Info Memahami Perbezaan Nama Planet Dalam Bahasa Melayu, Inggeris & Arab

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
20,581
Reaction score
3,413
Points
236
Salah satu persoalan yang unik berkaitan penggunaan bahasa, adalah perbezaan yang wujud dalam penggunaan istilah bagi mewakili badan-badan planet di angkasa.

Ini kerana bagi pengguna bahasa Melayu di Malaysia, tanpa kita sedari - nama-nama planet yang kita gunakan sebenarnya merupakan amalgamasi tiga bahasa serentak, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Arab yang istilanya dipinjam bagi membentuk istilah dalam bahasa Melayu.

Pernahkah anda terfikir mengapa wujudnya perbezaan besar nama-nama planet dalam sistem suria kita ini? Mari kita lihat satu per satu kesemua sembilan badan yang ada.


1. Matahari



Kita semua tahu istilah 'matahari' merujuk kepada bintang besar yang menjadi pusat kepada sistem suria kita.

Istilah matahari yang kita guna dalam bahasa Melayu merupakan gabungan dua istilah iaitu 'mata' dan 'hari', mungkin merujuk kepada bentuk matahari seperti bebola mata semasa waktu panas tengahari. Perkataan 'suria' yang turut sama membawa makna serupa, diambil daripada perkataan 'surya' daripada bahasa Sanskrit.

Dalam bahasa Inggeris, matahari digelarkan 'sun' dicedok daripada istilah proto-Jermanik 'sonne,' sementara dalam bahasa Arab pula matahari disebut sebagai 'shams' atau 'al-shams.'


2. Utarid



Planet yang paling hampir dengan bumi digelarkan Utarid dalam bahasa Melayu, tetapi sebutannya dalam Bahasa Inggeris pula digelarkan 'Mercury'. Pasti ada yang pernah menulis nama planet Utarid sebagai 'Merkuri' dalam bahasa Melayu, kerana mudah untuk kita keliru dengan istilahnya.

Nama 'Mercury' diambil daripada nama Tuhan orang Rom sementara orang Arab pula, selain menggunakan gelaran al-Utarid, turut sama menggunakan gelaran 'al-Katib' atau 'Sang Penulis.'


3. Zuhrah



Dikenali dengan nama 'Venus' dalam bahasa Inggeris berdasarkan kepada kepercayaan orang Rom terhadap Dewi Cinta, nama Zuhrah dalam bahasa Melayu dipinjam daripada istilah Arab 'Al-Zuhara' - yang membawa makna 'sesuatu yang indah dan bercahaya.'


4. Bumi



Secara ringkasnya, nama 'bumi' yang kita guna diambil daripada istilah Sanskrit untuk 'tanah.' Sementara itu, istilah 'earth' pula datang daripada perkataan Jerman kuno 'eorde,' yang besar kemungkinan turut sama memberikan inspirasi kepada orang Arab bagi menamakan bumi sebagai 'ard.'


5. Bulan



Lupakan sebentar sama ada anda percaya atau tidak manusia pernah menjejakkan kaki ke bulan ya! Tahukah anda, apa istilah Arab bagi bulan? Dalam bahasa Arab, bulan digelarkan sebagai 'al-qamar', menjadi nama salah satu surah dalam al-Quran, iaitu surah al-Qamar.

Sama seperti 'al-Shams', istilah 'al-Qamar' tidak mempunyai makna lain selain daripada menjadi istilah terus digunakan untuk merujuk kepada bulan. Sementara itu 'moon' pula merupakan pinjaman istilah dari era Inggeris zaman pertengahan yang ditulis sebagai 'mone.'


6. Marikh



Istilah 'Marikh' merupakan pinjaman istilah Arab secara terus iaitu 'al-Mirrikh' atau al-Merrikh' yang digunakan bagi mewakili planet tersebut.

Sementara itu nama Marikh dalam bahasa Inggeris adalah 'Mars,' sempena nama Dewa orang Rom, Mars - dewa yang mengawal peperangan.


7. Musytari



Bahasa Melayu memperkenalkan penggunaan istilah Musytari bagi mewakili planet kelima dalam sistem suria kita, yang juga merupakan planet terbesar di antara kesemua 8 planet yang ada.

Istilah 'Musytari' dipinjam daripada istilah Arab 'al-Musytari' sementara dalam Bahasa Inggeris dinamakan sebagai Jupiter, Raja kepada semua Tuhan dan Dewa orang Rom purba. 'Musytari' dalam Arab membawa makna 'seseorang atau sesuatu yang boleh diyakini atau diharapkan' - diambil daripada kata akar 'musytarin.'

Jangan terkejut pula sekiranya dalam urusan perniagaan, istilah 'musytari' akan kerap digunakan oleh mereka yang bijak berbahasa Arab - kerana istilah 'musytari' juga merujuk kepada makna 'seorang pembeli.'


8. Zuhal



Planet unik yang sangat mudah dikenali berikutan bentuknya yang mempunyai lingkaran, Zuhal juga dikenali dengan nama 'Saturn' dalam bahasa Inggeris, sempena nama Dewa Saturn yang dipercayai menguasai turun naik urusan pertanian orang Rom purba.

Dalam bahasa Arab, nama planet ini adalah al-Zuhal, diambil daripada perkataan yang membawa maksud 'berada terlalu jauh', berikutan kedudukannya yang sangat jauh dari bumi.


9. Uranus dan Neptun



Uranus merupakan nama kepada Dewa orang Greek kuno bernama Ouranus, yang dipercayai mereka tinggal di langit serta membentuknya, malahan menurunkan hujan pada orang ramai.

Jika Ouranus menjaga langit,Neptune pula merupakan dewa orang Rom yang namanya diambil dan digunakan, bagi mewakili planet paling jauh dalam sistem suria kita.
 
Sponsored Post

faizal32

Active Member
Joined
Aug 13, 2012
Messages
1,066
Reaction score
46
Points
30
nice.. mintak sambung untuk nama-nama yang lain.

tapi kenapa bumi tu flat?? hahahaha
 

Fabs Gunns

Super Active Member
Joined
Feb 7, 2011
Messages
6,444
Reaction score
64
Points
70
b.melayu byk ikut dari arab
tp kenapa bumi tu leper
 
Sponsored Post
Top
Log in Register