BTC USD 61,955.5 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Menara Taming Sari Rosak (Melaka) baru 6 bulan siap

steveorlando79

Active+ Member
Messages
3,880
Joined
Jul 8, 2007
Messages
3,880
Reaction score
56
Points
30
Rosak: Taming Sari jawab PAS
Jimadie Shah Othman | Nov 4, 08 6:53pm
kemaskini Pengurusan Menara Taming Sari menafikan mercu tanda terbaru Melaka bernilai RM23 juta itu mengalami kerosakan menyebabkan operasinya terpaksa dihentikan beberapa kali.

Sebaliknya penutupan menara itu, kali terakhir 29 dan 30 Oktober lalu, didakwa sebahagian "prosedur biasa penyelenggaraan bangunan" untuk memastikannya dapat beroperasi dengan baik.

"Setiap tiga kali sebulan kita buat penyelenggaraan penuh bangunan. Perkara ini merupakan prosedur biasa," kata pengurus pemasaran dan jualannya Mohd Husni Husin.

Seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi memberitahu Malaysiakini, anaknya yang ingin melawat menara itu Rabu lalu tidak dapat menaiki menara itu.

menara taming sari melaka malaccaApabila beliau membuat panggilan kepada Menara Taming Sari sehari selepas itu, seorang pekerja memberitahunya rosak, kata pensyarah itu lagi yang enggan mendedahkan identitinya.

Khamis lalu, ketua penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab menimbulkan persoalan kenapa menara yang baru berumur enam bulan "sudah beberapa kali ditutup."

"Dakwaan sahabat saya ini bukannya tuduhan atau tohmahan tetapi ia dibuktikan apabila beliau menelefon pihak pengurusan menara tentang statusnya hari ini (30 Oktober).

"Pihak pengurusan menara memaklumkan memang benar menara tersebut rosak hari ini," kata Sofi di blog peribadinya mutaligat.blogspot.com.

Tambahnya, beliau bimbang berlaku kerosakan akibat pembinaannya tidak memenuhi spesifikasi pembinaan yang sepatutnya.

Ekoran itu, beliau menggesa Badan Pencegah Rasuah (BPR) membuat siasatan menyeluruh terhadap menara di Bandar Hilir itu melibatkan proses pemberian tender, penilaian sebut harga, kos, barangan yang digunakan, kompetensi pekerja, struktur pembinaannya dan kelulusannya.

"Jika terdapat unsur-unsur penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, saya harap orang-orang yang terlibat mesti dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan," katanya.

Sofi (foto kiri) turut mendakwa projek pembinaan menara itu "menghanguskan duit rakyat".

sofi wahab mmuta ligat"Apabila rosak maka tiadalah pendapatan. Siapa yang rugi? Sudahlah ia suatu pembinaan yang membazir, ditambah pula dengan keadaaannya yang selalu rosak," coretannya dipetik.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Husni berkata dakwaan PAS Melaka itu tidak betul.

Beliau menafikan kakitangan Menara Taming Sari pernah membuat kenyataan bahawa menara itu rosak.

"Saya kecewa pihak yang mendakwa tidak menghubungi saya (untuk bertanyakan hal sebenar).

"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu dan tidak pernah melatih pekerja-pekerja mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya.

Menurut Mohd Husni, tahun ini, menara itu membuat pemeriksaan penyelenggaraan bangunan mengikut jadual yang ditetapkan pada Mei, Ogos dan bulan lalu.

Setiap kali pemeriksaan, tambahnya, ia mengambil masa antara sehari hingga dua hari.

Beliau juga berkata, sejak beroperasi pada 18 April lalu, bangunan itu tidak pernah mengalami kerosakan.

"Kita memanfaatkan teknologi sebuah syarikat daripada Switzerland, Ride Parade yang berpuluh-puluh tahun membina menara.

Mohd Husni berkata, teknologi yang digunakan dalam membina menara ini lebih canggih daripada menara berputar di Singapura dan mempunyai jaminan Ride Trade selama setahun.

Beliau turut menafikan projek itu merupakan satu pembaziran.

Sejak beroperasi, tidak sampai setahun, menara itu berjaya menarik 300,000 pengunjung dengan kutipan RM2.5 juta.

Dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam, ia mengenakan tiket berharga RM20 seorang untuk dewasa, RM10 kanak-kanak dan RM17 warga emas.

Warganegara Malaysia diberikan potongan 50 peratus.

Beliau juga mendakwa tidak pernah mendapat rungutan pelawat berhubung kerosakan.

Menara setinggi 110 meter satu-satunya menara berputar menggunakan konsep gyro (kabin berputar dari bawah ke atas) di Malaysia.

Ia diuruskan oleh Melaka Taming Sari Sdn Bhd, anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Melaka.

Dibina sejak Ogos 2006 hasil cetusan idea ketua menterinya Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam, menara ini dirancang untuk dibina di tebing Sungai Melaka tetapi diubah ke Bandar Hilir berikutan penemuan artifak Tembok Kota Melaka di tapak asal.

Ia boleh memuatkan 66 penumpang pada satu-satu masa dan pada ketingggian 80 meter, pelawat boleh menikmati permandangan beberapa tempat menarik di negeri itu seperti Bandar Melaka, Dataran Pahlawan, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Jonker Street, Pulau Besar, Sungai Melaka dan Selat Melaka.

Malaysiakini.

Aku taka caya menara ni betul2 selamat selagi tak namapak Ali Rutam panjat menara ni lebih 30 minit kat TV3. Cepat Rustam kang kena kecam:eek::eek::eek:
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register