Menguasai Fundamental Study....

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.17640
USD / JPY
104.728
GBP / USD
1.28149
USD / CHF
0.91495
USD / CAD
1.33080
EUR / JPY
123.202
AUD / USD
0.72211

CG Sponsors




forexdansaham

Freshie
Joined
May 4, 2008
Messages
29
Reaction score
2
Points
8
fundamental study adalah pengajian element yang mempengaruhi tindak-tanduk pelabur bagi suatu tempoh.Pengajian ini termasuk economic cycle, momentum mechanism(elliot wave), corellation, chaos theory, dan sebagainya termasuklah NEWS data reading...

tahukah anda dengan mempelajari fundamental study membolehkan anda meramal permulaan sesuatu trend yang sangat besar sehingga 1000-2000 pips, seminggu sebelum ia berlaku!

pernahkah anda terjumpa situasi seperti dibawah:

1. news tentang penganguran di britain diumumkan , dan didapati ia menurun, maka sepatutnya GU akan mempunyai effect menaik , tetapi sebaliknya GU terus merundum kebawah!

2. harga minyak dunia melambung, sepatutnya Canada sebagai pengeksport minyak terbesar ke usa mempunyai kesan keatas dollar Canada iaitu ia akan bullish , tetapi sebaliknya harga USD/CAD hanya bermain main dalam satu range..

3. anda melihat selepas satu news dikeluarkan pair CadJPY menokok naik , anda pun masuk , tetapi selepas seketika harga menjunam turun kena Stop Loss anda , kemudian naik semula macam takde ape ape...

kadangkala teknikal analisis juga tidak akan dapat meramal situasi situasi diatas...ini kerana peristiwa diatas bersangkut paut dengan Economic Cycle!,sila google atau ke forexdansaham.blogspot.com, dalam thread ini seterusnya saya akan membongkar trick dan rahsia yg mana pakar fundamental tidak mahu anda mengetahuinya... yeah !

:)cgrock
 
Sponsored Post

forexdansaham

Freshie
Joined
May 4, 2008
Messages
29
Reaction score
2
Points
8
asas momentum wave (elliot wave)

dalam post ini saya TIDAK akan mengupas aspek teknikal elliot wave , sebaliknya saya akan menumpukan pada mekanisme kejadian elliot wave,

baik bagi anda yang pernah membaca penulisan saya tentang COT report anda tentu tahu mengenai 3 jenis trader dalam pasaran matawang iaitu non comercial trader, comercial trader dan spekulator disini pengetahuan ini adalah berguna...

elliot wave dinamakan selepas Ralph Nelson Elliot. Dalam theory ini beliau telah menyimpulkan bahwa pasaran bergerak dalam corak gelombang tertentu dan ia berlaku disebabkan pemfaktoran yang mempengaruhi trader.

fraktal adalah elemen yang sangat penting dalam theory ini, element ini juga menyangkal bagaimana elliot wave boleh dijadikan entry guide
. Fraktal menerangkan bahwa psychology trader adalah fraktal dalam pasaran. fraktal adalah sesuatu yang sama dari segi bentuk tetapi berbeza dari segi saiz. elliot wave berlaku atas hukum yang sama dengan fiboncci level, lebih tepat lagi hukum naik turun pasaran saham adalah mengikut level fibonacci dan setiap level ini apabila digabungkan membentuk elliot wave!

mari kita lihat elemen FUNDAMENTAL yang tersirat disebalik kajian teknikal elliot wave (1-2-3-4-5) seperti yang digembar gemburkan.

elliot wave terdiri dari...
wave 1 - pemulihan jangka pendek
wave 2 - pullback/pengambilan untung sementara
wave 3 - rally trend bermula
wave 4 - NONCOMERCIAL trader bertindak menentukan kadar pertukaran duit (level '000')
wave 5 - spekulator mengikut tindakan noncomercial trader.

bagi bekas pelajar saya mereka akan tersemyum panjang lebar lepas membaca penerangan ini.

apabila harga mencapai tahap level 5. pasaran mula kehilangan momentum (disinilah terjadinya divergence yang amat mudah dispot dari MACD)

sekarang setelah anda mengetahui latar belakang momentum wave, anda sepatutnya faham bagaimana mengunakan pengetahuan fundamental ini.

cuba search mana mana gambarajah elliot wave di google.. dan fahamkan bagaimana bentuk trend ini boleh anda manfaatkan dalam trading anda.


satu lagi point yang anda patut perasan..
ok cuba anda lihat gambarajah elliot wave perasan tak setiap kali harga mencapai point ganjil (1,3,5) harga akan reverse trend, mnakala setiap kali harga mencapai point genap ia akan continue trend!

fikir baik baik bagaimana pengetahuan ini berkait dengan momentum theory diatas dan bagaimana anda boleh mengunakan maklumat ini dalam trading anda..

:)paid
 

forexdansaham

Freshie
Joined
May 4, 2008
Messages
29
Reaction score
2
Points
8
corelation minor

Tahukah anda perkaitan antara 6 major pair : EU, AU, GU, UJ, UChf, UCad ???

EU, GU sentiasa bergerak dalam keadaan bertentangan Uchf. Ketiga - tiga nya adalah dalam zone economy eropah oleh itu in long term ketiga tiganya mesti mempunyai fundamental economy yang sama. Jika EU bergerak bertentangan GU maka ia sebenarnaya dalam keaddan consolidating(elakkan). Bagaimana nak tahu pergerakan sama atau tidak , sila gunakan teknik Rahsia SMA diatas.

Australia adalah pengeksport emas kedua terbesar dunia, oleh itu apabila harga emas melangkau double "0" digit , AU akan mengikuti tak lama selepas itu.Bersedia untuk masuk buy atau sell. Sila guna teknik Double Digit diawal thread.

Canada adalah pengeksport minyak terbesar ke US, manakala Japan adalah penguna minyak terbesar disebabkan ia adalah sebuah negara industri(minyak digunakan dalam proses pembuatan).Oleh itu apabila harga minyak naik , selalunya USD/CAD akan turun manakala U/J akan consolidate. Pergerakan ini biasanya akan dibaca awal oleh Institutional trader dan direfleks melalui COT report.Sila baca teknik meramal 1.

Australia dan Japan adalah dalam satu zone economy Pasifik. Anda sepatutnya sudah mengetahui perkaitan AU dan UJ sekarang...

:eek:
 

forexdansaham

Freshie
Joined
May 4, 2008
Messages
29
Reaction score
2
Points
8
Kunci kajian Fundamental:economic cycle 1...

pertama sekali anda harus faham , keadaan currency yang spike pada news realease bukan disebabkan news tersebut tetapi oleh trader yang bertindak mengikut 'chain of reaction' , bila investor mula jual, retail trader akan mengikut. Sebab itu trading pada news hour bukan dikatakan trading , sebaliknya scalping (anda mengejar price! walaupun menggunakan kaedah stradle atau strangle),

news adalah indiction untuk keadaan ekonomi dan itulah yang sepatutnya anda fahami. Apabila sesebuah news penting keluar contohnya apabila NFP keluar dan didapati bacaan penganguran tinggi, ia menunjukan keadaan kuasa beli yang menurun ini sudah tentu efect kadar pengeluaran dalam negara , sekali gus memberi impact pada nilai matawang negara tersebut.

dan inilah yang sepatutnya anda ambil kira iaitu memahami keadaan ekonomi negara tersebut.

anda sepatutnya boleh menilai keadaan news akan datang dari news terdahulu, contohnya laporan dari NFP akan effect Average Hourly Earnings Growth > Consumer Price Index (CPI) > Consumer Confidence > Existing Home Sales > Factory Orders > Housing Starts & Building Permits > etc...

kita ambil contoh di Malaysia apabila gaji kakitangan awam naik dimumkan dalam berita > maka kuasa membeli bertambah > berita kenaikan harga barang berlaku > maka kos pengangkutan meningkat > berita tambang naik berlaku > maka kos pembinaan meningkat > maka kadar pembelian rumah menurun... etc

dapatkah anda menangkap apa yang saya cuba katakan?

:-?
 

tahir85

Active Member
Joined
Jun 16, 2007
Messages
1,243
Reaction score
134
Points
33
Apa komen tuan tanah apabila..Warren Buffet sendiri tak trading news..dia akan keluar dari market apabila ada news.ehehe..saja nak hangatkan threads ni
 

chaosiky

Fun Poster
Joined
Nov 19, 2007
Messages
535
Reaction score
4
Points
15
keep up the good work bro
thanks for sharing
 
Sponsored Post
Top
Log in Register