BTC USD 43,105.8 Gold USD 1,760.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Mengapa Raub sangat penting kepada Komunis Malaysia?

notepad

Super Active Member
Joined
Sep 17, 2011
Messages
9,358
Reaction score
779
Points
126

Pena Celoreng

23 Julai jam 2:52 PTG ·

MENGAPA RAUB SANGAT PENTING KEPADA PENGGANAS KOMUNIS MALAYA?

217991909_4508461075871325_3557357888801709479_n.jpg

Isu pencerobohan tanah secara haram di Raub belum selesai. Kawasan ini sangat dekat dengan saya. Ini kerana kawasan ini ialah kawasan permainan saya ketika berpangkat Leftenan Muda, Leftenan dan Kapten. Selama lima tahun bertugas di Pahang dan ditempatkan di Kem Mentakab. Raub adalah KTJ utama pasukan saya iaitu Batalion Kedua Askar Melayu. Maka kami agak fasih dengan geografi kawasan ini, lebih-lebih lagi apabila saya dinaikkan pangkat ke Kapten dan menjawat jawatan Pegawai Risik. Celah atau cerok mana di Raub yang saya tak masuk. Semua di sini berbau dan bermuka komunis.

Sejak seminggu lalu isu Raub menjadi panas. Saya menyelonggar data2 lama dan menemui beberapa sebab mengapa kawasan Raub sangat penting kepada Parti Komunis Malaya dari Unit Penggempur Keenam yang diketuai oleh Chong Chor. Kawasan Raub terdapat banyak sungai, maka hampir semua nama-nama tempat diberi nama sempena sungai yang ada di kawasan itu.

Pada zaman British, kawasan ini terkenal dengan bijih dan emas. Maka banyak pelombong bijih berbangsa cina di bawa ke situ. Sejak itu kebanjiran pelombong cina tidak terkawal sehinggalah darurat pertama.

Aspek penting Raub kepada komunis ialah Geografi. Kawasan paling popular di sini ialah Sg Ruan. Sg Ruan terletak di kaki dua banjaran gunung iaitu Gunung Benum dan Banjaran Lurah Bilut yang merupakan kawasan hutan tebal. Ia terkeluar atau jauh dari jalan utama yakni tersorok. Manakala jalan masuk ke Sg Ruan perlu melalui jalan hutan sama ada dari Bentong ataupun dari Raub. Setiap kenderaan tentera yang menuju ke Sg Ruan dengan mudah di ketahui oleh sentri pengganas yang sentiasa ada di Pekan Bentong atau Pekan Raub. Bahkan mereka tahu keluar masuk pasukan tentera. Kedua-dua pekan iaitu bentong dan raub adalah pekan china yang merupakan kumpulan bantuan logistik terbesar kepada pengganas komunis.

Lagipun Raub sangat dekat dengan kawasan-kawasan kegemaran PKM atau tempat yang mempunyai hubungan kuat dengan sejarah perjuangan pengganas komunis yang mana mula diduduki oleh Chin Peng ketika melarikan diri dari British. Antara kawasan panas atau berselirat dengan pengganas komunis dan talibarutnya ialah Kerling, Kuala Kubu Bharu, Rasa, Batang kali, Serendah, Karak, Lancang, Sempalit, Bilut, Batu Talam, Dong, Sg Koyan, Sg Chalit dan banyak lagi. Untuk lebih detail, sila baca Buku Platun Harimau Misi 1 dan 2 [boleh dapatkan di shopee.com.my/penaceloreng.


217797773_4508461465871286_698624167079888356_n.jpg

Bagi menghalang dari masyarakat cina di Raub membantu pengganas komunis, British telah memindahkan mereka ke penempatan baru yang dikenali dengan nama KAMPUNG BARU. maka di sini terdapat terlalu banyak kampung-kampung baru yang menempatkan mereka.
Antaranya ialah Kg Baru Sg Chalit adalah satu kampung yang tersorok dan paling dekat dengan Sg Ruan. Penduduk di Sg Ruan, Sg Chalit, dan Kuala Kubu Bharu adalah dari kumpulan hard core penyokong pengganas komunis.

Faktor yang kedua ialah Bantuan Logistik yang mudah dan susah di kesan.

Di sekitar Sg Ruan terdapat 6 buah Kg baru yang merupakan kawasan penempatan bekas dan penyokong PKM di bawah Rancangan Brigs, Dan kampung baru yang terbesar di Malaysia adalah Kg baru Sg Ruan yang berada di kaki Gunung Benum.

Di kawasan ini juga terdapat sebuah kem utama pengganas komunis di Gunung Benum dan sebuah lagi di banjaran Lurah Bilut. Maka Sg Ruan berada di tengah-tengah. Manakala kem-kem kecil berselirat di belakang setiap kampung baru. Dalam masa yang sama terdapat banyak kem-kem sementara di kedua-dua banjaran.

Manakala Lurah Bilut seringkali dikunjungi oleh pemburu, pencari hasil hutan dll, manakala Gunung Benum sangat jarang dikunjungi. Maka jajaran ke Sg Ruan adalah paling selamat dijadikan lokasi simpanan barang makanan pengganas komunis sebelum diangkut ke dalam hutan.

Pada tahun 1974, PKM dikatakan mula melebarkan sayapnya ke hutan pahang tetapi dakwaan ini hanyalah berupa kata-kata di atas kertas sahaja. Belum ada bukti yang nyata. Pertempuran yang pertama yang berjaya membunuh anggota komunis berlaku di Sg Ruan dan ia mengesahkan kehadiran komunis di pahang. Ia bermula dengan kejadian Pasukan Polis Hutan di serang hendap. Dek kerana terlalu ramai pengganas yang menyerang mereka, Pasukan Polis Hutan terpaksa memintaa bantuan dari pasukan tentera iaiotu dari Batalion 3 Renjer. Platun 4 dari 3 Renjer, telah digerakkan dalam masa satu jam bagi membantu membawa keluar pasukan polis hutan dari kepungan serang hendap. Serangan olah Platun 4 batalion 3 renjer berjaya membunuh seorang pengganas komunis. Dan pertempuran dan mayat komunis ini menjadi bukti sahih pertama akan wujudnya pengganas komunis di Raub (Untuk baca lebih lanjut pertempuran ini, sila baca buku karya saya bertajuk 17 Hero Bangsa Malaysia. Dapatkan di shopee.com.my/penaceloreng

Semua kawasan yang di sebut termasuk Pekan Raub dikenakan curfew dan merupakan kawasan terakhir yang perintah curfew di buka.
Bagi memutuskan laluan hubungan antara kawasan hutan utara Raub dengan kawasan2 panas ini, kerajaan telah membuka tanah felda di Sg Koyan iaitu ke utara kawasan Batu Talam. Felda Sg Koyan ini agak istimewa dan mempunyai tujuan khas yang mana hampir 70% penempatan di felda ini samada Felda Sg Koyan 1 hingga ke Felda Sg Koyan 3, ialah terdiri dari pesara-pesara tentera. Mereka bertindak sebagai mata dan telinga kerajaan dan kawasan felda ini sebagai blockage kepada pergerakan pengganas komunis.

Mungkin kita tidak tahu bahawa 63% anggota pengganas komunis dari Unit Penggempur ke-6 datangnya dari Raub khususnya dari Sg Ruan. Saya akan huraikan dengan lebih jelas berkaitan Unit Penggempur ke- 6 ini sehingga detail dalam post yg akan datang. Saya akan huraikan juga siapakan ketua unit pengempur ke 6 ini yang menjadi perancang utama bersama isterinya. Kita akan berkenalan dengan Cheung Chor dan mengetahui bagaimana pasukan khas menangkapnya di jalan TA Rahman. Post akan datang.

Berlandaskan kepada faktor-faktor di atas, saya mendapat jawapan mengapa kawasan sangat ini dipertahankan oleh penceroboh tanah secara haram.

Panjang citer bab Komunis dan Raub ni, kalau nak tahu lebih lanjut, tunggu SOP buka, kita ke Starbuck.

220563516_4508460709204695_7309797320679592673_n.jpg


 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,437
Reaction score
21,618
Points
1,671
Betul. Bkn kebetulan kt felda2 ramai pesara tentera. Terjawab persoalan.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register