BTC USD 57,280.9 Gold USD 1,777.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mengenali raja petra

maliq7776

Super Active Member
Messages
7,835
Joined
Mar 8, 2008
Messages
7,835
Reaction score
72
Points
75
Mengenali anak raja bernama PETRA


Oleh Rozaid Rahman

KUALA LUMPUR, Khamis, 12 April – Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Raja Petra Kamarudin, 51, menyifatkan dirinya sebagai seorang “Anwaristan” yang suatu ketika dahulu pernah diselamatkan oleh mentornya itu daripada menjadi mangsa buli.

Dilahirkan pada 27 September 1950 di Surrey, England, Raja Petra, anak raja dari Selangor yang berdarah kacukan Welsh ini pertama kali menjejakkan kakinya di Tanah Melayu pada tahun 1956 dan memori awalnya mengenai negara ini ialah sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Beliau mendapat pendidikan awalnya di Alice Smith School, Kuala Lumpur, sebuah sekolah yang biasanya dikhususkan untuk anak-anak expatriate sahaja. Hanya pada tahun 1963 sahaja Raja Petra buat pertama kalinya terdedah kepada suasana dan persekitaran Melayu apabila beliau mendaftar di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Raja Petra pernah dalam satu temubual dengan penulis beberapa tahun dahulu menceritakan bahawa Anwar Ibrahim seringkali mengusiknya sebagai anak Mat Salleh yang sangat pemalu ketika di MCKK dahulu. “Tetapi Anwar kemudiannya baru menyedari bahawa saya tidak pernah bersuara di dalam kelas kerana saya tidak tahu sepatah haram pun bahasa Melayu…dan bila bercakap Inggeris pula, pelatnya bunyi Mat Salleh bukan pelat Melayu,” kata Raja Petra di sebalik senyumannya itu.

Cucu kepada Raja Tun Uda, Raja Petra dibesarkan dalam suasana aristokrat Melayu dan dikelilingi oleh keluarga diraja. Beliau dilahirkan di England kerana pada masa itu bapanya berada di sana untuk melanjutkan pelajaran dan kemudian telah berkahwin dengan seorang wanita keturunan Welsh.

“Tetapi saya tidak ada sebarang memori mengenai England…Satu-satunya imej yang saya boleh ingat mengenai negara itu ialah pelayaran kami pulang dari England ke Malaya pada tahun 1956,” katanya lagi.

Kata Raja Petra, dia kembali teringatkan England ketika bersekolah di Alice Smith School Kuala Lumpur yang ketika itu dipenuhi dengan anak-anak orang putih yang enggan kembali ke tanah air mereka selepas Malaya mencapai kemerdekaan.

“Dunia saya berubah secara total pada tahun 1963 apabila pada usia 13 tahun, saya didaftarkan di Kolej Melayu dan secara tiba-tiba saya mula sedari yang saya kini benar-benar dikelilingi oleh sekumpulan pelajar dari keturunan saya sendiri dan secara perlahan-lahan mula belajar memakai songkok, samping dan kain sarung,” katanya.

Cerita Raja Petra, minggu-minggu pertamanya di MCKK bagaikan negara dan dia cuba untuk melupakan itu semua dengan banyak menghabiskan masa dengan tidur malah dia menulis surat kepada keluarganya setiap hari merayu mereka mengeluarkannya dari “negara ini” kerana ini adalah sebuah sekolah untuk budak-budak Melayu dan “saya tidak sesuai di sini.”

Sambil tersenyum mengenang semula zaman persekolahannya itu, Raja Petra menambah, bahawa dia seringkali menjadi mangsa ragging kerana semua pelajar menganggapnya anak Mat Salleh yang tidak boleh bercakap Melayu dan berbahasa Inggeris yang pekat dan tidak difahami oleh semua.

“Tetapi satu-satunya pelajar senior yang menyelamatkan saya dari terus menjadi mangsa ragging ialah seorang pengawas yang bernama Anwar Ibrahim. Dia sering bertindak sebagai pelindung dan menjauhkan pembuli dari saya malah sejak sekolah lagi dia dikenali sebagai pembela kepada mereka yang tertindas.

“Bagaimanapun ketika itu saya tidak begitu sukakannya kerana dia sering memberi ucapan yang berapi-api menentang kolonialisme British dan saya melihat itu sebagai satu serangan pribadi kerana emak saya berasal dari UK,” kata Petra.

Bagaimanapun menurut Raja Petra dia cuma bertahan selama tiga tahun sahaja di MCKK kerana keluarganya mendapati adalah lebih murah untuk memeliharanya di Kuala Lumpur daripada terpaksa menanggung kos setem yang dia bayar untuk menghantar surat setiap hari kepada mereka.

Raja Petra menyifatkan fasa ketiga dalam kehidupannya bermula apabila dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuala Terengganu pada tahun 1974 untuk memulakan perniagaan kereta di sana.

Kehidupannya mula berubah apabila dia mengenali Pak Abas seorang tok guru yang amat rapat dengan Haji Hadi Awang dan dari situ dia mengenali Haji Harun Jusoh, bekas ahli Dewan Undangan Negeri untuk Kuala Terengganu dan selepas itu pula Haji Mustapha Ali.

“Akhirnya saya mengenai Haji Hadi dan dari situlah saya didedahkan kepada cara Pas dan politik Pas dan saya diIslamkan melalui cara Pas. Tetapi tidak lama kemudian saya sekali lagi bertemu dengan Anwar Ibrahim kali ini dia sebagai pemimpin ABIM dan tidak lama kemudian Anwar menjadi hero saya dan terbayang bahawa suatu hari nanti dia akan memimpin Pas,” jelas Raja Petra.

Malangnya kata Petra, dia mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada Anwar apabila bekas presiden ABIM itu memilih untuk menyertai Umno dan menganggap heronya itu sebagai pembelot.

Bagaimanapun hubungannya dengan Anwar bersambung semula untuk kali yang ketiga apabila “saya memilih untuk berjuang di dalam bisnes” dan hanya menjadi “penyokong Pas secara sembunyi-sembunyi”. Ketika itu katanya Anwar memerlukan bantuan bagi mendapatkan sokongan daripada beberapa pemimpin Pemuda dari Terengganu kerana dia hendak bertanding kerusi ketua pergerakan pemuda.

“Oleh kerana saya mempunyai hubungan yang rapat dengan ramai tokoh pemudaTerengganu, saya bersedia membantu Anwar berkempen setelah mengenangkan betapa semasa di kolej dahulu dia juga pernah membantu saya daripada ancaman senior-senior yang kaki buli,” kata Raja Petra.

Selepas itu katanya, kerjaya Anwar dalam Umno melonjak dari setangga ke setangga dan akhirnya sampai menjadi timbalan perdana menteri.

“Saya pula mula menjauhkan diri daripadanya dan mula mencari muhasabah diri dan tidak begitu minat lagi dengan dunia perniagaan setelah mengharungi suka duka naik dan jatuh dalam bisnes,” kata Raja Petra lagi.

Selepas meninggalkan dunia perniagaan, anak raja ini mula aktif menulis dan ketika itu beliau telah kembali bermastautin di sini. Antaranya dia mempunyai ruang sendiri dalam akhbar The Star mengenai dunia motosikal dan kenderaan. Tetapi bila Harakah pula mula memperkenalkan English Section, Mustapha Ali telah bertemu dengannya dan mencadangkan supaya dia menulis untuk ruangan tersebut. Petra sekali lagi tidak dapat melarikan dirinya daripada Pas dan akhirnya menjadi penyumbang tetap di ruangan tersebut.

Hubungannya dengan Anwar tercantum semula untuk kali yang keempat apabila Anwar dipecat dan dibelasah oleh ketua polis negara ketika di dalam tahanan dan ketika itu kata Raja Petra, “urusan Anwar adalah urusan saya sekarang”.

Sejak itu beliau bergiat aktif dalam gerakan reformasi dan kemudiannya Parti Keadilan Nasional (Keadilan) sehinggalah beliau menerima satu nota ringkas yang memintanya supaya menjadi peneraju utama Kempen Bebaskan Anwar (FAC) pertengahan tahun lalu.

Hari ini sepertimana Anwar, Raja Petra telah mendapati dirinya tergolong dalam kelab keluarga ISA dan barangkali sedang memasuki fasa yang terakhir dalam liku-liku hidupnya – sebagai seorang tahanan politik.

http://www.geocities.com/drmahadzir/heropetra.html


oic.junior DSAI rupenye Raja Petra ni.
selamat berforum:)paid
 
Sponsored Post

ulam

CG Top Poster Club
Messages
22,373
Joined
Apr 30, 2008
Messages
22,373
Reaction score
59
Points
120
"dan hanya menjadi “penyokong Pas secara sembunyi-sembunyi”. :))
 

nash_d

Active Member
Messages
2,287
Joined
Jul 17, 2008
Messages
2,287
Reaction score
0
Points
20
pengawas bernama Anwar Ibrahim telah menyelamatkan beliau dari mangsa buli di MCKK... memang nostalgia... Sekarang Raja Petra pula berjuang menyelamatkan Anwar Ibrahim...
 

greatcrown

Junior Member
Messages
94
Joined
Oct 17, 2008
Messages
94
Reaction score
0
Points
6
panjang rupanya hubungan dia ngan Anwar..hmmmmmm...

Anwar mmg best...
 

o_o2o_o3

Active+ Member
Messages
3,979
Joined
Dec 6, 2007
Messages
3,979
Reaction score
144
Points
33
Sekarang dia jadi tahanan ISA, Nuar kena la bantu dia kluar plak
 

SemutarHitam

Fun Poster
Messages
593
Joined
Jul 23, 2007
Messages
593
Reaction score
0
Points
10
Tuan guru hj Abas ulama' nusantara tu ke yg dimaksudkan pak abas nih...
huhuhu.
 

mido

Active+ Member
Messages
4,861
Joined
Feb 23, 2007
Messages
4,861
Reaction score
12
Points
25
kesian RP nih..
dulu stended budak bulian je
tu la muka pun nerd ka...
nk balas dendam pon dlm web/blog je la..
dasar pengecot kaki kena raging mcm totok2 anti UMNO dlm nih..
huahuahuaua
 

ADI78

Super Active Member
Messages
6,298
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,298
Reaction score
17
Points
65
kesian RP nih..
dulu stended budak bulian je
tu la muka pun nerd ka...
nk balas dendam pon dlm web/blog je la..
dasar pengecot kaki kena raging mcm totok2 anti UMNO dlm nih..
huahuahuaua

RP kono buli bukan pasal we'eh lombik tapi pasal we'eh tak paham bahaso melayu...skang ni we'eh dah paham bahso melayu...aden nak tanyo pado bro mido..wa'ang poie la tanyo pado mike tyson tu pandai ko tak ckp omputih...aden masih ingek laie dlm bernama news...wartawan tu tanyo pada mike tyson tu pendapek pasal PRK permatang pauh...we'eh ngaku yg anwar mmg ado kelebihan pasal tu "homestay"(padahal maksud mike tyson adalah hometown)anwar...
org yg mcm tu nak jadik timbalan presiden merangkap TPM:eek::eek:
bukak la mato wa'ang tu bro mido...apo dah jadik ngan pembelian eurocopter tu...kalu nak taip la pasal penyalahgunaan kuasa n duik rakyat....tak tertaip la wei :)):))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register