- Joined
- Jun 17, 2007
- Messages
- 10,573
- Reaction score
- 1,895
- Points
- 201

Toggle navigation
Menipu guna gambar bayi sakit
Share
Tweet

HANTARAN yang dimuat naik dalam akaun Facebook palsu menggunakan nama Harian Metro. FOTO Facebook
Raja Noraina Raja Rahim
[email protected]
Kuala Lumpur: Meraih simpati dengan menggunakan gambar seorang bayi yang dikatakan menghidap kanser lidah bagi memohon sumbangan orang ramai.
Itu taktik dilakukan individu tidak bertanggungjawab untuk mengutip dana dengan meletakkan nombor akaun didakwa milik bapa kepada bayi terbabit.
Hantaran itu dimuat naik dalam akaun Facebook palsu menggunakan nama Harian Metro meminta sumbangan untuk membantu Muhammad Khairee Abdullah Muhammad yang menghidap kanser lidah.
Malah, pemilik akaun turut memberitahu kos pembedahan untuk bayi berkenaan adalah RM10,000 dan pembedahan perlu dilakukan segera bagi mengelak sel kanser membesar.
Dalam hantaran itu, pemilik turut memuat naik gambar bayi yang dikatakan penghidap kanser.
Pemilik memohon sumbangan disalurkan ke satu akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Muhammad, namun tiada nombor telefon diberikan.
Berdasarkan semakan Harian Metro tidak menemui sebarang maklumat berkaitan bayi terbabit dan orang ramai diminta tidak terpedaya dengan taktik penipuan menggunakan Facebook Harian Metro palsu.