BTC USD 67,541.6 Gold USD 2,398.15
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Melaka Umum 24 Ogos Cuti Peristiwa

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
449,009
Paid Membership
Top Poster #6
Joined
Mar 15, 2010
Messages
449,009
Reaction score
36,274
Points
2,836
Awards
2

Melaka umum 24 Ogos cuti peristiwa​


04 JUN 2024

2676071.jpg

Kerajaan Melaka mengumumkan 24 Ogos depan sebagai cuti persitiwa sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.Gambar hiasan


MELAKA – Kerajaan Melaka mengumumkan 24 Ogos depan sebagai cuti persitiwa sempena ulang tahun kelahiran Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sempena cuti peristiwa itu juga kerajaan negeri akan menawarkan kepada rakyat Melaka serta pemastautin untuk menikmati kemasukan secara percuma di beberapa lokasi pelancongan.

“Semoga pengumuman ini dapat menggembirakan seluruh rakyat Melaka,” katanya ketika berucap sempena Majlis Istiadat Angkat Sumpah Jawatan sempena Pelantikan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka penggal ke-2 di Balai Istiadat, Kompleks Seri Negeri di sini pada Selasa.

Mohd Ali mengangkat sumpah sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka ke-7 bagi penggal kedua hari ini.

Istiadat angkat sumpah jawatan berkenaan disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka Datuk Anselm Charles Fernandis dan Pegawai Kewangan negeri yang menjalankan tugas Setiausaha Kerajaan negeri Datuk Salhah Salleh.

Pada 28 Mei lepas Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan mengurniakan Surat Cara Pelantikan kepada Mohd Ali sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka bagi penggal kedua, bermula 4 Jun 2024.

Sementara itu Ab Rauf berkata, tahun lepas Melaka menerima pelaburan langsung dari luar negara (FDI) dan domestik berjumlah RM6 bilion.

“Bagi menggamit kehadiran lebih ramai pelabur, kerajaan negeri menubuhkan Melaka Industrial Booster (MIB) di bawah Invest Melaka Berhad yang dipelopori oleh Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) untuk membolehkan proses permohonan kelulusan pelan pemaju di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) dipercepatkan daripada 180 hari kepada 30 hari sahaja,” katanya.

Beliau berkata, usaha-usaha kerajaan untuk terus memperkukuh pertumbuhan ekonomi negeri menunjukkan impak yang amat menggalakkan, dengan ekonomi Melaka diunjurkan berkembang kira-kira 4 hingga 5 peratus sejajar dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) nasional.

Ab Rauf berkata, berdasarkan prestasi semasa, sektor perkhidmatan dan pembuatan masih kekal sebagai penyumbang utama iaitu masing-masing menyumbang 50.5 peratus dan 37.2 peratus kepada KDNK negeri.

“Sementara itu, statistik kadar pengangguran Melaka bagi suku pertama 2024 adalah 2.2 peratus lebih rendah berbanding pengangguran nasional yang berada pada paras 3.3 peratus. Ini jelas membuktikan Melaka berjaya menurunkan kadar penggangguran daripada 2.9 peratus pada 2023 rentetan dengan peningkatan peluang pekerjaan di negeri ini,” katanya. – Bernama


 
Sponsored Post

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, sempena cuti peristiwa itu juga kerajaan negeri akan menawarkan kepada rakyat Melaka serta pemastautin untuk menikmati kemasukan secara percuma di beberapa lokasi pelancongan.
selamat bercuti..
selamat tempuhi kesesakan
selamat hadapi kecewa family tak leh masuk lokasi pelancongan..

kena buat pre-order ... free dengan jaminan bayaran...
cth.. boleh order awal dengan beserta bayaran..
kalau hadir hari kejadian... dipulangkan wang...
kalau tak hadir, wang deposit jaminan dikira hangus...

sapa tak ambik preorder.. takyah sibuk nak datang... nnt keciwa...

sila rujuk 24 Feb 2024 : https://www.utusan.com.my/nasional/2024/02/melaka-sesak-sejak-pukul-7-pagi/
 
selamat bercuti..
selamat tempuhi kesesakan
selamat hadapi kecewa family tak leh masuk lokasi pelancongan..

kena buat pre-order ... free dengan jaminan bayaran...
cth.. boleh order awal dengan beserta bayaran..
kalau hadir hari kejadian... dipulangkan wang...
kalau tak hadir, wang deposit jaminan dikira hangus...

sapa tak ambik preorder.. takyah sibuk nak datang... nnt keciwa...

Setuju tuan
Perkara sama jadi masa kerajaan Melaka bagi cuti tahun ni
Masuk percuma
Sesak dengan manusia
 
Untuk makluman, hari ini, 20 Februari 2024, terdapat 10 lokasi ditawarkan kemasukan percuma sempena Hari Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, petik Kosmo.

Sepuluh lokasi itu adalah Zoo Melaka, Melaka Wonderland & Themepark, Melaka River Cruise (MRC), Menara Taming Sari dan Malaysia Heritage Studios.


Selain itu, beberapa tempat lain adalah Muzium di bawah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Balai Cerap Al-Khawarizmi, Taman Laut Melaka, kelab-kelab golf Melaka (terpilih) dan Muzium Penjara Malaysia.

Jadi orang ramai tidak melepaskan peluang untuk pergi ke lokasi-lokasi pilihan tersebut.


Bila free ummah subsidi yg T20 pun jadi ummah subsidi.

tapi ok la tu ada la aktiviti keluar peluh keluar sesak reramai tu merecik hawau..hanat. :ROFLMAO: :ROFLMAO:
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register