BTC USD 37,355.8 Gold USD 1,797.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Melambung sampai atas bumbung bengkel

hiduprakyat

Super Active Member
Messages
6,575
Joined
Dec 6, 2010
Messages
6,575
Reaction score
467
Points
91
Melambung sampai atas bumbung bengkel
FB_IMG_1638880062486.jpg
FB_IMG_1638880064364.jpg
FB_IMG_1638880066316.jpg
FB_IMG_1638880068261.jpg

BACHOK – Seorang pembantu kedai cedera parah selepas melambung sehingga ke atas bumbung sebuah bengkel apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta yang sedang memotong di Jalan Permatang Piah – Kampung Kolam, Pak Badol di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi itu menyebabkan mangsa, Wan Mohamad Sabaruddin Wan Zakaria, 19, patah paha kiri dan tangan kiri.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, siasatan awal mendapati, sebuah kereta jenis Honda Civic sedang dalam perjalanan dari Melor menghala ke rumahnya di Kampung Tasek Pauh, Selising dekat Pasir Puteh.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, kereta yang dipandu lelaki berusia 36 tahun itu dipercayai cuba memotong sebuah kereta jenis Perodua Kancil.

“Mangsa yang tiada lesen memandu sedang menunggang motosikal jenis Yamaha LC berada di laluan bertentangan bagaimanapun terus dirempuh kereta tersebut.

“Insiden itu menyebabkan mangsa melambung dan jatuh di atas bumbung sebuah bengkel yang berada di sebelah kiri jalan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Shuhaimi, mangsa mengalami kecederaan parah apabila paha dan tangan kirinya patah sebelum dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini untuk rawatan lanjut.

Ujarnya, anggota polis yang tiba di lokasi kejadian terus membuat pemeriksaan fizikal terhadap pemandu kereta berkenaan, namun berlaku pergelutan antara polis dan lelaki itu.

Katanya, pemeriksaan pada tubuh badan lelaki itu telah menjumpai dadah dipercayai jenis heroin seberat tiga gram dan 102 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM3,020.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine selain mempunyai tujuh rekod lampau berkait kes dadah,” katanya.

Tambah Shuhaimi, kes disiasat mengikut Seksyen 44 (1A)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama. – K! ONLINE


Video/Gambar media sosial
 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,377
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,377
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
7 kes dadah, org tak marah sgt

Kalu 7 kes timah, baru kita bole mengamuk 😂
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,458
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,458
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Tinggi sampai naik bumbung. Kot ada cctv area tu nak tgk jgk dia melambung
 

jaih

Legendary Member
gem
Messages
10,310
Joined
Jan 14, 2006
Messages
10,310
Reaction score
615
Points
171
Tinggi sampai naik bumbung. Kot ada cctv area tu nak tgk jgk dia melambung
mmg ada video cctv... tak reti plop nak tepek sini haha
 

g-man

Super Active Member
gem
Messages
6,729
Joined
Jan 16, 2011
Messages
6,729
Reaction score
1,081
Points
151
Men pil..bawak keto...mampuih la..yg kena langgar xde lesen pulak..haishh
 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,457
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
48,457
Reaction score
2,851
Points
261
Awards
1
Hancur motor.

Aduhai.
 

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,458
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,458
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
Video lambung

 

Jedi

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,457
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Feb 15, 2009
Messages
48,457
Reaction score
2,851
Points
261
Awards
1
Kereta tu salah.
 
Last edited:

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
163,458
Joined
Jan 13, 2009
Messages
163,458
Reaction score
22,262
Points
1,831
Awards
1
[VIDEO] Sambungan kejadian anggota bomba menurunkan mangsa yang melambung ke atas bumbung sebuah bengkel di Jalan Permatang Piah - Kampung Kolam, Pak Badol dekat Kota Bharu hari ini.

 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register