BTC USD 48,979.4 Gold USD 1,785.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mengambil Mata Mayat Orang Islam Adakah Harus Atau Haram

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
Majlis menimbangkan kertas mesyuarat bil. 3/6/1/66 yang di antara lain mengandungi butir-butir keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Syariah yang bersidang pada 5 Jun 1966, maka dengan sebab Jawatankuasa Syariah tidak membuat keputusan sama ada harus atau tidak mata orang-orang yang telah mati itu boleh diambil meskipun diberi kebenaran sebelum ianya mati (pendapat ahli-ahli Jawatankuasa Syariah itu dua berlawan dua) dan juga didapati Sahibus Samahah Tuan Mufti sebagai pengerusi Jawatankuasa itu tidak memberi pendapatnya, maka majlis telah pinta (tuan Mufti memberi pendapatnya. Pendapat Tuan Mufti adalah seperti berikut:)

Harus diambil mata orang-orang yang telah mati sekiranya orang-orang itu memberi persetujuan mereka sebelum mereka itu mati untuk faedah-faedah seperti yang terkandung di dalam surat Kementerian Kesihatan bil. KK 11031(50) bertarikh 6 November 1965, alasannya di antara lain-lain adalah seperti berikut:

(1) Dua masalah yang berbangkit berhubung dengan perkara di atas itu iaitu:

(a), (b) di bawah para 2, dan tujuan di bawah para 3, di dalam salinan surat bilangan (50) dalam KK 11031 bertarikh 6 November 1965 itu.

Berhubung dengan masalah itu saya belum ada menemui satu-satu keterangan atau nas-nas agama ada menegah atau mengharuskan. Maka dengan sendirinya masalah itu termasuk ke dalam masalah ijtihad.

Maka memandangkan kepada tujuan-tujuan yang disebutkan itu sangatlah baik dan berfaedah bagi kehidupan seseorang manusia dan lagi pada segi kemanusiaan amatlah bermakna memberi pertolongan kepada sesama manusia bagi memperbaiki satu anggota yang amat mustahak kepadanya yang telah cacat.

(2) Memberi pertolongan dengan cara yang demikian bukanlah bererti menghina atau tidak menghormati kepada simati diambil daripadanya �cornea� itu. Kalaupun ada yang mengatakan perbuatan yang demikian menghina dan satu penyeksaan keatasnya. Tetapi agama mengharuskan kerana tujuan yang lebih besar faedahnya. Maka dengan sebab yang disebutkan itu, maka berpendapat mengambil �cornea� seperti di atas dengan tujuan yang disebutkan itu adalah lulus pada segi syarak, Wallahu A�alam.

Maka dengan pendapat tuan Mufti seperti di atas ini, menurut undang-undang pentadbiran Agama Islam 1963, fasal ( ) (3) 7 bermaknalah Jawatankuasa Syariah mengharuskan diambil mata orang-orang yang telah mati sekiranya mereka itu memberi persetujuannya sebelum mereka itu mati.

Majlis berbahas dengan panjang lebar di atas keputusan Jawatankuasa Syariah seperti dalam (2) di atas ini dengan beberapa orang ahli memberi pendapat-pendapat mereka yang berlandaskan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw dan pada akhirnya didapati 8 orang ahli mengharuskan dan 5 orang ahli tidak mengharuskan. Maka mengikut suara yang terbanyak majlis mengesahkan keputusan Jawatankuasa Syariah seperti di dalam (2) di atas.
 
Sponsored Post

qba437

CG Top Poster Club
Messages
32,537
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
bagaimana kalu kita menggunakan milik orang kafir..paling senang sebagai contoh ialah darah..apa hukumnya?
 

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
bagaimana kalu kita menggunakan milik orang kafir..paling senang sebagai contoh ialah darah..apa hukumnya?

Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya

Keputusan :

i. Menderma darah hukumnya harus.

ii. Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam.

iii. Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah tidak digalakkan.
 

tokmat™

CG Top Poster Club
Messages
33,932
Paid Membership
Joined
Dec 23, 2005
Messages
33,932
Reaction score
277
Points
136
bagaimana kalu kita menggunakan milik orang kafir..paling senang sebagai contoh ialah darah..apa hukumnya?
bab ni memang rumit sikit....
kita sebagai penerima darah baru ni memang tidak dapat mengetahui milik siapakah darah tersebut.....
sebenarnya darah yg bakal masuk ke dalam badan kita ni sedikit sebanyak mampu mempengaruhi perwatakan kita selepas itu......
apa pun, kita sebagai penerima darah ni, kenalah akur dengan darah yg dibekalkan....
ia dah kira darurat.... :)
 

akuslamberjer

Super Active Member
Messages
5,287
Joined
Jan 5, 2008
Messages
5,287
Reaction score
103
Points
73
Setuju...bila jelas faedah kebaikan..

Bab darah pun aku rasa cam sama gak..bukannya suka2 nak tukar darah..tetapi atas masa tu terdesak untuk berubat..

Wallahualam..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,885
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,885
Reaction score
22,059
Points
1,671
bagaimana kalu kita menggunakan milik orang kafir..paling senang sebagai contoh ialah darah..apa hukumnya?
kita manusia sama je bro..agama ngan amalan yg bezakan..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register