BTC USD 60,038.1 Gold USD 2,333.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mengapa ais kiub tiada sijil halal?

Print_Screen

Super Active Member
Messages
5,921
Joined
Nov 13, 2010
Messages
5,921
Reaction score
230
Points
73
Mengapa ais kiub tiada sijil halal?
HASLINA KAMALUDIN
3 November 2014


image.jpg

Kebersihan pembuatan ais kiub mula dibangkitkan pengguna Islam.

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Khamis lalu, sebuah kilang ais di Pulau Pinang diarah tutup selepas didapati beroperasi dalam keadaan kotor dan tidak mematuhi standard kesihatan yang ditetapkan.

Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana sama ada sedar atau tidak, kebanyakan syarikat pengeluar ais batu kiub tidak mempunyai sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sijil halal bukan hanya untuk menentukan sama ada makanan atau minuman mengandungi bahan yang dilarang dalam Islam tetapi ia juga untuk mengukur tahap kebersihan sesuatu makanan.

Ini termasuk status air yang digunakan, dari sumber mana ia diambil dan sama ada air tersebut diproses terlebih dahulu?

Sudah pasti, sijil halal adalah senjata utama bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku seperti penggunaan air kotor yang boleh mengundang pelbagai penyakit.

Oleh itu, Perbadanan Bioteknologi Melaka (Melaka Biotech) menyarankan supaya semua syarikat pengeluar ais memohon sijil halal bagi melenyapkan keraguan pengguna mengenai isu ais kiub yang tidak bersih.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Badrul Hisham Badrudin berkata, perniagaan pembuatan ais kiub perlu mendapatkan sijil halal dan tahap keselamatan serta kebersihan air yang digunakan bagi membuat ais perlu diuji.

"Menerusi seminar-seminar yang kita adakan sebelum ini, ramai yang mahu tahu apakah status ais kiub ini? Ini kerana konsep makanan halal turut merangkumi kebersihan dan keselamatan sesuatu makanan dan tidak terhad kepada jenis bahan atau haiwan.

“Penguat kuasa daripada Kementerian Kesihatan seharusnya membuat pemantauan terhadap pengilang-pengilang ini dengan menjalankan ujian ke atas sumber air mahupun ais yang sudah siap,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, di Malaysia, hanya ada dua syarikat ais kiub yang memiliki sijil halal.

"Ini berdasarkan semakan yang kami buat di laman web Jakim, dan lebih mengejutkan, syarikat pengeluar ais kiub yang popular tidak ada dalam senarai tersebut.

"Syarikat ais turut bertanggungjawab memastikan proses pembuatan produk mereka bebas daripada unsur meragukan. Pengguna terutamanya yang beragama Islam sudah peka dengan barangan yang terdapat di pasaran dan mereka inginkan jawapan jika status produk itu meragukan,” katanya.

Badrul Hisham berkata, air juga antara faktor pelbagai penyakit boleh merebak.

"Walaupun isu ini dilihat remeh, tetapi ia melibatkan keseluruhan pengguna dan peniaga," katanya.

Menurutnya, harga jualan ais kiub yang begitu murah menjadi faktor ramai peniaga tidak menghasilkan ais kiub sendiri.

"Melaka Biotech sedia menjadi orang tengah bagi menguji sampel kiub ais jika diyakini tidak dibuat menggunakan air bersih.

"Kita tidak mahu masyarakat di negara ini menghidapi penyakit yang berpunca daripada penggunaan air kotor," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/nasional/mengapa-ais-kiub-tiada-sijil-halal-1.329851
 
Back
Top
Log in Register