BTC USD 48,143.0 Gold USD 1,754.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Melayu lebih terima MCA berbanding DAP

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
14,998
Reaction score
2,356
Points
201
Wee: MCA tak lupa jasa Umno, tetap bersama BN

Wee Ka Siong berkata MCA tidak lupa jasa Umno terhadap parti itu dan mereka kekal bersama BN dan keputusan yang dibuat secara konsensus oleh gabungan itu.

Presiden MCA itu berkata demikian ketika membalas kenyataan bekas perdana menteri Najib Razak berhubung hubungan antara parti itu dan Umno pada masa ini.

"MCA sentiasa mengenang budi dan tidak lupa jasa dan bakti Umno yang telah membantu calon MCA, Wee Jeck Seng menentang calon PH (daripada Bersatu) dan kemudian menang PRK Tanjung Piai pada 16 November 2019.

"Perhimpunan Agung MCA pada 7 Mac 2021 memutuskan bahawa MCA kekal bersama BN, sebuah gabungan parti yang diasaskan bersama oleh Umno, MCA dan MIC sebelum kemerdekaan negara lagi.

"Itu pendirian jelas dan MCA tidak pernah berhajat menyertai mana-mana gabungan parti politik yang lain," katanya menerusi hantaran di Facebook semalam.

Semalam, Najib mempersoalkan jika MCA sudah melupakan siapa yang menjadi sekutunya, dengan membangkitkan bantuan Umno terhadap parti itu di PRK Tanjung Piai.

Dia turut mengongsikan rakaman memaparkan seorang wanita Melayu dengan berpakaian warna BN yang berkempen untuk Wee dalam PRK itu di tengah-tengah hujan.

Kenyataan Najib itu dipercayai merujuk kepada keputusan Wee untuk turut serta dalam sidang media bersama-sama sekumpulan ahli parlimen Umno yang mengumumkan untuk terus menyokong Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, pada 6 Ogos lalu.


Mengulas lanjut, Wee berkata MCA berpegang keada keputusan yang dibuat oleh BN secara bersama, untuk menyertai kerajaan PN.

"Pada Mac 2020, Dewan Tertinggi BN memutuskan bahawa ahli-ahli parlimen secara en bloc menyertai Kerajaan PN dan secara lantang menyatakan pendirian 'no PKR & no DAP'.

"MCA menyokong keputusan BN secara kolektif. Selagi ketetapan BN tersebut tidak diubah, maka MCA berpegang teguh kepada ketetapan yang telah diluluskan secara konsensus dalam BN sebagaimana yang diamalkan sejak sekian lama," katanya.

Katanya lagi, sebarang keputusan yang diambil di peringkat parti komponen perlu dibawa ke Dewan Tertinggi BN.

"BN adalah platform kita bersama. Ramai yang mungkin keliru bahawa apa yang dibincangkan dan diputuskan dalam Majlis Tertinggi (MT) parti komponen akhirnya akan dibawa ke Dewan Tertinggi BN untuk pertimbangan bersama semua parti komponen.

"Selama ini, itu jua mekanismenya," katanya.
Mslhnya mca siap ugut umno dl tu, ms umno jatuh....
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register