BTC USD 97,075.9 Gold USD 2,884.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Memalukan Bila Berkali-Kali Di Landa Banjir, Kata Pemuda PAS Selangor

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
65,206
Top Poster #4
Joined
Nov 23, 2012
Messages
65,206
Reaction score
7,159
Points
916
Awards
1
07.10.2024 - Pemuda PAS Selangor mengecam kerajaan negeri itu kerana didakwa masih gagal menguruskan masalah banjir yang berulang kali melanda walaupun sudah mendapat peruntukan yang tinggi. Ketuanya Mohamed Sukri Omar mendakwa penduduk Selangor memang sudah jemu melihat kegagalan kerajaan negeri itu menguruskan krisis tersebut.

"Untuk makluman, Selangor adalah antara penerima peruntukan tebatan banjir yang tertinggi. Pada 2022, perdana menteri ketika itu Ismail Sabri Yaakob mengumumkan RM6.3 bilion bagi projek tebatan banjir. Pada 2023 pula, Anwar Ibrahim mengumumkan RM1.1 billion untuk projek tebatan banjir untuk negeri Selangor," katanya dalam kenyataan semalam.

Beberapa kawasan di tiga daerah dalam Selangor dinaiki air tiga hari lalu dan menyaksikan hampir 2,000 orang berlinding di pusat pemindahan sementara (PPS). Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, tiga daerah yang terbabit dengan banjir itu ialah Gombak, Shah Alam dan Kuala Selangor. Mohamed Sukri berkata sangat memalukan apabila Selangor terus berdepan dengan masalah banjir sedangkan negeri itu dianggap paling maju di ngeara ini. Selangor juga, katanya, menjadi penyumbang Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) namun negeri tersebut terus dibelenggu masalah banjir.

"Tidak mustahil Selangor sudah tidak digemari oleh pelabur kerana isu banjir yang sering melanda. Ini dapat dilihat pada 2022 Selangor berada di tangga kedua dalam menerima pelaburan asing bagi sektor pembuatan, tetapi kemudian jatuh ke tangga ketiga pada 2023. Bagi suku pertama 2024, Selangor gagal menempatkan diri dalam lima tempat tertinggi," katanya.

Persoalan sekarang, kata Mohamed Sukri, ialah berapakah jumlah peruntukan yang diperlukan oleh Selangor bagi menyelesaikan masalah banjir di negeri itu. Dia juga membangkitkan persoalan bahawa ada kemungkinan kerajaan negeri mengalami isu kompetensi apabila menteri besar dan exconya tidak mampu menguruskan negeri. Seterusnya Pemuda PAS Selangor menyarankan agar Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberikan fokus yang lebih banyak kepada Selangor berbanding Kedah agar masalah tersebut dapat ditangani. Kerajaan Kedah dan menteri besarnya, kata Mohamed Sukri, terbukti berjaya menguruskan negeri itu dengan baik.

"Jangan jadi seperti peribahasa kuman di seberang laut nampak, gajah di pelupuk mata tidak nampak," katanya.
1728275608474.png
 
Sponsored Post

Di Label 'Bodoh Sombong', Pemuda PAS Saran Ganti MB Selangor

08.10.2024 - Selepas dilabel “bodoh sombong” oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Saifuddin Shafi Muhammad ke atas pemimpin PAS kerana mengaitkan banjir di negeri itu dengan pelaburan negeri, sayap pemuda parti negeri itu, hari ini membalas dengan menyarankan agar Amirudin Shari digantikan dengan menteri besar yang baru. Menurut Pengarah Pilihanraya Pemuda PAS Selangor, Kamarul Jamaluddin, langkah menggantikan Amirudin diyakini dapat menyelesaikan isu banjir di negeri itu.

37c25928b1cede988e155df1e672bffb.jpg


“Perkara ini penting kerana kejadian banjir di Selangor kini terlalu kerap berlaku walau hanya hujan biasa. Sampai bila rakyat selangor perlu hidup dalam keadaan cemas dan risau? Mungkin solusi paling tepat adalah menggantikan Amirudin Shari,” katanya dalam atau kenyataan, hari ini.

Semalam, Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar mendakwa di sebalik menerima peruntukan tebatan banjir tertinggi, kerajaan negeri masih gagal menguruskan masalah banjir. Menurutnya, Selangor menerima RM6.3 bilion pada 2022 oleh perdana menteri ketika itu, Ismail Sabri Yaakob manakala Anwar Ibrahim mengumumkan dana RM1.1 bilion bagi projek tebatan banjir pada tahun lalu. Mohamed Sukri berkata sangat memalukan apabila Selangor terus berdepan dengan masalah banjir sedangkan negeri itu dianggap paling maju di negara ini.

4c434367fc45f67b43941bce86984892.jpg


Bagaimanapun kenyataan pemimpin PAS yang mengaitkan banjir di Selangor dengan pelaburan negeri itu disanggah dan disifatkan Saifuddin Shafi sebagai tidak cerdik. Saifuddin Shafi berkata, Selangor mencatatkan pelaburan sebanyak RM12.4 bilion pada suku pertama tahun 2024 iaitu peningkatan sebanyak 66.8 peratus berbanding suku pertama tahun 2023 dengan pelaburan RM7.44 bilion. Berdasarkan laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), katanya nilai pelaburan terbabit menawarkan 8,377 peluang kerja meliputi 363 projek.
184c46922f785b0de24c4767cb7fd03b.jpg

Dia bagaimanapun tidak mengulas secara langsung dakwaan Mohamed Sukri bahawa Selangor gagal menyelesaikan masalah banjir. Bagi Kamarul yang juga ketua pemuda PAS kawasan Selayang, kegagalan menyediakan langkah mitigasi yang berkesan menampakkan kealpaan Amirudin dan Pakatan Harapan (PH) dalam memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat.

“Situasi ini bukan sahaja menggugat kesejahteraan penduduk, malah memberi isyarat awal akan kegagalan mereka di pilihan raya akan datang. Rakyat Selangor masih ingat pada Disember 2021, Selangor dilanda banjir besar yang menjejaskan hampir 80,000 penduduk dan menyebabkan kerugian sebanyak RM6.1 bilion. Namun, tiada perancangan jangka panjang yang ketara untuk mengatasi masalah ini walaupun amaran awal diberikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia,” katanya.

f547c2b1e7f790c1c42220f5f5cc58fb.jpg


Menurut Kamarul, kegagalan tersebut juga jelas menjadi batu nisan pertama PH Selangor yang menatijahkan Perikatan Nasional (PN) kembali merampas 17 kerusi dan mengekalkan lima kerusi atas rekod cemerlang sebelum ini.

“Data menunjukkan bahawa banyak kawasan di Selangor seperti Klang dan Shah Alam kerap dilanda banjir akibat sistem saliran yang tidak memadai. Ini menunjukkan kegagalan kerajaan negeri dalam melabur dan memperbaiki infrastruktur asas, sekaligus menyebabkan keadaan bertambah buruk setiap kali hujan lebat,” katanya.

b27a49eef0fe801b9b0a17732f0a62ae.jpg


Malah, Kamarul mendakwa kawasan separa bandar dan perkampungan seperti Paya Jaras di Sungai Buluh dan Kundang di Selayang juga terus diabaikan. Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan jumlah mangsa banjir di daerah Gombak dan Kuala Selangor pagi ini berkurang kepada 173 orang berbanding 186 malam semalam dan kesemua mereka ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara.

“Dalam bencana banjir baru-baru ini, keculasan exco negeri amat mendukacitakan. Keadaan ini memperlihatkan kurangnya keprihatinan mereka terhadap situasi kritikal rakyat. Kini rakyat semakin sedar, pemimpin PH umpama peribahasa, paku sebatang, kuat bunyi tukul bertalu-talu. Banjir yang terlalu kerap ini mungkin menjadi batu nisan kedua PH yang bakal dihumban rakyat Selangor,” katanya sambil menambah peruntukkan khas perlu segera diluluskan.

37f0d0e60b8f9c6bdf0395075962c41b.jpg


Ini, menurutnya, khusus untuk memperbaiki sistem perparitan dan membina saliran di kawasan-kawasan berisiko tinggi dengan teknologi terkini seperti sistem kawalan banjir bersepadu yang digunakan di negara maju.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/721906
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register