BTC USD 57,693.2 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Melayu paling ramai pendapatan bawah RM1,000

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
KUALA LUMPUR 11 Nov. – Kaum Melayu merupakan kumpulan terbesar dalam senarai penduduk negara ini yang pendapatannya di bawah RM1,000 sebulan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany berkata, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan.

‘‘Sebanyak 495,500 isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,000 sebulan secara keseluruhannya.

‘‘Pecahan itu merangkumi 50,900 isi rumah kaum Cina, India (29,000), Kadazan (29,300), Orang Asli (7,500) dan lain-lain (78,800),” katanya semasa menjawab soalan Dr. Micheal Jeyakumar Devraj (PKR- Sungai Siput) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata, bagi kumpulan berpendapatan antara RM1,001 hingga RM2,000 pula, keseluruhan bilangan isi rumah ialah 1,695,900 isi rumah dengan 976,500 daripadanya adalah Melayu, 338,300 (Cina), 125,300 (India), 38,800 (Kadazan), 9,800 (Orang Asli) dan 207,200 untuk kaum-kaum lain.

Dalam pada itu katanya, sebanyak 1,144,700 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM2,001 hingga RM3,000.

‘‘Seramai 614,700 daripada mereka adalah orang Melayu, 300,800 (Cina), 121,500 (India), 15,300 (Kadazan), 2,500 (Orang Asli) manakala 89,900 isi rumah daripada kaum-kaum lain.

‘‘Bagi pendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000 terdapat sebanyak 743,000 isi rumah dengan 380,500 daripadanya adalah Melayu, 234,700 (Cina), 73,300 (India), 8,900 (Kadazan), 1,000 (Orang Asli) dan 44,600 kaum lain.

Katanya, seramai 497,800 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM4,001 hingga RM5,000 pula dengan 254,700 daripadanya adalah Melayu, 166,600 (Cina), 44,800 (India), 6,900 (Kadazan), 200 (Orang Asli) dan 24,600 kaum lain.

‘‘Bagi pendapatan antara RM5,001 hingga RM10,000, ia membabitkan seramai 914,200 isi rumah.

‘‘Daripada jumlah itu, 419,200 adalah Melayu, 368,400 (Cina), 76,800 (India), 13,400 (Kadazan) dan 36,500 lain-lain kaum.

‘‘Sebanyak 235,300 isi rumah memperoleh pendapatan antara RM10,001 hingga RM20,000 dengan 85,700 adalah Melayu, 118,700 (Cina), 23,400 (India), 800 (Kadazan) dan 6,700 kaum lain,” jelasnya.

Sementara itu, terdapat 49,500 isi rumah yang memperoleh pendapatan melebihi RM20,000 sebulan dengan 16,500 adalah Melayu, 27,900 (Cina), 3,600 (India) dan 1,500 dari kumpulan etnik lain.

Oh bangsa ku

:(:)(:)((
 
Sponsored Post

tokputih

CG Top Poster Club
Joined
Apr 24, 2008
Messages
27,218
Reaction score
833
Points
176
yup... termasuklah tok (tapi selepas potong segala hutang la:D )
 

moneymaker3000

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Mar 24, 2007
Messages
25,268
Reaction score
526
Points
176
sebab bangsa melayu paling ramai keje gomen dan makan gaji...inilah hasilnya
 

private_eye217

Active+ Member
Joined
Aug 12, 2008
Messages
2,724
Reaction score
47
Points
30
aku salah seorang..
skunk byk company nak cari yg ada pengalaman,kulu stakat ada deg x jadi apa..
patutunya dorang kena bagi peluang yg baru habis blaja,dah nama belajar,bila masa nak keje,jadi mmg xdalah pengalaman..
last2 gaji ciput..adil ker?
 

SHAMSUL

Fun Poster
Joined
Apr 2, 2008
Messages
348
Reaction score
0
Points
10
bawah dari seribu kerrrr....atau tak cek betul2...income luar tak kira kerrr.....atau income 'tengkel' tak kira tu..klau kira income 'tengkel' tu rasa-rasa lebih tuuuuu....sajer nak cover line le tu...
 

elegan

Active Member
Joined
Nov 10, 2008
Messages
1,421
Reaction score
1
Points
25
nak buat cmne...pemimpin nak jg periuk sendiri...
bukan nak jaga kaum dia...beza ngan cine..nak naikkan kaum dia sm..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register