mengapa perkara seperti ini terjadi???Dua beradik curi kerana empat hari tak makan

CG Sponsors




AMICO66

Super Active Member
Joined
May 5, 2008
Messages
9,631
Reaction score
258
Points
91
Dua beradik curi kerana empat hari tak makanni petikan dari harian metro hari ini...

JITRA: “Adik-adik saya mencuri kerana terlalu lapar. Sudah empat hari kami tidak makan kerana tidak mempunyai wang dan hanya minum air kopi saja.”

Demikian luahan hati seorang wanita, Siti Shuhaini Abdul Hamid, 28, mengenai dua adiknya yang ditahan polis kerana mencuri makanan di sebuah kedai runcit, dekat sini, kelmarin.

“Mereka terpaksa mencuri kerana terlalu lapar. Bukan niat mereka untuk melakukan jenayah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kepala 10, Jerlun, dekat sini, semalam.

Kedua-dua adiknya, masing-masing lelaki dan perempuan berusia 19 dan 20 tahun itu, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin.


Siti Shuhaini, kakak sulung daripada tujuh beradik itu, berkata dia terpaksa menebal muka berhadapan dengan masyarakat kerana empat adiknya pernah ditahan polis kerana melakukan pelbagai kesalahan jenayah.

“Saya dah tak malu berdepan dengan orang ramai kerana kami ditakdir hidup susah dan saya tidak menyalahkan adik-adik saya kerana mereka melakukan perbuatan itu kerana kemiskinan hidup kami,” katanya.

Sebelum itu, empat adiknya termasuk adik perempuan berusia 14 tahun ditahan polis kerana kesalahan mencuri barang di kedai runcit.

“Kami tak minta hidup dalam keadaan begini walaupun dicemuh masyarakat kerana kemiskinan kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Siti Shuhaini berkata, sumber makanan mereka hanya ikan yang ditangkap di sawah selain tidak makan nasi kerana tidak mampu membeli beras.

Ibu mereka, Che Wangi Salleh, 40, pula menghadapi masalah penglihatan sejak kecil manakala bapa mereka, Abdul Hamid Abdullah meninggal dunia ketika dia berusia 12 tahun.

Siti Shuhaini berkata, dua adik lelakinya, Mohd Azuan, 13, dan Mohd Azli, 14, yang belajar di Sekolah Menengah Air Hitam di sini diserahkan kepada keluarga angkat sejak kecil akibat kemiskinan.

Tinjauan Harian Metro ke rumah keluarga itu mendapati ia kosong, malah langsung tiada kelengkapan perabot dan mereka hanya memakai pakaian diberi orang secara bergilir-gilir.

ayat yang sebagai mana hendak aku katakan....:-?:-?:-?
 
Sponsored Post

badrush

Super Active Member
Joined
Sep 4, 2008
Messages
5,519
Reaction score
18
Points
65
kesiannye.....

masih ada orang yg lebih susah rupenya..
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,208
Reaction score
828
Points
176
tanya ketua kampung kat situ apa dia buat... makan gaji buta.... nilah dikatakan JKKK yang b.o.d.******* dan banga********** asyik sibuk rebut jawatan aje... :mad: :mad:
 

nurazar

Fun Poster
Joined
Mar 10, 2007
Messages
831
Reaction score
6
Points
15
harap mana mana forex trader yg dah berjaya wat profit dapat beri sedikit sumbangan kepada keluarga ni...lagi bagus kalau kita sama sama dapat beramai ramai bantu keluarga nie...beri sumbangan yg termampu oleh kita....

lagi bagus kalau ada otai otai forex ajar depa nie main forex.....
kita kongsi bersama.....
 

nurazar

Fun Poster
Joined
Mar 10, 2007
Messages
831
Reaction score
6
Points
15
kita tak perlu menyalahkan orang lain sana sini....kalau nak kira jiran sebelah rumah dia lagi bersalah tapi....adalah lebih baik kita bantu aje dengan ikhlas....tanpa rungutan atau cemuhan....
 

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,208
Reaction score
828
Points
176
jiran2 dah banyak membantu.... tapi apa tindakan orang atasan... mereka perlu tahu ...
 

amirrash

Active+ Member
Joined
May 27, 2008
Messages
2,842
Reaction score
10
Points
25
dalam hal kebajikan tak perlu campur tangan politik pun. tak payah bising2 pada kerajaan, MP, NGo atau ketua kampung. sebagai manusia yang penuh prihatin kita sendiri perlu membantu. kalau ada jiran yang susah sedikit sebanyak kita perlu menghulurkan bantuan. kebajikan bermula dengan diri sendiri. aman dunia ni.
 

shahrul_hla

Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
2,221
Reaction score
1
Points
25
cuba pikir...umur adik dia yg mencuri 19 n 20 tahun...apsal???? xleh keja??? yg mencuri pasal apa????? semua atas niat...kalo tau baik buruk xde dia mencuri...bole p keja bagi makan adik beradik....nie semua auta saja nie....blaja lah ubah nasib sendiri n adik beradik...xpayah mengharap bantual orang...
 

nikiza

Fun Poster
Joined
Mar 15, 2006
Messages
154
Reaction score
0
Points
10
Dua beradik curi kerana empat hari tak makanni petikan dari harian metro hari ini...

JITRA: “Adik-adik saya mencuri kerana terlalu lapar. Sudah empat hari kami tidak makan kerana tidak mempunyai wang dan hanya minum air kopi saja.”

Demikian luahan hati seorang wanita, Siti Shuhaini Abdul Hamid, 28, mengenai dua adiknya yang ditahan polis kerana mencuri makanan di sebuah kedai runcit, dekat sini, kelmarin.

“Mereka terpaksa mencuri kerana terlalu lapar. Bukan niat mereka untuk melakukan jenayah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kepala 10, Jerlun, dekat sini, semalam.

Kedua-dua adiknya, masing-masing lelaki dan perempuan berusia 19 dan 20 tahun itu, bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis, kelmarin.


Siti Shuhaini, kakak sulung daripada tujuh beradik itu, berkata dia terpaksa menebal muka berhadapan dengan masyarakat kerana empat adiknya pernah ditahan polis kerana melakukan pelbagai kesalahan jenayah.

“Saya dah tak malu berdepan dengan orang ramai kerana kami ditakdir hidup susah dan saya tidak menyalahkan adik-adik saya kerana mereka melakukan perbuatan itu kerana kemiskinan hidup kami,” katanya.

Sebelum itu, empat adiknya termasuk adik perempuan berusia 14 tahun ditahan polis kerana kesalahan mencuri barang di kedai runcit.

“Kami tak minta hidup dalam keadaan begini walaupun dicemuh masyarakat kerana kemiskinan kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Siti Shuhaini berkata, sumber makanan mereka hanya ikan yang ditangkap di sawah selain tidak makan nasi kerana tidak mampu membeli beras.

Ibu mereka, Che Wangi Salleh, 40, pula menghadapi masalah penglihatan sejak kecil manakala bapa mereka, Abdul Hamid Abdullah meninggal dunia ketika dia berusia 12 tahun.

Siti Shuhaini berkata, dua adik lelakinya, Mohd Azuan, 13, dan Mohd Azli, 14, yang belajar di Sekolah Menengah Air Hitam di sini diserahkan kepada keluarga angkat sejak kecil akibat kemiskinan.

Tinjauan Harian Metro ke rumah keluarga itu mendapati ia kosong, malah langsung tiada kelengkapan perabot dan mereka hanya memakai pakaian diberi orang secara bergilir-gilir.

ayat yang sebagai mana hendak aku katakan....:-?:-?:-?
iskh..umur 19 ngan 20 tahun...takkan tak leh g kerja....budak cina umur 15 ngan 13 kat seremban leh kerja cuci pinggan nak cari duit buat makan ngan skolah sebab bapak sakit....

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/1/13/nation/2994355&sec=nation

ini umur 19 ngan 20 bukan bebudak nak mencuri...si akak umur 28 takkan tak leh bantu...kurang2 pi la amik upah kerja bendang ka...sapu sampah ka...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register