Mencari Pelabur : Stall Tauhu Bakar/Cakoi Bakar/Cakoi Kahwin

CG Sponsors




cre8tive

Legendary Member
Joined
Oct 14, 2008
Messages
17,158
Reaction score
613
Points
161
Saya hanya akan follow kalau TT sudi buat agreement dgn lawyer.
kalau dgn lawyer mungkin ada fee nya. nanti kos meningkat. kalau mati setem tu oklah.
 
Sponsored Post

evit

Fun Poster
Joined
May 1, 2012
Messages
208
Reaction score
3
Points
15
TT dan pernah test market ke kat tmpat yg mahu mulakan perniagaan tu?tak byk sgt ke start trs buat 5 stall? just curious...huhu
 

Demam Getah

Active Member
Joined
Jul 9, 2012
Messages
1,869
Reaction score
3
Points
25
Bismillahhirrahmannirrahim..
Assalamualaikum..

saya nak buka stall jual tauhu bakar/cakoi bakar/cakoi kahwin di seremban. siapa org johor taulah makanan yg saya nak jual ni sbb kat johor agak femes. setakat yg saya pernah makan di seremban, mmg xsama rasanya dgn yg bole didapati di johor dr segi tauhu & kuahnya. adalah agak kurang bijak saya b'ulang-alik seremban - JB utk ambil bekalan utk jualan di 1 stall sahaja. :D

oleh yg demikian, saya b'cadang nak tambah lokasi stall m'jadi 6 kesemuanya utk menyerap kos pengangkutan sbb kos pengangkutan ambil utk 1 stall = kos pengangkutan ambil utk 6 stall, betul x? (saya ambil sendiri di JB)

lokasi yg m'jadi keutamaan utk saya buka stall ialah:
1. seremban (2)
2. nilai (2)
3. sepang (2)

buat permulaan saya nak buka 6 stall sahaja. saya sendiri nak buka 1 stall di seremban, lagi 5 saya mencari pelabur utk menyumbang modal utk saya b'operasi di lokasi lain yang dinyatakan.

modal utk 1 stall ialah RM800 sahaja. bermakna saya perlu'n RM4000 utk 5 stall. untuk permulaan pelabur dihad'n kepada 5 orang SAHAJA..tak nak lebih sbb takut tak boleh nak handle. kalau dah siap stall, saya akan buka peluang niaga kepada org lain especially keluarga b'pendapatan rendah di kawasan yg saya nak buka tu utk m'bantu ekonomi mereka. maknanya pelabur hanya beri modal, yg meniaga org lain. "yang senang menolong yang susah". :)

RINGKASAN PROJEK
jenis perniagaan : makanan (tauhu bakar/cakoi bakar/cakoi kahwin)
lokasi : seremban - 2, nilai - 2, sepang - 2
tarikh sasaran bermula : 1 oktober 2012
modal yang diperlukan : RM800/stall (5 stall = RM4000)
cadangan pembayaran kepada pelabur :
- RM200 (1 november 2012)
- RM300 (1 disember 2012)
- RM300 (1 januari 2013)
kelebihan kepada pelabur :
- modal asal RM800 (3X bayar)
- perkongsian keuntungan utk 3 bulan (1 januari 2013, 1 februari 2013 & 1 mac 2013)
- perkongsian keuntungan utk projek katering (jika pelabur dapat'n pelanggan)

itulah serba sikit penerangan ringkas dari saya. perkongsian keuntungan b'dasar'n persetujuan kedua belah pihak & sebab b'mula dari bulan januari 2013 ialah kerana kalau sy bg mula bln oktober 2012, perniagaan baru nak pick-up & untung mungkin kecil sahaja. kita tunggu pelanggan dah b'tambah insyaAllah baru dikira perkongsian keuntungan, dapatlah lebih sikit utk pelabur. :)

SAYA TIDAK TERIMA MANA-MANA URUSAN YANG MELIBATKAN RIBA! MODAL PELABUR AKAN DIBAYAR SEMULA DENGAN SAMA NILAI & PERKONGSIAN KEUNTUNGAN BERDASARKAN % YANG DIPERSETUJUI KEDUA PIHAK!

perjanjian boleh dibuat di antara saya & pelabur. kalau pelabur luar dari lokasi mungkin rugi sikit sbb jauh nak dtg mkn. pelabur yg dekat bolehlah datang mkn, boleh jer dpt diskaun.

kalau minat boleh maklumkan pd saya. PELUANG HANYA DIBUKA KEPADA 5 ORANG PELABUR SAHAJA! jika ada apa2 kemusykilan boleh b'hubung dgn saya. insyaAllah kalau berjaya, byk lagi stall akan dibuka & pelabur awal akan diberi peluang lain jika b'minat.

:)cgrock
Terbaik TT...teruskan usaha...:)cgrock
 

kelicap

Active+ Member
Joined
Feb 7, 2011
Messages
3,562
Reaction score
143
Points
33
Salam tt.
Dalam perniagaan tidak perlu ramai sampai LIMA orang.
Lima orang melayu punya ragam, macam 50 orang tau..mcm org tua kita pernah buat kiasan, lebih baik bela lembu sekandang, daripada menjaga/membela anak dara seorang.
Kalau tt ambil pelabur sampai LIMA orang, kompom tt muntah hijau melayan kerenah mereka ni.
Contoh dah ada, belum apa apa dah sibuk nak minta aggrement ngan lawyer, mcm ler nak melabur LAPAN JUTA RINGGIT.

Nampak tak..?? Kat situ kita dah boleh baca perangai orang ni mcm mana..
TT..Nanti kita jumpa ya..kita jadi rakan kongsi..biar kita buat business ni berdua jer..
Berdua lagi senang, kalau saya tipu, tt sekeh kepala saya, kalau tt tipu saya sekeh kepala tt. Mudah jer.
Kalau LIMA orang, payah nak sekeh sampai LIMA kepala..
Nanti saya turun seremban, kita jumpa ya..kita mesyuarat empat mata..
Kalau mesyuarat 20 mata payah..bukan senang nak puaskan hati LIMA orang ni..

Terima kasih.
 

asraf_00

Fun Poster
Joined
Apr 3, 2009
Messages
198
Reaction score
1
Points
15
salam..bro seremban kat mane? den pun dok somban..kek tmn ampangan je..mgkin leh jmpa nnt
 

cre8tive

Legendary Member
Joined
Oct 14, 2008
Messages
17,158
Reaction score
613
Points
161
TT dan pernah test market ke kat tmpat yg mahu mulakan perniagaan tu?tak byk sgt ke start trs buat 5 stall? just curious...huhu
belum test market. cuma di lokasi yg dinyata'n hampir tiada org yg jual apa yg saya nak jual ni. kalau ada jual pun, sorry to say resepi mereka agak kurang "ummphhhhh". sbb tu saya sendiri akan ulang-alik JB utk ambil bekalan tauhu khas utk tujuan buat tauhu bakar. siapa org JB taulah mcm mana saiz tauhu bakar & rasa kuahnya tu. meleleh air liur bebbbbb #:-S

apa yg peniaga sedia ada jual ialah mereka guna tauhu yg kecil. tauhu jenis ni agak liat & rasanya kurang enak. belum cerita kuahnya lg.huhuhu insyaAllah apa yg saya cuba ketengah'n ni sama seperti apa yg boleh didapati di JB. org putih ckp "feel like @ home" lah.hehe nak makan tauhu bakar xpayah balik JB. seremban/nilai/sepang pun ada kan..insyaAllah!!

:)cgrock
 
Sponsored Post
Top
Log in Register