BTC USD 26,918.8 Gold USD 1,977.59
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Memorial Dalam Talian Di Lancar Bagi Mengenang Korban Covid-19

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
16.09.2021 - Kuala Lumpur, Setakat ini sudah lebih 22,000 kematian akibat pandemik Covid-19 telah dilaporkan dan ia dijangka terus meningkat pada masa akan datang. Bagi mengenang setiap mangsa yang terkorban akibat wabak yang berbahaya ini, sekumpulan sukarelawan melancarkan memorial dalam talian dengan nama Memorial Covid-19 Malaysia.

"Data diambil dan dikumpul melalui berita yang dilaporkan media tempatan serta hantaran awam di media sosial. Selain itu, memorial ini memperoleh data daripada perkongsian waris atau keluarga arwah/mendiang melalui laman web yang dihebahkan mulai 31 Ogos lalu. Selain menyiarkan gambar dan sedikit info mengenai arwah/mendiang, kami juga membuka ruang kepada semua orang untuk meninggalkan komen dan berkongsi cerita bersama arwah/mendiang di memorial arwah/mendiang," menurut kumpulan yang mengusahakan laman itu, dalam kenyataan semalam.

Laman web Memorial Covid-19 Malaysia dilancarkan pada pukul 10 pagi, hari ini. Menurut kenyataan itu, terdapat sekitar 300 memorial semasa setakat ia dilancarkan. Selain mengajak orang ramai untuk berkongsi cerita berkenaan orang tersayang yang terkorban, laman itu juga menetapkan tarikh 19 haribulan pada setiap bulan sebagai hari peringatan kepada mangsa Covid-19.

"Kami mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk turut berkongsi cerita bersama orang tersayang pada tanggal ini melalui media sosial masing- masing dengan menggunakan #c19memorialmy dan mention/tag covid19memorialmy. Diharapkan memorial ini dapat dijadikan satu simbol ingatan berkekalan kepada setiap individu yang meninggalkan kita akibat pandemik ini. Jumlah 21,000 itu bukan sekadar angka yang diumumkan dari hari ke hari, tetapi setiap satu daripadanya ialah individu disayangi dan pemergiannya akan dikenang selamanya," kata kumpulan itu.

Untuk memastikan laman web dapat diakses oleh sebanyak mungkin orang, mereka juga bekerjasama dengan kumpulan orang kurang upaya (OKU), Bolehspace bagi memastikan reka bentuk laman web mesra kalangan disleksia dan buta warna, serta mudah digunakan untuk golongan dengan masalah penglihatan. Laman web ini dibangunkan oleh sekumpulan 22 sukarelawan yang tidak pernah bertemu secara fizikal. Projek ini dimulakan ketika wartawan Malaysiakini, Aidila Razak membuat satu ciapan di Twitter pada 6 Ogos lalu, menyuarakan idea untuk mewujudkan memorial bagi mangsa korban Covid-19.

Ketika itu, angka korban Covid-19 mencecah 10,000 orang. Lebih daripada 12 orang individu daripada pelbagai lapangan dan kepakaran telah turut serta ketika perbincangan sulung diadakan secara dalam talian pada 10 Ogos lalu. Menurut data Kementerian Kesihatan, terdapat 22,010 kematian disahkan akibat Covid-19 setakat ini. Korban pertama adalah seorang lelaki berusia 34 tahun di Johor yang disahkan positif pada 12 Mac 2020. Dia meninggal dunia lima hari kemudian, iaitu pada 17 Mac 2020.

Korban terbaru yang dikenal pasti setakat ini adalah lima pesakit yang meninggal dunia semalam - dua wanita berusia 67 tahun di Johor dan Perak, lelaki 76 tahun di Perak, wanita 66 tahun juga di Perak, serta lelaki 68 tahun di Selangor.​

1631776325794.png
 
Sponsored Post

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,958
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
30,958
Reaction score
5,623
Points
486
Awards
1
punya la bersungguh2 nak jaga privasi org yg meninggal gara2 kobid. senang2 je kita nak "viral" kematian org yg kita kenal tu.

ni namanya "pasif viral" .

untung atas angin je website mcm ni.
Setuju
Tapi kalau persetujuan waris xde masalah
Cuma yg ambik dari sumber bukan waris, silap2 boleh kene saman
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
Laman Web "Memorial Covid-19 Malaysia" Di Bangunkan Kenang Mangsa Terkorban

17.09.2020 - Kuala Lumpur, Sebuah laman web dikenali sebagai ‘Memorial Covid-19 Malaysia’ dibangunkan bagi mengenang dan menghormati individu yang terkorban akibat Covid-19. Inisiatif oleh sekumpulan sukarelawan terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama itu boleh dilayari menerusi http://c19memorial.my dan ia menyiarkan gambar dan info mengenai arwah atau mendiang yang diperoleh daripada perkongsian waris atau keluarga mangsa melalui laman web yang dihebahkan mulai 31 Ogos lepas.

“Data juga diambil dan dikumpul melalui berita yang dilaporkan media tempatan serta status posting awam di media sosial. Selain itu, laman web ini juga menyediakan rujukan bantuan bagi kesihatan mental serta pautan kepada agensi-agensi yang menawarkan bantuan menghadapi pandemik ini. Justeru, tanggal 19 hari bulan setiap bulan ditetapkan sebagai hari peringati mangsa Covid-19,” jelas Pasukan sukarelawan berkenaan dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, inisiatif bagi membangunkan laman web berkenaan bermula daripada satu tweet pemilik akaun twitter Aidila Razak pada 6 Ogos lepas yang menyuarakan idea membangunkan memorial bagi angka kematian Covid-19 yang ketika itu mencecah 10,000 orang.

“Lebih daripada 12 orang individu menawarkan diri dan perbincangan pertama kali diadakan secara dalam talian pada 10 Ogos lepas. Meskipun baharu berkenalan, namun perbincangan dan kerjasama sepanjang pembangunan memorial berjalan lancar kerana setiap sukarelawan yang terlibat bersemangat tinggi dan mempunyai sesuatu yang boleh ditawarkan sama ada kemahiran dalam aspek teknikal pembangunan laman web, reka bentuk grafik, pengumpulan data, penulisan, terjemahan dan editorial, serta pengurusan media sosial,” kata pasukan sukarelawan itu.

Pembangunan laman web tersebut turut mendapat khidmat nasihat daripada Bolehspace iaitu satu kumpulan yang aktif memperjuangkan isu kebolehcapaian yang saksama kepada golongan Orang Kurang Upaya.

“Kami berusaha sedaya upaya supaya laman web ini dapat diakses semua golongan. Hasilnya, memorial ini berjaya menawarkan pilihan paparan mesra disleksia, teks alternatif serta penetapan paparan yang sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah penglihatan,” menurut pasukan itu.

Rakyat Malaysia juga dialu-alukan berkongsi cerita bersama orang tersayang pada tanggal ini melalui media sosial masing-masing dengan menggunakan #c19memorialmy dan tag covid19memorialmy.

Sebarang komen dan penambahbaikan boleh dihantar kepada pihaknya menerusi e-mel di [email protected].
1631869605487.png

 
Sponsored Post

Top
Log in Register