BTC USD 60,395.6 Gold USD 2,035.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MELAYU KOKOS ditipu AUSTRALIA setelah 30 tahun menyertai Australia?!

MHaffiezMNazri

Super Active Member
gem
Messages
5,493
Joined
Jul 23, 2012
Messages
5,493
Reaction score
1,167
Points
171
500px-Flag_of_the_Cocos_%28Keeling%29_Islands.svg.png
500px-Armoiries_des_%C3%AEles_Cocos.svg.png

Apabila masyarakat Pulau Kokos yang kecil mengundi pada tahun 1984 untuk menjadi sebahagian dari Australia, warga Melayu Kokos di janjikan bahawa mereka akan menentukan nasib mereka dan mengawal tanah mereka sendiri.

Tetapi hampir 30 tahun berlalu, bukannya menjadi masyarakat makmur dan bersatu, sebaliknya mereka dinafikan masa depan atas pulau mereka sendiri.

Brian Thomson bertemu dengan Australia kulit putih yang mengawal Cocos, dan Melayu Kokos yang bergelut mendapatkan pekerjaan dan membentuk apa apa kareer.

Bersama beliau, adalah Dick Whittington, yang kali pertama melawat setelah menjadi penasihat terhadap penyatuan itu.

Beliau terkejut dengan jurang budaya antara kulit putih di West Island (Pulau Barat) dan Melayu Kokos di Home Island (Pulau Utama/Rumah)

Jadi kenapa pulau-pulau ini menjauh sesama sendiri? Bagaimana kita boleh mengubah apa yang sepatutnya menjadi syurga di Laut India?

Laporan berita
http://www.youtube.com/watch?v=E8vIc19niSw

Kesukaran mencari kerja
http://www.youtube.com/watch?v=hGdXqjw966k

Keluarga bekas pemilik kepulauan ini - bagaimana moyang mereka membawa hamba Melayu dari Tanah Melayu dan Riau untuk bekerja di ladang kelapa untuk mendapatkan kopra untuk mereka sehingga perasaan mereka bertemu orang Melayu setelah dibuang pulau oleh kerajaan Australia yang membankrapkan mereka - maklumat lanjut kena tonton:
http://www.youtube.com/watch?v=fDsWUfrFO6E

PS: Kadang2 bila orang di Malaysia tanya kenapa TT ni Melayu tapi bila cakap bahasa Inggeris siap pekat pelatnya... TT hanya mampu tersenyum :)
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register