BTC USD 29,820.7 Gold USD 1,857.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Article Discussion : Melayu-Islam makin berkasta

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
24,879
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
24,879
Reaction score
3,425
Points
261
Awards
1
Melayu-Islam makin berkasta

A Kadir JasinMay 12, 2022 11:37 AM


Enggang sama enggang, pipit sama pipit adalah lambang pengkastaan dan pengkelasan masyarakat Melayu-Islam Malaysia. Dalam budaya Barat pun ada. Dikaitkan dengan burung juga. Disebut “birds of a feather flock together”. Diterjemahkan ke bahasa Melayu, burung yang sama bulunya berhimpun bersama. Atau ada orang kata, pipit dan helang terbang tak sama tinggi.

Pengkastaan dan pengkelasan masyarakat Melayu-Islam ini adalah saki-baki peninggalan zaman lampau apabila kerajaan dan empayar Melayu Nusantara mengamalkan Hinduisme. Kedatangan Islam sepatutnya telah menghapuskan pengkastaan dan menjadikan manusia sama rata.

Ciri-ciri pengkastaan ini bertambah buruk apabila ia menular ke arena politik dan menjangkiti pelbagai institusi pemerintahan selepas merdeka.

Penghakiman yang berbeza antara rakyat totok yang mencuri sebuku roti atau beberapa ringgit duit tabung masjid dengan golongan atasan yang menyamun berbilion ringgit adalah manifestasi pengkastaan ini. Akibatnya, masyarakat kita menjadi semakin feudal dan berkelas-kelas.

Semakin kerap golongan atasan ini mempamerkan kuasa politik, pentadbiran dan duit sehingga tidak peduli lagi kepada undang-undang negara, kewajaran dan pandangan orang ramai.

Mereka seolah-olah berkata: “Aku peduli apa, aku ada kuasa, duit aku banyak untuk beli polis, pegawai kerajaan, malah menteri. Aku ada rumah di luar negara, kalau aku hendak lari, aku bos, aku boleh buat sesuka hati.”


Sistem pendidikan, kemasyarakatan dan pengajaran agama Islam tidak membantu membebaskan semua orang daripada gejala dan cengkaman feudalisme dan pengkastaan ini. Islam yang sepatutnya menghapuskan kasta dan menjadikan manusia sama rata, turut dikastakan oleh pihak yang berkuasa ke atasnya sehingga muncul golongan agamawan yang pekak, bisu, buta dan tuli terhadap kemungkaran orang berkuasa.

Kasta adalah interpretasi penjajah Eropah terhadap konsep “Varna” dalam agama Hindu. Masyarakat beragama Hindu atau Arya dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan peringkat. Kelas tertinggi adalah Brahmin, iaitu golongan agama dan ilmuan, manakala kelas terendah adalah Sudra. Ada kelas pahlawan, cendekiawan dan buruh. Seseorang boleh mengubah kedudukan Varna, sekiranya dia mendapat pendidikan Veda dan kitab-kitab Hindu secara sempurna.

Dalam masyarakat Melayu-Islam Malaysia, khususnya selepas pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru pada 1970, muncul golongan feudal baharu yang berpaksikan kuasa ekonomi dan politik.

Di pihak yang lain pula, orang Melayu sendiri, secara sedar atau tidak, telah memperhambakan diri kepada golongan feudal ini atau menjadi mangsa perhambaan bentuk baharu (neo-slavery). Zaman dulu, hanya supir dan budak pejabat Melayu dan India saja memanggil majikan Eropah mereka “boss”. Hari ini wakil rakyat dan pencuri pun dipanggil bos. Pada awal merdeka, kita panggil wakil rakyat, YB dan pegawai daerah, Encik. Sekarang penyamun, penyangak dan orang salah pun dipanggil bos.

Manusia yang selesa dengan jenama Melayu-Islam semakin tidak kenal diri sendiri bahawa daripada bangsanya, dia diajar budi dan melalui agamanya, dia ditanamkan iman. Kalau hukum adat dan agama ini diamalkan, maka jadilah orang Melayu-Islam itu orang yang budiman – berbudi dan beriman.

Tetapi, hari ini berapa ramaikah orang Melayu-Islam yang faham dan peduli tentang budi dan iman? Tentang menjadi insan budiman. Tempua yang menganyam sarang yang indah dipandang rendah, sedangkan enggang yang sekadar bersarang dalam pokok reput disanjung, dijunjung. Hukum Tuhan mengatakan, hatta helang yang terbang tinggi itu pun terpaksa turun ke bumi juga untuk mencari makan dan kesudahannya reput menjadi tanah macam pipit juga.

Penulis ialah wartawan veteran.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
 
Sponsored Post

fredo

Super Active Member
Messages
5,516
Joined
Nov 17, 2007
Messages
5,516
Reaction score
115
Points
83
dia nak kutuk najib tapi terkena juga yg belah india sana...🤣
 

reezn

Active+ Member
Messages
3,742
Top Poster #1
Joined
May 1, 2022
Messages
3,742
Reaction score
327
Points
41
najib dan nuar, dua-dua den x sokong.
tapi nuar ni pemuja memang ramai. yg tua-tua lak tu. sayuti omar. kadir jasin.
 

lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
20,394
Joined
Aug 2, 2007
Messages
20,394
Reaction score
3,626
Points
261
Awards
1
Realiti yg terjadi
 
Sponsored Post

Top
Log in Register