Mengamuk tak dapat wang beli dadah, lelaki bakar motosikal

CG Sponsors




hiduprakyat

Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
2,413
Reaction score
186
Points
33
892099.jpg


KEPALA BATAS - Gara-gara tidak memperoleh wang seperti yang diminta, seorang lelaki membakar motosikalnya selepas mengamuk dalam kejadian di Paya Keladi Hujung di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang itu suspek dikatakan berang apabila ibu bapanya enggan memberi wang dipercayai untuk membeli dadah.

Menurutnya, suspek berusia 24 tahun itu kemudiannya mengamuk lalu membakar sebuah motosikal jenis Honda Wave 125 miliknya.

Suspek bertindak membakar motosikalnya dalam kejadian di Paya Keladi Hujung petang semalam.

"Pihak polis menerima panggilan menyatakan ada seorang lelaki mengamuk lalu membakar motosikal miliknya.

"Dia dipercayai bertindak demikian kerana berang tidak diberi wang untuk membeli dadah. Bagaimanapun, suspek tidak mencederakan sesiapa termasuk ibu bapanya," katanya ketika dihubungi Sinar Harian tadi.

Noorzainy berkata, ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh anggota Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mendapati suspek positif methamphetamine.

Katanya, suspek diserahkan kepada AADK Seberang Perai Utara untuk tindakan lanjut.


== sinar harian
 
Sponsored Post

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,719
Reaction score
1,408
Points
201
otak udang betul, bawak la geran gi kedai moto bleh jual .. ber tan-tan dadah boleh beli, atau nak $$ lebih, iklankan kat Mudah.My :D :p

sekarang karang-guni pun xnak moto tu ..
Klu hisap dadah jadi bijak cerdik.. da lame org hisap da... Sebb hisap jadi bang.gang tu yg tak ramai yg hisap hahah
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,793
Points
236
nak cergas dan aktif, amik ni setiap 3 hari .. kuasa sama macam Steroid, lepas ujian kencing, buah Mahkota Dewa

Screenshot-3319.jpg
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,458
Reaction score
2,444
Points
206
society rubbish.
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,716
Reaction score
553
Points
121
Anak pakcik baik orangnya,,
 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
154,029
Reaction score
21,129
Points
1,671
bakar harta sendiri pun salah ye

Dipenjara 5 tahun bakar rumah, kereta sendiri

MELAKA TENGAH – “Saya bakar rumah dan kereta saya sebab tension,” kata seorang kontraktor sebelum Mahkamah Seksyen Ayer Keroh di sini, semalam memerintahkan dia dipenjara lima tahun selepas mengaku bersalah atas pertuduhan disabit ke atasnya.


Hukuman itu diputuskan Hakim Ahmad Sazali Omar terhadap tertuduh, Mohd Azlie Mustaza, 29 yang berhadapan pertuduhan membakar kereta dan rumah miliknya sendiri.

bakar-rumah.jpg


Mohd Azlie sebelum itu turut berkata tindakan dilakukan kerana tertekan dengan masalah rumah tangga dihadapinya termasuk tidak dapat berjumpa anaknya hampir setahun.

Dia didapati melakukan kesalahan membakar kereta dan rumahnya di tepi jalan berhampiran stesen minyak BHP Petrol Balai Panjang kira-kira jam 9.10 malam dan Jalan Malim, Balai Panjang 10 minit kemudian pada 3 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Mohd Azlie yang tidak diwakili peguam bela ketika rayuan memohon mahkamah meringankan hukumannya berikutan kejadian kebakaran melibatkan harta benda miliknya sendiri bukannya orang lain.

“Saya tension dengan hal kerja lagi lepas tu dapat tahu kereta saya beli tu kereta curi rupanya. Tension lah saya! Lagipun semua tu kepunyaan saya tak melibatkan harta benda orang lain,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Ifa Sirrhu Samsudin meminta mahkamah memberikan hukuman berbentuk pengajaran supaya tertuduh tidak mengulangi kesalahan akibat tindakan mengikut perasaan yang boleh mengancam harta benda pihak lain dan nyawa.

Ahmad Sazali kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun dari tarikh ditangkap pada 3 Julai lalu serta turut menasihatkan tertuduh tidak terlalu mengikut perasaan dan menyelesaikan masalah rumah tangga melalui prosedur yang betul.

“Tak dinafikan ia memang harta kamu tapi banyak implikasi besar boleh berlaku atas tindakan kamu. Ikut sangat rasa, binasalah. Jangan menganggap salah jika bakar harta orang lain dan tak salah bakar harta sendiri.

“Dalam undang-undang, jika bakar sahaja bangunan sehingga boleh menyebabkan kemusnahan satu-satu tempat tak kira kediaman, pejabat atau rumah ibadah…semuanya adalah salah,” katanya.- Sinar Harian
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,719
Reaction score
1,408
Points
201
bakar harta sendiri pun salah ye
Aik x kasi alasan ada tanggungan atau bertindak luar akal fikiran ka? Patut hakim kasi hukuman ringan je biasa.. langgar mati org pon lagi ringan hukuman sebelum ni
 

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,489
Reaction score
893
Points
171
bila2 pun aku suka kome mcm ni..

Penagih cari barang JUMPA.
Polis cari penjual TAK JUMPA.. :D :D :D :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register