Mencari Pelabur : Stall Tauhu Bakar/Cakoi Bakar/Cakoi Kahwin

Recommended Brokers


Latest Threads

cre8tive

Legendary Member
Joined
Oct 14, 2008
Messages
17,125
Reaction score
599
Points
0
Bismillahhirrahmannirrahim..
Assalamualaikum..

saya nak buka stall jual tauhu bakar/cakoi bakar/cakoi kahwin di seremban. siapa org johor taulah makanan yg saya nak jual ni sbb kat johor agak femes. setakat yg saya pernah makan di seremban, mmg xsama rasanya dgn yg bole didapati di johor dr segi tauhu & kuahnya. adalah agak kurang bijak saya b'ulang-alik seremban - JB utk ambil bekalan utk jualan di 1 stall sahaja. :D

oleh yg demikian, saya b'cadang nak tambah lokasi stall m'jadi 6 kesemuanya utk menyerap kos pengangkutan sbb kos pengangkutan ambil utk 1 stall = kos pengangkutan ambil utk 6 stall, betul x? (saya ambil sendiri di JB)

lokasi yg m'jadi keutamaan utk saya buka stall ialah:
1. seremban (2)
2. nilai (2)
3. sepang (2)

buat permulaan saya nak buka 6 stall sahaja. saya sendiri nak buka 1 stall di seremban, lagi 5 saya mencari pelabur utk menyumbang modal utk saya b'operasi di lokasi lain yang dinyatakan.

modal utk 1 stall ialah RM800 sahaja. bermakna saya perlu'n RM4000 utk 5 stall. untuk permulaan pelabur dihad'n kepada 5 orang SAHAJA..tak nak lebih sbb takut tak boleh nak handle. kalau dah siap stall, saya akan buka peluang niaga kepada org lain especially keluarga b'pendapatan rendah di kawasan yg saya nak buka tu utk m'bantu ekonomi mereka. maknanya pelabur hanya beri modal, yg meniaga org lain. "yang senang menolong yang susah". :)

RINGKASAN PROJEK
jenis perniagaan : makanan (tauhu bakar/cakoi bakar/cakoi kahwin)
lokasi : seremban - 2, nilai - 2, sepang - 2
tarikh sasaran bermula : 1 oktober 2012
modal yang diperlukan : RM800/stall (5 stall = RM4000)
cadangan pembayaran kepada pelabur :
- RM200 (1 november 2012)
- RM300 (1 disember 2012)
- RM300 (1 januari 2013)
kelebihan kepada pelabur :
- modal asal RM800 (3X bayar)
- perkongsian keuntungan utk 3 bulan (1 januari 2013, 1 februari 2013 & 1 mac 2013)
- perkongsian keuntungan utk projek katering (jika pelabur dapat'n pelanggan)

itulah serba sikit penerangan ringkas dari saya. perkongsian keuntungan b'dasar'n persetujuan kedua belah pihak & sebab b'mula dari bulan januari 2013 ialah kerana kalau sy bg mula bln oktober 2012, perniagaan baru nak pick-up & untung mungkin kecil sahaja. kita tunggu pelanggan dah b'tambah insyaAllah baru dikira perkongsian keuntungan, dapatlah lebih sikit utk pelabur. :)

SAYA TIDAK TERIMA MANA-MANA URUSAN YANG MELIBATKAN RIBA! MODAL PELABUR AKAN DIBAYAR SEMULA DENGAN SAMA NILAI & PERKONGSIAN KEUNTUNGAN BERDASARKAN % YANG DIPERSETUJUI KEDUA PIHAK!

perjanjian boleh dibuat di antara saya & pelabur. kalau pelabur luar dari lokasi mungkin rugi sikit sbb jauh nak dtg mkn. pelabur yg dekat bolehlah datang mkn, boleh jer dpt diskaun.

kalau minat boleh maklumkan pd saya. PELUANG HANYA DIBUKA KEPADA 5 ORANG PELABUR SAHAJA! jika ada apa2 kemusykilan boleh b'hubung dgn saya. insyaAllah kalau berjaya, byk lagi stall akan dibuka & pelabur awal akan diberi peluang lain jika b'minat.

:)cgrock
 
Sponsored Post

RajaDiamond

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 30, 2008
Messages
5,688
Reaction score
8
Points
0
TT KENA TUNJUK IC, ALAMAT RUMAH, FB DULU... ramai yg scam skrg...
 

ihw666

Super Active Member
Joined
Mar 27, 2010
Messages
6,061
Reaction score
23
Points
43
tt ni yang jual canvas tu..

baik juga nampak nya nih...
 

cre8tive

Legendary Member
Joined
Oct 14, 2008
Messages
17,125
Reaction score
599
Points
0
tak setuju.
jumpa depan-depan lebih elok.
insyaAllah saya akan tetap'n 1 hari utk beberapa org yg minat utk hadir ke rumah saya. insyaAllah akan dijamu dgn tauhu bakar/cakoi bakar/cakoi kahwin. tuan juga akan dijemput. xbolelah ramai, sesak rumah kecik saya ni nnt.

:)cgrock
 
Sponsored Post
Top
Log in Register