BTC USD 39,700.4 Gold USD 1,811.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Meninggal Selepas Seminggu Koma

izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
ALOR STAR: Selepas hampir seminggu koma di hospital, seorang dari dua anggota tentera yang terbabit dalam kemalangan dengan lori sampah pada 9 November lalu, meninggal dunia, petang kelmarin.

Mangsa, Allahyarham Firdaus Farhan, 20, berasal dari Johor Bahru, Johor disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4 petang ketika dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Kota Star, Inspektor Rozman Pit berkata, mangsa meninggal dunia selepas koma sejak Isnin lalu akibat cedera parah di beberapa anggota badan yang dialami mangsa.

Katanya, rakan mangsa yang terbabit dalam kemalangan itu, Mohd Firdaus Nasir, 20, masih dirawat tetapi kini berada dalam keadaan stabil di wad tulang di HSB.

Dalam kejadian jam 10 pagi Ahad lalu, dua anggota tentera yang bertugas di Kem 6 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) Bukit Pinang, Kepala Batas, di sini, cedera parah apabila motosikal yang ditunggangi mereka berlanggar dengan lori sampah di Jalan Alor Star-Kepala Batas.

Kejadian itu mengakibatkan, kedua-dua mangsa patah kaki kanan dan cedera beberapa bahagian anggota badan.

Kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan dari Kepala Batas ke Alor Star manakala lori sampah milik syarikat swasta itu pula dari arah sama dan membelok ke kiri untuk mengangkut sampah di Mes Pegawai berkenaan.

Bagaimanapun, motosikal yang dinaiki mangsa gagal dikawal lalu merempuh bahagian kiri lori sebelum kedua-duanya tercampak ke tepi jalan.

P/S: AL-FATIHAH untuk arwah.
 
Sponsored Post

hazwan

Super Active Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
5,107
Reaction score
11
Points
65
mudenye dah mninggal, innalillah...#:-S
 

lieena

Junior Member
Joined
Nov 22, 2007
Messages
61
Reaction score
0
Points
6
erm..kesiannya....apa pun Al-Fatihah...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register