, diiklankan atau disiarkan oleh seseorang Muslim sama ada untuk ditampal di dinding mahupun digunakan pada pakaian.

Justeru, apa-apa logo jika diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejahatan dan dihiasi amalan dan perbuatan yang menyanjung kejahatan atau syaitan, ia haram digunakan.

Bagaimanapun, jika imej syaitan lebih membawa kepada hal bola sepak dan bukan lambang kepada perlakuan jahat dan maksiat, tatkala itu ia masih boleh digunakan.

Begitu juga jika ada individu tertentu berjaya mengelakkan hati dan pemikirannya daripada mengakui ia sebuah lambang syaitan dan kekal berasakan ia hanya sebuah lambang kumpulan bola sepak terkenal dunia yang tiada kaitan dengan syaitan atau sepertinya, tatkala itu boleh dan diharuskan baginya untuk memakainya.

Namun, perlu diberi perhatian, jika lambang itu boleh menimbulkan fitnah di kalangan individu lain yang melihatnya hinggakan pemakainya dianggap menyokong sesuatu yang diharamkan, hukum ‘harus’ itu akan berubah kepada ‘makruh’.

Dalam hal penggunaan lambang atau logo ‘Red Devil’, hukum boleh jadi berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat.

Cara terbaik, sudah tentulah menjauhinya kerana ia mampu mewujudkan rasa ‘syubhah’.

Yang pasti, individu yang soleh dan mengabdikan diri kepada Allah SWT tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di dalam kehidupannya.

Jika berminat sekalipun, cukup setakat menyokong pasukan itu dalam perlawanan mereka tanpa perlu membabitkan diri dan menghabiskan duit dengan membeli jersi serta barang berserta logo sedemikian.

Namun begitu, memakai jersi pasukan Liverpool dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg, adalah muktamad hukumnya haram menurut hukum Islam berdasarkan dalil dan hujah sebelum ini dan juga yang diberikan di bawah.

Pengharaman juga adalah muktamad bagi mana-mana pakaian dan barangan yang mempromosi iklan bank konvensional yang menawarkan produk riba.

Umat Islam dilarang sama sekali secara sepakat ulama, mempromosikan mana-mana bank konvensional kerana dosanya sama seperti berperang dengan Allah SWT serta Rasul-Nya serta ia juga sama seperti seseorang itu berzina sebanyak 36 kali.

Hal ini juga disentuh oleh ulama terkenal, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang menjelaskan: “dan apa-apa yang diharamkan penggunaannya, diharamkan juga mengambilnya sebagai barangan yang disayangi atau sebagai perhiasan.”

Jadi, kenyataan ini menjelaskan apabila seseorang itu menjadikan ia perhiasan sama ada di rumah atau pakaian untuk dipertontonkan, ia sebenarnya satu cara serta bentuk pengagungan terhadap lambang itu.

Maka, hukum memakai baju yang memaparkan lambang salib secara jelas dan berlogo apa-apa jenama yang diharamkan oleh Islam seperti Carlsberg itu adalah berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan.

Manakala hukum memakai pakaian yang berlogo Red Devil adalah di antara harus dan makruh sebagaimana dinyatakan tadi.

Namun, jika ia benar-benar dianggap sebagai logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram dan serta-merta tidak boleh dipakai Umat Islam.

p/s:nk tgk siapa yg gelak lepas ni..
 
islam tidak menghalalkan cara untuk mencapai matlamat..

ada org sgup ketepikan benda2 harus..asalkan murah..murah..dan murah...

so sad...
 
islam tidak menghalalkan cara untuk mencapai matlamat..

ada org sgup ketepikan benda2 harus..asalkan murah..murah..dan murah...

so sad...
berikan satu dalil yg mengatakan haram samasekali utk simpan...
keterangan yg cs kasi semua melarang utk bermegah2....
kalo semua org kaye cam cs ok lah leh beli bebanyak emas jenis lain
atau pun ada yg beli lf then sangkut kat dahi pasal nak menunjuk yg dia megah pasal dia ada emas cap lf?
btw cs leh email jakim dan dptkan jawapan yg clear cut...apa hukum simpan emas ada gambar fortuna...simpan tau bukan bermegah..
kalau nak bermegah..menunjuk aka riak...gamba botol kicap pun islam x benarkan..

serupa jugak..kalau anda ada banyak wang dan boleh membeli rumah secara tunai..itu bagus goes on...
tapi kalau anda cuma ada sikit wang dan perlu buat loan...kene pulak tu walaupun perbankan islam tapi bfr dia jauh lagi tinggi dan mencekik darah dari konvensional yg gunakan blr...apa pilihan anda?
ok anda pilih juga gunakan bfr...sehingga nak bayar tuisyen anak pun x de duit? cs dok luar kl seronok le cakap..yg merempat tgh kl jauh lagi ramai dari penduduk luar bandar..segala jemala nak pakai duit..
so kat mana kemashalatan umah...nak lari dari blr tapi keluarga merempat....
utk menjatuhkan hukum mmg senang jika anda x duduk dalam kandang pesalah..tu je saya leh kate...

ape kate cs bantu pemilik lf ni dgn tukarkan balik emas dorang dgn emas yg cs ada dgn purity dan berat yg sama...so selain dari dpt banyak pahala pasal membanteras kemungkaran? yg nanti pemilik lf ni akan jadi syirik ke riak ke...then you can says our people only count on cheap thing..and it so sad...
islam tu mudah...x membebankan...jgn sukarkan org yg dah mmg hidup dia sukar...agama pun x kasi wat cam tu...
serupa juga kos postage emas..kalau org nak niaya penjual lain..dia paste je hadis yg menyatakan jual beli emas harus dalam satu masa...then bila org tegur..dia leh jawab..ko kalo x percaya dgn hadis..ko nak percaya dgn cakap sape lagi?..
tapi terpulanglah pasal mmg ramai umat islam esspecially 'melayu' yg suka gunakan agama utk jatuhkan org lain...that is really sad for me...pasal dia cuma pakai yg menguntungkan dia je..yg lain dia sebenarnya pandang pun tak...
 
Last edited:
berikan satu dalil yg mengatakan haram samasekali utk simpan...
keterangan yg cs kasi semua melarang utk bermegah2....
kalo semua org kaye cam cs ok lah leh beli bebanyak emas jenis lain
atau pun ada yg beli lf then sangkut kat dahi pasal nak menunjuk yg dia megah pasal dia ada emas cap lf?
btw cs leh email jakim dan dptkan jawapan yg clear cut...apa hukum simpan emas ada gambar fortuna...simpan tau bukan bermegah..
kalau nak bermegah..menunjuk aka riak...gamba botol kicap pun islam x benarkan..

keterangan tu klau baca betul2..rasanya tk ada pun semuanya melarang utk bermegah-megah..baca isi pokok ayat al quran tu dan hadis yg diberi..

sy fhm..sbb anda sbagai penjual lf..maybe tk suka dgn statement ni..tp cuba fikir dri sudut yg positif..

bnda ni belum dijatuhkan hukum..tp cth dh ada..

nk tgu sy dptkan kepastian?boleh..tp lmbt la sikit..sbb sy pun ada urusan sendiri..

why not anda sbagai penjual lf tk nk dptkan penjelasan dri pihak berwajib..kan bagus klu dpt pencerahan kerana anda antara org yg terlibat

paling tdk blh tahu hukum sebenar dan blh diniagakan tnpa was-was..
 
siapa nk jual lf kat sy..blh..sy rekemenkan tokey2 emas yg mmg nk pun..diorg nk leburkan jd produk diorang?pm la sy skrg..bg contact number..

nk tau satu fakta?sy ank jati kuala lumpur..igt sy tk tau cra hidup kat kl ke..cuma sy tk menetap kat sana je..
sbb tu sy duk kg pun..otak sy mcm org bndar..tp sy suka hidup dlm suasana tenang..ok..back to isu..

cuba anda bg pula dalil yg kata blh beli/simpan/jual lf?sy dh bg hujah/dalil yg sama tk serupa tp masih ada kaitan..

ada?

at least sy berckp...sy merujuk byk pihak..bukan ikut kepala sendiri..

rujukan pun sy bgi..siap ada sumber..
 
kwn sy sdg berusaha utk mendapatkan penjelasan dri pihak jakim sendiri dan akan update dgn sy nnt..

apa jua jawapannya sy akan tepek di cg..sama ada di thread ni(sbb dh dipindahkan..tkut tk jumpa)..atau di thread sy
 
xpelah bang, boleh dimaafkan.:D
namanya lady fortuna kerana ada bentuk muka pandangan tepi lady fortuna diatas permukaan emas tersebut, dewi agama roman. agama roman sendiri dah tak wujud. den xnampak pun gambar LF macam gambar monalisa, yang jelas dengan mata, hidung, warna kulit, yang hampir menyerupai manusia. hanya lebih kepada bentuk muka, dengan rambut panjang yang menawan. ekekeke. tapi bentuk emas tu, tetap petak. xde pulak bentuk macam berhala. ke petak pun boleh dipanggil berhala?:-?:-?

paling penting, sesiapa yang memperjuangkan dinar, mungkin tahu sejarah dinar itu sendiri. bila penggunaan dinar? dinar diambil dari bentuk mana? sebelum ada penggunaan dinar, camne rasulullah dan para sahabat bermuamalat, lebih2 lagi dengan kerajaan bukan islam pada masa tu? den ni sejarah slow, jadi maafkanlah kalau bagi salah fakta. ada sesiapa boleh bagi pencerahan?:-?:-?

kalau ikut imam shafie, yang disebut hanyalah emas dan perak, bukan emas yang ada bentuk2 tertentu di permukaan. beliau tidak membenarkan apa2 pun untuk dijadikan matawang, selain emas dan perak. adakah ini bermaksud, zaman imam shafie, satu dunia dah memeluk agama islam, dan xde pun wang emas dari negara bukan islam? pelik nih.:-?:-?

personally, kalau ada emas brand jamban dengan gambar mangkuk tandas dipermukaannya, dengan harga yang hilang akal murah, sanggup den beli, walaupun orang kata gambar tu tempat membuang.:)):)):eek::eek:

boleh cikgu jawab soalan den yang berwarna merah tu?

bila den beli emas LF, den xabawak pun pergi sembayang. emas tu den simpan kat safe deposit box.

cikgu menyamakannya dengan baju nike. apakah kegunaan baju tu? simpan kat safe deposit box atau dipakai?

apakah fungsi emas sekarang, dan apakah fungsi baju? kalau cikgu beli emas LF, adakah cikgu pamerkan di rumah, buat frame besar2, kalau emas tu kecik, adakah cikgu print out gambar sebesar besar gajah, dan pamerkan dirumah atau dimana mana?

apakah hukumnya kalau kita mempamerkan gambar orang? untuk dipuja?

emas adalah simpan nilai terbaik yang ada sekarang. itulah fungsinya. bukan untuk dimegah megahkan apa yang ada dipermukaannya.



last but not least, cikgu sebagai ejen public gold, cuba tanya terus kepada public gold, dari mana diaorang dapat bekalan emas tersebut? adakah dari TAIK emas? bila namanya TAIK, bukankah ia menunjukkan sesuatu yang kotor? apakah hukumnya kita berniaga dan mengolah TAIK emas? adakah nama TAIK emas itu sendiri menjadi isu, atau zat emasnya?
 
Back
Top
Log in Register