Cerita ini berlaku pada 17 Disember lalu tetapi baru hari ini sempat saya ‘post’kan ke dalam blog saya.
———
Semalam sewaktu saya melalui roundabout dekat Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak saya perasan ramainya orang berkerumun dekat tebing pagar sekolah. Polis pun ada. Sangkaan saya mesti baru berlaku kemalangan. Ahh..bab-bab ni buat saya suspens je.Lagipun saya ni fobia sikit pada polis. Tanpa berfikir panjang saya terus meninggalkan tempat kejadian menuju ke tempat kerja saya di Pasir Panjang.
Aleh-aleh pada sebelah malamnya ada cerita di sebaliknya kerana Berita Utama TV9 menyiarkan berita gempar berkenaan isu **** di Paya Mengkuang Pengkalan Balak Melaka. Isu ni jadi headline! Sinar Harian versi internet dalam beritanya hari ini 18 Disember melaporkan “Masyarakat sekitar kawasan Pengkalan Balak negeri ini sekali lagi gempar apabila bangkai kepala **** hutan digantung di atas kain rentang Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) di pagar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, awal pagi semalam.” Ya, berita ini disertai dengan visual kepala **** hutan memang betul-betul menggemparkan! Ini kejadian kali kedua kepala **** digantung di pagar. Saya percaya pihak yang menggantung kepala **** ini sedang menghantar satu mesej kepada orang Melayu Paya Mengkuang supaya jangan cuba-cuba mengganggu perniagaan **** yang sudah menjadi tradisi sejak 50 tahun dahulu.
Saya percaya isu **** (dulu disebut khinzir sebelum dikembalikan ke sebutan asalnya) di Melaka khasnya di Paya Mengkuang, Pengkalan Balak telah menjadi ujian atau fitnah yang besar kepada orang Melayu. Namun pihak kerajaan Negeri Melakalah yang akan menerima segala tanggungjawab kepada penderitaan orang Melayu kerana kuasa untuk mengubah nasib buruk orang Melayu (dan nasib kaum lain juga jika ditimpa masalah sama) terletak di tangannya. Orang Melayu adalah rakyat yang tiada kuasa!
Cerita orang Melayu Paya Mengkuang adalah antara cerita paling malang yang pernah saya dengar. Penderitaan ditanggung juga adalah paling lama - iaitu sejak 50 tahun lalu! Yang untung ialah penternak **** dan secara tidak langsungnya orang Cina yang makan **** kerana bekalan daging **** yang banyak. Dengan jumlah **** mencecah 140 ribu lebih (sebelum diarah pindah dan mengurangkan bilangan ****) bayangkan kesan kepada persekitarannya jika ia tidak diurus dengan betul. Malang sungguh orang Melayu kerana terpaksa menghidu bau busuk dari kawasan penternakan **** berhampiran tempat tinggalnya. Tapi orang Melayu tetap bersabar kerana setelah membuat aduan tanggungjawab untuk mengatasi masalah ini terpulang kepada kerajaan. Oranga Melayu tidak begitu tegar untuk mengambil tindakan di tangan sendiri. Orang Melayu adalah bangsa yang toleran walaupun sering menjadi mangsa kepada golongan opurtunis. Isu dan insiden dalam pelaksanaan kontrak sosial di negara kita adalah bukti-bukti yang tidak boleh disanggah.
Apa yang dituntut sekarang adalah respons segera pihak berkuasa samada PDRM - yang sedang membuat siasatan - dan kerajaan negeri Melaka yang mempunyai segala kuasa untuk menamatkan penderitaan orang melayu Paya Mengkuang. Juga pada masa memberikan penyelesaian kepada penternak **** haram itu! Orang Melayu bukanlah kaum yang zalim. Budi bahasa dan sikap toleransinya adalah luar biasa kepada kaum lain! Orang Melayu terlalu (asyik) memberi tetapi jarang menerima dari rakannya, kaum bukan Melayu.
Saya tidak ada formula untuk mengatasi isu ini. Tetapi saya berharap perkara berikut sedang berlaku walaupun secara terangnya saya tidak nampak lagi.
1. Parti politik Cina baik dari pihak kerajaan atau pembangkang bersama dengan NGO Cina mesti berusaha bersungguh-sungguh untuk mencelikkan penternak **** di Paya Mengkuang bahawa pendirian dan tindakan mereka untuk mempertahankan penternakan **** di kawasan orang Melayu adalah satu kesilapan. Yakinkan mereka bahawa orang Melayu menjadi mangsa kepada ketamakan mereka mengaut keuntungan hasil perniagaan **** - selama 50 tahun.
2. Isu **** di Melaka adalah isu alam sekitar selain dari isu undang-undang! Ini bukan isu perkauaman atau isu perbalahan agama. Penternak **** haram adalah bersalah dan boleh disabitkan kesalahan mereka di sisi beberapa undang-undang tempatan. Tapi kerajaan negeri memilih untuk ‘menutup mata’ terhadap isu ini. Jika pun benar sesuatu telah dilakukan hasilnya masih tidak ketara, bahkan orang melayu Paya Mengkuang terus tertekan. Saya tidak faham mengapa ini berlaku. Saya perlukan alasan yang kukuh mengapa bencana ke atas orang Melayu dibiarkan berterusan sejak 50 tahun dahulu oleh kerajaan yang dipimpin orang orang Melayu sendiri !
3. Dari segi agama, rezeki yang mereka dapat adalah HARAM dan mereka BERDOSA kerana mengganggu hak kaum lain (dalam konteks ini kaum majoriti Melayu) untuk hidup dengan aman sejahtera! Saya masih mahu percaya bahawa ajaran Buddha sebenarnya juga tidak membenarkan cara mencari rezeki seperti ini - hidup atas penderitaan orang lain. Takkanlah penternak **** ni penganut fahaman liberal dan atheis! Pada saya sebenarnya mereka opurtunis dan selama berjenerasi tapak perniagaan **** mereka terus kukuh kerana tiada tindakan undang-undang yang keras dikenakan ke atas mereka. Adakah mereka ini untouchable!
Di samping itu, amalan hidup bangsa yang beradab budaya juga tidak boleh membenarkan industri haram ini beroperasi. Bolehkah kita hidup secara harmoni dan co-exist jika satu kaum berterusan melanggar etika dan rukun hidup dalam sesebuah masyarakat majmuk dan satu kaum lagi menanggung akibatnya tanpa ada pampasan dan haknya untuk hidup selesa dirampas ?
Jika pihak kerajaan Negeri tidak segera mengambil pendirian dan langkah bijaksana serta juga mempunyai keberanian kerana terlalu mempertimbangkan kepentingan politik - secara sedar - ini akan menghantar mesej yang salah terhadap masyarakat Melayu dan juga bukan Melayu.
Apabila hal ini lambat ditangani oleh pihak berkuasa, maka beberapa inisiatif telah dan sedang diatur oleh NGO Melayu untuk menyedarkan orang Melayu khususnya di Melaka mengenai ancaman oleh golongan opurtunis kepada hak pusaka orang Melayu di buminya sendiri. Moga usaha Pewaris menganjurkan Perjumpaan Orang Melayu Islam 20 Disember ini, jam 8.30 pagi di Hotel Samudera Masjid Tanah dapat menyampaikan mesej kesedaran ini kepada orang Melayu Melaka.
Orang Melayu perlu celik bahawa ‘Bumi yang Dipijak kini Milik Orang Lain’.
http://cikgubad.wordpress.com/