BTC USD 62,132.0 Gold USD 1,768.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

[MEMALUKAN] Politweet Tak Iktiraf Rekod Twitter #55Merdeka Malaysia

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,851
Points
191
tweeter.jpg

‘Klon’ rosakkan rekod Twitter #55Merdeka Malaysia, kata firma penyelidikan

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Malaysia mungkin sudah mencipta rekod dalam laman sosial Twitter minggu lalu jika ‘klon’ tidak digunakan untuk menutup angka sebenar tweet yang dihantar, kata firma penyelidikan sosial media bebas.

Politweet.org menegaskan dalam laporannya semalam, merujuk hashtag #Merdeka55 - walaupun Putrajaya mendakwa rakyat Malaysia telah melepasi paras 3.6 juta tweet hanya dalam satu jam pada 31 Ogos, tidak ada pihak ketiga lain mengesahkan pengisytiharan ini sebagai benar.

“Dengan andaian angka tersebut benar, tidak mustahil angka 3.6 juta tweet adalah rekod dunia,” kata firma tersebut dalam laporan mereka.

“Akan tetapi, Twitter tidak membuat apa-apa pengumuman di laman blog mereka tentang #Merdeka 55.

“Tidak ada juga mana-mana laman web pengesanan yang menyebut tentang rekod #Merdeka55,” tambah mereka lagi.

“Tanpa pengesahan daripada pihak ketiga, angka 3.6 juta tweet meragukan,” kata Politweet.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim telah mengisytiharkan pada 31 Ogos, sambutan ulangtahun Merdeka Malaysia yang ke 55 minggu lepas, 3,611,323 juta tweet dicatatkan pada 8.15 hingga 9.15 malam seluruh negara untuk akaun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, @NajibRazak, mengandungi pelbagai mesej yang bertemakan kemerdekaan, semasa perhimpunan "Janji Ditepati" di Stadium Bukit Jalil.

sumber
 
Sponsored Post

malayleaks

Active Member
Joined
Jan 1, 2011
Messages
2,418
Reaction score
14
Points
25
Syiok sendiri jer Rais Yatim nie....saja nak sedapkan hati Najib yang dah dub dab dub dab tuh.

Kalau berani kata TWEET tuh betul,mai laa jemput wakil Malaysia Guinness Book of Record untuk sahkan.

Ada berani ke Rais Yatim?

P.S.Teringat kisah "Jambatan yang kubakar" oleh Rais Yatim masa dalam Semnagat 46 dulu.
 

Mad_Hatter

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2011
Messages
9,822
Reaction score
1,510
Points
151
Pakai bot. Nak Iktiraf camne. Ada berlambak bot kat Forum Black Hat. Tak susah pun nak tipu.
 

renxu

Super Active Member
Joined
Aug 6, 2008
Messages
6,634
Reaction score
213
Points
73
:)) semakin nampak kebuduhan puak2 ni:))
 

faisal_moukei

Active+ Member
Joined
May 17, 2010
Messages
3,928
Reaction score
50
Points
30
Salaam,...

3.6 Juta tweet tu boleh jadi rekod dunia, beb...
Len kali nak menipu, beragak² lah..
:))

yg mencari ilmu
faisal_moukei
 

none

Super Active Member
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,227
Reaction score
332
Points
91
Syiok sendiri jer Rais Yatim nie....saja nak sedapkan hati Najib yang dah dub dab dub dab tuh.

Kalau berani kata TWEET tuh betul,mai laa jemput wakil Malaysia Guinness Book of Record untuk sahkan.

Ada berani ke Rais Yatim?

P.S.Teringat kisah "Jambatan yang kubakar" oleh Rais Yatim masa dalam Semnagat 46 dulu.

Aku sama bro...terbayang gak jambatan yg dibakar oleh rais ni..
dia antara individu yg diharap membawa perubahan masa itu...
namun begitu...Alhamdulillah, dapat kita mengenali rais yg sebenar..
rais yatim...oh..rais yatim...
 

peija06

Super Active Member
Joined
Feb 19, 2007
Messages
6,506
Reaction score
78
Points
70
ada baiknya jgk rais tifoo boddo mcm ni,
rais cuma nak suh pm cpat2 umumkan PRU13 je..:((
 

yinbyungheon

CG Top Poster Club
Joined
Jul 12, 2006
Messages
36,821
Reaction score
856
Points
161
kahkahkah

ni la masalahnye...bila PERASUAH, PEROGOL jadi pemimpin...nak menipu guna ICT x pandai...pandai guna TV, Radio dan paper jee...kahkahkah

org dah pakai IPAD dia baru pakai ATUR...kahkahkah
 

joqar

Fun Poster
Joined
Aug 14, 2009
Messages
160
Reaction score
0
Points
10
nma sy podah...so poooo dahhh 3juta..dalam mimpi najib kot..:eek:
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register