masida
Fun Poster
- Joined
- Aug 2, 2007
- Messages
- 517
- Reaction score
- 46
- Points
- 20
aku cuma memanjangkan....semoga kita semua beringat2!
Minta kebenaran untuk sebarkan mesej ni,
Beberapa hari lepas, rakan saya telah menerima satu sms dari no. telephone +7393340869 yang berbunyi :-
Ambank Pelanggan yang dihormati, Pd 5/*/08 anda telah belanja credit card anda di IOI Mall sbyk RM4966, kod belanja : CH87***, sila urus byrn dgn cepat. tel:03-79520900.
kerana gelabah, dan rakan saya memang tidak pernah mempunyai kad kredit, rakan saya terus menghubungi nombor berkenaan. Kemudian kedengaran satu suara menjawab yang mengatakan beliau adalah dari Ambank. Beliau berpura-pura menyemak sesuatu dan kemudian mengatakan bahawa, satu kad kredit telah digunakan dengan menggunakan nama rakan saya tadi, yang beralamat di Meru, Kelang. bagi meyakinkan telah berlaku kebocoran maklumat. Pihak kononnya dari Ambank tadi menyarankan saya menelefon Bank Negara dengan no. 03-79661004.
Bila rakan saya menelefon no tadi, seseorang telah menjawab kononnya dari Pusat Pemalsuan Kad Kredit. Beliau terus meminta rakan saya membuat laporan ke Bank Negara dengan no laporan **********(sebenarn ya laporan tipu). Beliau meminta rakan saya menginsurankan semua wangnya yang ada di bank-bank seluruh Malaysia dengan cara memindahkan semua wang ke satu no akaun lain.
Rakan saya terus ke ATM terdekat, dan menunggu panggilan dari (kononnya) seorang juruteknik Bank Negara yang akan mengajar cara-cara memindahkan wang tersebut. (Mujurlah rakan saya telah memindahkan sebahagian besar wangnya dari akaun bank ******** ke T***** H*** beberapa hari sebelum kejadian. Jadi, apabila panggilan dibuat, dan juruteknik tadi pun mengajar cara memindahkan wang ke akuan seorang pelanggan Ambank bernombor, 0170024015522, sebanyak RM1000 telah dipindahkan ke akaun tersebut. Kalau nak tahu, siapa pemilik akaun tersebut, sila ke mesin deposit AmBank, dan masukkan no akaun tersebut, dan akan terpaparlah namanya.
Menurut juruteknik tadi, pihak Bank Negara akan menyiasat dalam masa 72 jam. Jadi, rakan saya tunggulah sampai 3 hari Bila rakan saya menceritakan hal ini kepada saya, saya terus menelefon Customer Service Ambank. Pihak bank mengatakan tiada akaun kad kredit atas nama rakan saya tadi. Dan pihak AmBank juga mengatakan telah ramai yang tertipu dengan cara ini. SMS ini akan diahantar pada waktu petang, untuk mengelakkan orang yang ditipu tidak merujuk kepada Bank. Bila transfer duit telah dilakukan, pihak bank Ambank pun tak dapat buat apa-apa lagi.
Saya membuat kesimpulan, bahawa rakan saya telah ditipu. dengan penuh sempurna sekali.
Kepada pembaca-pembaca, janganlah percaya kepada mana-mana sms yang caranya seperti di atas. Untuk pengesahan sila telefon Customer Service Bank anda, jangan telefon nombor yang tertera pada sms tersebut.